SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Siti di Alam Fantasi


“Siti Bangun!!!!!!!!!!!!” Jerit Mak Mah pada anak tirinya yang seorang tu seraya menarik selimut yang menutupi badan Siti yang kering macam biskut kering.

“Liatnya budak ni nak bangun. Aku piat telinga tu baru tahu. Mira!!!!!!!Kau bawak air datang sini. Siap kau Siti. Degil sangat nak bangunkan. Nanti kau.” Bebel Mak Mah sambil mencekak pinggang menanti kedatangan Mira yang membawa air khas untuk Siti.

“Mira!!!!!!!!!Cepat sikit. Terhegeh-hegeh bawa air.” Laung Mak Mah sekali lagi dengan lengok suara suparnonya.

“Nah mak. Tak sabar je. Berat tau.” Ujar Mira.

“Dah. Bak sini air tu. Siap kau Siti. Amik ni.” Dengan selamba tahap cipan Mak Mah menjirus air pada Siti yang tidur lena seperti Sleeping Beauty.

“Siapa yang berani menganggu beta beradu dengan lena ni?” dengan terpisat-pisat serta dalam keadaan mamai Siti berkata.

“Banyak cantik muka kau. Beta konon, bangun la. Pemalas betul budak ni. Bangun……!!!!!!!” Mak Mah menjegilkan matanya yang sepet sambil memulas telinga Siti.

“Adoi. Sakit la Mak Mah.” Siti mengaduh. Mira yang dibelakang Mak Mah menayangkan ibu jarinya pada Siti sambil menjelir lidahnya yang pendek tu.

“Tau sakit. Cuba kau tengok jam pukul berapa sekarang ni? Tu kat dapur siapa yang nak masak makanan untuk kitaorang? Pakaian kat belakang tu sapa nak basuh?” leter Mak Mah.

“Ala, Mak Mah ni. Rilek la. Tu anak Kesayangan Mak Mah kat belakang tu ada. Suruh la dia buat semua tu.” Bidas Siti.

“Kau ingat anak aku ni apa? Anak aku yang cantik macam Erra Fazira ni kau suruh buat kerja. Abis kau tu ada apa gunanya? Dah jangan nak bagi banyak alasan lagi. Baik kau pergi buat semua tu sebelum aku lesing kau dengan siku aku ni.” Segera Mak Mah menayangkan sikunya yang besar ibarat kayu balak tu. Siti pun terdiam dan segera bangun dengan penuh kemalasan menuju ke bilik air untuk mandi dan membasuh.

“Asal aku yang kena buat semua ni? Dah la korang hidup pun aku yang tampung dah tu ada hati arah aku buat macam-macam kerja lagi tu. Kalau tak dengan hasil jahitan aku korang tu dah lama kiok. Dah macam Cinderella lak aku ni. Tunggu putera datang selamatkan aku dan bawak aku jauh dari sini. Duduk sini pun asyik kena buli je. Bengang betul aku.” Panjang lebar Siti membebel seorang diri sambil tangannya melakukan kerja basuhan.



Begitu la kehidupan seharian Siti dari dia kecil sampai besar sekarang ni. Siti telah lama kehilangan ibu tersayang sewaktu umurnya 4 tahun. 2 tahun selepas itu, bapanya telah berkahwin dengan janda muda anak satu. Mak Mah la orangnya dan Mira anaknya. Mira dan Siti tak pernah sebulu dari kecil lagi. Sampai sekarang mereka asyik bergaduh je kalau ada yang tak kena. Tapi yang selalunya menang mestilah Mira si lidah pendek.

Bapak si Siti ni tak lama selepas berkahwin baru meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Ketika itu Siti berumur dalam lingkungan 14 tahun. Selepas itu, tinggal la Siti bersama mak tiri dan adik tirinya dalam rumah itu. Nasib Siti memang baik kerana dia mempunyai bakat menjahit pakaian, jadi boleh la menampung kehidupan seharian mereka. Nak harapkan mereka berdua alamat tak berasap la dapur rumah mereka. Pemalas je, nak hidup senang tapi kerja tak mau. Kesian Siti asyik kena pau je duit hasil jahitannya.

“Siti, cepat la masak. Aku dah lapar tunggu kau ni masak.” Kata Mira.

“Sabarlah. Nah, dah siap ni. Ke nak aku suap untuk kau sekali?” balas Siti dengan kegeraman.

“Bak sini. Mak jom makan.” Laung Mira pada Mak Mah.

“Yelah.”




“Mak Mah, Siti nak keluar pergi sungai. Semua kerja Siti dah siapkan. Ok, bye.” Laju je Siti minta diri untuk keluar tanpa sempat Mak Mah mengeluarkan sepatah kata-kata. Siti segera berlari-lari anak menuju ke sungai. Sudah menjadi kebiasaan Siti apabila tiada tempahan jahitan dia akan segera siapkan segala kerja rumah untuk keluar ke sungai mencari ketenangan dihati. Asyik mengadap Mak Mah dengan Mira tu silap hari bulan boleh terkeluar biji mata. Bosan menghadap dorang hari-hari.

Siti berjalan meniti tepi sungai dan menuju ke pokok besar. Tempat yang selalu mengubat jiwanya yang dalam keresahan dan sedih apabila mengenangkan dirinya. Di pokok itu, terdapat sebuah buaian yang dibina oleh Siti dan bapanya suatu masa dahulu. Siti akan duduk dibuai itu sambil bernyanyi lagu kegemarannya.


laju-laju......
buaiku laju.....

pohon beringin tegaknya tinggi
kalau rendah menyapu bumi
pengibur aku menolong aku
bertiuplah oh angin bayu
laju-laju buaiku laju
akulah anak yatim piatu

laju-laju.....
buaiku laju.........

pohon beringin daunnya rendang
akar berjalur cecah kebumi
hatiku ingin hidup gemilang
nasib malang suratan diri
hidup aku tidak beribu
akulah anak yatim piatu

Tenang jua rasanya diri Siti setelah dia mendendangkan lagu itu walaupun suara tak sesedap Siti Nurhaliza penyanyi kegemarannya. Setelah agak lama Siti segera pulang kerumah. Kelihatan Mak Mah berdiri di depan pintu menanti kepulangan Siti.

"Hah! Siti, mana kau pergi ni? Dah dekat senja baru nak ingat balik rumah ke? Makan malam kitaorang kau tak siapkan lagi. Apa nak jadi dengan kau ni?" marah Mak Mah.

"Yelah. Orang nak pergi mandi dan solat dulu. Pastu baru orang masak." Balas Siti sambil kakinya melangkah masuk kedalam rumah menuju ke biliknya. Selesai semua kerja, Siti masuk ke bilik dan baring sambil melelapkan mata. Kemudian dia bangun menuju ke tingkap, melihat bulan dan bintang yang bergemerlipan menayangkan diri di dada langit.

“Alangkah bestnya kalau aku dapat jadi bintang kat langit tu. Bahagia hidup aku, tak yah nak pinin ngan perangai mak tiri aku. Cantiknya kau bulan memancar cahaya di malam hari.“ Siti bermonolog sendirian. Tak lama kemudian Siti kembali ke katilnya dan tertidur sudah.



Petang esoknya, Siti kembali ke tepi sungai dan bermain buaiannya sambil bernyanyi seperti biasa. Tiba-tiba Siti terdengar bunyi kucing mengiau dibalik pokok belakang. Segera Siti berlari kearah bunyi tersebut, maka terlihat la dia seekor anak kucing berwarna oren. Siti mengangkat kucing itu dan duduk bersimpuh di atas rumput, diletakkan anak kucing itu diatas ribanya dan dibelai anak kucing itu.

Sedar-sedar hari makin gelap, rupanya Siti terlelap sebentar tadi dan dilihat anak kucing diribaannya sudah tiada. Segera Siti bangun dan berlari pulang kerumah. Di kaki tangga rumah kelibat Mak Mah kelihatan sambil mencekak pingangnya yang tersedia tak ramping tu.

"Mana kau pergi hah? Tak ingat ke hari dah malam ni?" sergah Mak Mah sebaik saja kakinya memijak tangga rumah.

"Tak kemana pun. Orang pergi belakang tu je." Siti segera masuk ke dalam rumah dan membersihkan diri.



“Siti.....oooo...Siti..“ Mak Mah melaung nama Siti berkali-kali. Namun tiada sahutan. Mira tergedik-gedik macam jellyfish ditepi emaknya.

“Mak, lambat lagi ke kita nak pergi ni? Mira dah tak sabar nak pergi ni. Boleh Mira berkenalan dengan anak orang kaya tu.“ Mira memasang angan-angan yang dirinya disatukan dengan anak orang kaya Osman.

“Sabarlah, mak nak sampaikan amanat dulu pada si Siti ni. Ke mana je dia ni.“ Mak mah melangkah kakinya ke dalam bilik Siti, ditolak kasar daun pintu bilik Siti.

“Oooo...ini kerja kau ya. Membuta je kerjanya. Apa nak jadi dengan kau ni?“ tanpa belas kasihan Mak Mah menampar pipi Siti dan dipulas sekuat hati telinga Siti.

“Sakitlah Mak Mah...orang demam ni. Nak rehat.....“ lirih suara Siti mengadu dirinya tidak sihat.

“Dah, kau jangan nak banyak cekadak dengan aku. Aku nak keluar ni, bila aku balik nanti....pastikan rumah ni kemas, baju berbasuh. Faham???“ Mak Mah memekik ditepi telinga Siti. Perit rasa telinganya dipekik begitu sekali.

“Baik Mak Mah...“ jawab Siti dalam sendu diperlakukan begitu sekali oleh Mak Mah.

“Hemm...macam tulah. Bagus...aku pergi dulu. Duduk rumah, buat kerja. Balik nanti kalau kau takde, siaplah kau aku kerjakan.“ Gertak Mak Mah dan berlalu pergi meninggalkan Siti yang tersedu-sedu menangis.

‘Apalah nasib diri aku diperlakukan sesuka hati oleh Mak Mah...‘ Siti merintih dalam hati. Kepalanya terasa semakin kuat berdenyut, dipejam matanya rapat. Akhirnya Siti tertidur lena tanpa menghiraukan keadaan sekeliling lagi.


Siti dibuai lena, keadaannya tenang dirasakan saat ini, dia bermimpi. Dalam mimpinya dia telah bertemu dengan seorang bidadari jelita persis Nasha Aziz. Bidadari itu telah memberikan sekalung rantai berserta loket berupa kunci kepada sebuah pintu.
Siti tersedar sebaik saja rantai itu diserahkan kepadanya, terasa seperti tangannya menggenggam sesuatu. Diangkat tangannya ke depan mata.

Rantai!!!

Serupa seperti dalam mimpinya. Apa makna mimpinya ini? Siti bingkas bangun dan berjalan keluar dari biliknya. Langkahnya terhenti apabila matanya tertarik pada sebuah pintu berukir pada dinding depannya. Lantas disua loket pada rantainya ke dalam tempat kunci. Berjaya...pintu terbuka dengan sendirinya.

Kaki Siti seakan ditarik untuk masuk ke dalam pintu itu, dia menapak setapak ke dalam bilik. Sebaik saja kakinya mencecah masuk ke dalam bilik tersebut, dia terasa seolah-olah dia berada di tempat lain. Kaki dihala ke depan.

“Aku kat mana ni?“ soal Siti sendirian kerana di depan matanya sekarang terbentang sebuah pemandangan indah dimana ada sebatang sungai yang mengalir deras. Matanya melilau melihat pemandangan yang tersergam indah depan matanya.

"Warghhhh..." Siti terpekik kecil. Terkejut melihat beberapa orang gadis yang sedang berkemban bersenda gurau sesama mereka. Tangannya segera mengatup mukanya, namun dia masih nampak kelibat mereka melalui celah jarinya.

'Mak bapak dorang ni tak marah ke dorang ni berkemban? Dah macam artis kita je, berkemban terang-terang.' Siti mengomel dalam hati.

"Tumpang tanya, maaf kacau korang bersiram. Apa nama tempat ni?" soal Siti pada mereka.

"Aaaaa..." spontan mereka terjerit dan berlari ke atas tanah meninggalkan seorang gadis yang kelihatan cool dalam air. Siti tersenyum toya padanya. Gadis itu segera naik ke atas tanah dan mencapai selendang membalut tubuhnya.

"Saudari, apa nama tempat ni? Saya rasa, saya dah tersesatlah." Ujar Siti tanpa disoal.

"Siapakah gerangan tuan hamba? Dan bagaimana tuan hamba boleh tersesat?" soal gadis itu dalam bahasa dulukala. Siti mengerutkan keningnya.

"Saya pun tak tahu macam mana saya boleh sampai ke sini. Kalau saya tahu takdelah saya tanya awak..." bidas Siti sedikit geram. Kini giliran gadis itu pula mengerutkan keningnya.

"Maaf tuan hamba, hamba tidak begitu faham butir bicara tuan hamba. Hamba rasa ada eloknya jika tuan hamba mengikut hamba ke rumah hamba." Pelawa gadis itu.

"Apa nama awak?" soal Siti sambil menunjukkan telunjuk jarinya ke arah gadis muda itu.

"Nama hamba, Nilam. Siapa pula nama tuan hamba?"

"Nama hamba, Siti...maksud hamba, Siti Mawar." Jelas Siti selamba. Sejak bila pula Siti pandai cakap bahasa dulukala ni? Nasib baik dia suka tengok cerita dulu-dulu zaman lakonan Latifah Omar.

"Kalau begitu, marilah Mawar. Hamba tunjukkan jalan ke rumah hamba." Mereka berjalan seiringan menuju ke rumah Nilam. Kira-kira 200 meter dari sungai, mereka pun sampai ke rumah Nilam. Siti mengonyoh biji matanya seakan tidak percaya. Ini bukan rumah, ni istana. Biar betul minah ni?

"Nilam, inikah rumah yang tuan hamba maksudkan itu?" soal Siti.

"Ya, inilah rumah hamba. Hamba sebenarnya merupakan puteri bongsu, nama hamba Puteri Nilam Sari. Marilah masuk, janganlah tuan hamba malu pula." Mereka berjalan ke depan lagi.

"Mari masuk, inilah bilik hamba. Bagi hamba sedikit masa dulu, biar hamba menukar dahulu bajunya. Duduklah dulu tuan hamba. Nanti hamba panggilkan dayang bawa masuk makanan buat tuan hamba." Lembut sekali tutur puteri itu pada Siti.

'Baik betul dia ni? Siap bawa aku masuk dalam bilik pula tu. Tak takut ke kalau-kalaulah aku ni berniat jahat ke. Buat naya je. Kejap lagi mesti dia bawa aku jumpa orang dalam istana ni pula. Alahai....penat nak kena berdialog ala-ala dulukala....' bebel Siti dalam hati.

"Tuan hamba, mari kemari. Tukarlah dulu baju tuan hamba. Sebentar lagi kita akan mengadap Sultan." Siti berjalan lambat-lambat ke bilik persalinan.

"Maaf ya tuan puteri. Hamba rasa baju ini ketat sedikit. Rasa sukar untuk hamba bernafas." Ujar Siti dalam kepayahan untk bernafas.

"Hamba rasa sedang elok dengan tuan hamba. Tuan hamba kelihatan menawan sekali. Sudah, marilah kita mengadap Sultan." Tangan Siti direntap lembut.



"Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun." Hulubalang isatana menyembah masuk ke arah Sultan yang kelihatan segak di atas singahsana.

"Tuanku, Puteri Nilam Sari bersama dengan temannya masuk mengadap."

"Benarkan mereka masuk." Sultan tersenyum mendengarnya.

"Ampun tuanku beribu-ribu ampun, dinda datang masuk mengadap bersama teman dinda." Siti kelihatan sedikit terpinga-pinga dengan situasi sekarang. Tak pernah dalam seumur hidupnya dia masuk ke dalam istana apatah lagi di zaman ini. Rasa macam nak pitam je.

"Siapakah nama tuan hamba?" soal Sultan pada Siti yang kelihatan gugup.

"Ampun tuanku, nama hamba Siti Mawar." Saat ini Siti mendongakkan kepalanya yang dari tadi tertunduk. Ketika ini juga Sultan terpana memandang wajah Siti yang kelihatan begitu menawan sekali, Siti pun apa lagi. Hatinya berdegup kencang melihat wajah Sultan yang disangka tua itu rupanya hensem nak pengsan beb..saat ini juga hatinya menyanyikan lagu dari filem Fanaa - Chaand Shifarish.



Hampir 2 bulan berlalu....

"Kanda....apa perkembangan tentang jodoh dinda dengan putera makhota Inderapura?" soal Puteri Nilam Sari tiba-tiba.

"Ooo...ya dinda. Perkabaran yang terbaru kanda dapat sebentar tadi bahawa dinda dan putera itu akan disatukan cukup bulan purnama ini."

"Benarkah kanda?"

"Benar dinda, kanda tahu dinda pasti suka."

"Mestilah dinda suka. Tetapi kanda, dinda tak sampai hati untuk meninggalkan kekanda keseorangan."

"Siapa kata kanda keseorangan? Bukankah memanda menteri ada, ramai rakyat jelata yang ada menemani hidup kanda sehari-hari."

"Kanda ini...bukan itu yang dinda maksudkan. Dinda maksudkan dengan teman hidup kandalah." Puteri Nilam Sari menarik muncung panjang 2 inci.

"Dinda ini....kanda juga bergurau dengan dinda."

"Kanda..apa kata jikalau kanda berkahwin saja dengan Mawar?" cadang Puteri Nilam Sari pada kandanya, Sultan Ali Shah. Ternyata cadangan itu sebenarnya diterima oleh kandanya namun ianya juga membuatkan Siti tersedek mendengarnya.

"Bagaimana dengan tuan hamba? Kanda sudah bersetuju, hanya menuju jawapan dari tuan hamba sahaja." Dengan nakal sekali Puteri Nilam Sari mengusiknya.

"Ehem....diam itu, tandanya setujulah ya?" kata Sultan Ali Shah yang seolah-olah boleh membaca fikiran Siti.

"Emmm..." Siti tertunduk malu.



"Kanda, kelihatan begitu tampan sekali...tidak dinda sangka bahawa kanda akan berkajhwin dulu dari dinda." Ujar Puteri Nilam Sari sambil membetulkan kedudukan sampin kandanya.

"Sudah jodoh kanda kahwin sulu dari dinda. Apa kanda boleh buat dinda. Dinda pun tidak lama, lagi beberapa hari saja lagi." Sultan Ali Shah mencuit pipi adindanya.

"Ampun tuanku, Siti Mawar telah hilang dari biliknya tuanku. Puas kami cari tapi tidak ada apa-apa kesan pun tuanku. Ampun tuanku." Terpacul dayang menyembah berita buruk. Sultan Ali Shah dan Puteri Nilam bergegas keluar dari bilik mencari kelibat Siti.



Siti gelisah menunggu saat untuk dia diijabkabulkan. Dia terasa bahagianya namun sedikit terkilan dengan ketidakhadiran Mak Mah dan Mira. Tiba-tiba dia terpegang rantai yang sejak beberapa bulan tergantung kemas dilehernya. Saat itu hatinya meronta-ronta untuk balik kerumahnya.

Dia memejamkan matanya, setitis air mata mengalir hangat membasahi pipinya. Dia terbayangkan rumah yang didiami oleh mereka bertiga. Walaupun dia derita tinggal bersama Mak Mah dan Mira, dia tidak sanggup meninggalkan semuanya.

Perlaha-lahan dibuka matanya, ditonyoh biji matanya sekuat hati. Matanya memandang seluruh biliknya untuk melihat kebenaran dihadapannya.

"Aku dah balik..yes....aku dah balik..." Siti melompat keriangan diatas katilnya yang hampir roboh dan musnahlah katil dikerjakan Siti. Siti tertawa dengan hati senang. Dia bergegas keluar dari bilik dan mencari kelibat Mak Mah dan Mira.

"Mak Mah.....Mira....Mak Mah....Mira..." tiada sahutan yang diterimanya melainkan bunyi cicak meyahut. Bising jelah cicak ni.

"Siti....buka pintu ni....Siti...." pangil seseorang dari luar pintu rumah.

"Ya...Siti datang ni..." sahut Siti dengan senyuman yang tidak lekang dari tadi. Sebaik saja pintu dibuka terus saja Siti menerkam dan memeluk Mak Mah dan Mira.

"Siti...kau ni kenapa? Dah buang tebiat apa? Naik...naik cepat. Orang datang tu." Siti terpinga-pinga. Siapa pula yang datang tu.

"Tunggu sekejap ya orang kaya. Saya naik sekejap nak hiaskan Siti ni." Dengan senyuman plastik Mak Mah menolak Siti masuk ke dalam bilik. Ditukarkan Siti dengan baju kebaya nyonyanya sewaktu zaman muda dulu dan disolek Siti dengan secantik mungkin.

"Dengar ni Siti, orang kaya Osman tu datang nak masuk meminang kau untuk anak lelaki dia. Kau jangan nak buat perangai pula. Setuju je tau." Arah Mak Mah tanpa memikirkan hati Siti yang menolak pinangan tersebut.

"Dah, jangan nak buat muka dekat sini. Kau pergi buat air sekarang pastu bawa naik. Lepas tu pandai-pandailah kau keluar dekat laman tu." Pesan Mak Mah siap-siap. Siti menurut saja kehendak Mak Mah.

"Hai...sorang je ke? Boleh saya tumpang sekaki dua?" soal suara yang begitu asing dari halwa telinganya.

"Kalau tak malu, silakanlah." Jawab Siti.

"Tak sudi pandang muka saya ke? Saya anak lelaki orang kaya Osman. Nama saya Shahril Ali. Nama awak mesti Siti Mawarkan?"

"Hah...???? Siti Mawar?" Siti tercengang. Dia memalingkan muka ke arah pemuda dibelakangnya. Hatinya dilanda kejutan demi melihat muka yang dikenalinya. Diamati dengan lebih dalam lagi muka pemuda yang bergelar Shahril Ali. Siti tersenyum lebar hingga ke telinga.

"Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Patik pacal hina datang mengadap ke bawah duli tuanku." Spntan Siti berlutut ala-ala orang mengadap masuk ke dalam istana.

"Sudahlah tu Siti. Saya bukan Sultan pun. Saya hanyalah bakal suami awak. Itupun kalau awak setuju untuk terima pinangan saya." Siti tersenyum seraya menganggukkan kepalanya berkali-kali. Siti terus berlari dan meluru masuk kedalam rumah.

"Mak Mah....Orang setuju terima pinangan ni....!!!!!" Siti memekik sekuat hatinya. Mak Mah dan Mira melopong, hadirin yang ada tertawa melihat kelakuan Siti, dan Shahril Ali, bakal suaminya tersenyum simpul melihat kerenah Siti.

Sekian berakhirlah penderitaan Siti selama ini. Moga-moga Siti bahagia selamanya disamping Shahril Ali.




*** Cerpen ini merupakan cerpen kedua yang dibuat ala-ala fantasi cerita dulu-dulu. Kalau ada salah silap harap dimaafkan, cerpen ni dah banyak kali tertangguh...akhirnya selesai juga. Saya budak baru bertatih dalam bidang ni.....

3 komen:

nik berkata...

amboi...bnyak gile name artis..haha...tp tahniah la...syok gak bace cerpen nih...

Suhaidah Tan berkata...

suka2 bez2 heheh ;))

ButTerFly_GurL87 berkata...

idea wat cte ni mmg dh lme...
then dh siap bru dpt publish...
gpun sy ske wat cte yg dpt santaikan minda semua...:)

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen