SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Pakweku, Artis Pujaan! 1


“Rin, petang ni nak ikut aku tak pergi tengok wayang?” soal Juju padaku yang sedang khusyuk sekali membaca buku dan sekali sekala menulis sesuatu ke atas buku nota.

“Kau ni takde benda lain ke? Asyik wayang je kerjanya. Belajar lagi bagus tahu.”

“Ala, kau ni. Asyik menghadap jer buku tu bosan juga. Jomlah ikut aku pula, kita pergi bersantai.” Pujuknya lagi.

“Kau ni biar betul?” aku menatap matanya.

“Apanya?”

“Orang kalau nak bersantai bukan dekat wayang, tapi dekat pantailah.”

“Kau ni, ingatkan apa tadi. Kalau kau taknak pergi takpelah. Aku jelah pergi seorang diri.” Rajuknya dengan mulut yang dah muncung macam itik sodok makanan kat tanah.

“Kau buat muncung itik tu pun takkan berjaya pengaruh aku pun. Baik aku duduk rumah, ulangkaji subjek ni.” Aku menepuk-nepuk tangan ke buku atas meja.

“Kau ni memanglah, ulat buku.” Kutuknya selamba.

“Yelah, memang pun. Kau je pun yang sanggup kawan dengan ulat macam aku ni.” Seloroh aku.

“Mengadalah tu. Dah, kalau macam tu, kau teman aku pergi jalan-jalan boleh?” pujuknya sekali lagi. Kesian pula tengok dia macamni.

“Yelah, aku ikut kau pergi jalan je tau.” Aku mengalah akhirnya. Elok juga berjalan, dah lama aku tak beli novel. Boleh pergi beli nanti.

“Asal kau senyum sorang diri ni?” sergahan dia membuatkan bahuku terangkat sedikit.

“Kau ni janganlah sergah aku.”

“Mana ada aku sergah kau. Aku tanya kau je tadi. Siapa suruh kau berangan tadi.” Bidasnya pula.

“Dahlah jom balik. Aku nak rehatkan otak aku pulak ni. Jom pergi kafe pekena nasi ayam Mak Kiah.” Ajakku pada dia yang tersengih dari tadi. Juju…Juju…

“Yea…boleh sedut ABC sekali.” Juju ketawa keriangan macam budak kecil. Kami mengemas buku dan beredar dari tempat yang kami duduki.





Hari yang dijanjikan…..

“Mana minah sorang ni? Ingat aku pak pacak ke kat sini.” Aku mengerling ke jam tangan yang menunjukkan pukul 11.00.

“Sori…sori..aku lambat. Aku terbangun lambatlah tadi.” Katanya dalam keadaan termengah-mengah.

“Takpelah, bukan lama pun aku tunggu (adalah dalam ½ jam). Kau dah makan belum ni?” soal aku pada Juju yang masih termengah sikit.

“Aku sempat bedal roti krim je tadi. Karanglah baru makan balik.” Katanya.

“Ok. Jomlah gerak. Kita nak pergi mana dulu ni?”

“Pergi Sogo dululah. Time ni orang masih tak ramai lagi.” Cadang Juju. Aku menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangannya.



“Asal dekat sana ramai orang berkerumun?” soal aku yang dalam kepelikan memandang arah yang penuh dengan umat manusia.

“Ala benda biasa je tu. Orang tengah shoting dramalah tu kot. Jap ek, aku nak pergi usha siapa pelakonnya.” Belum sempat aku menghalang Juju dari pergi, dengan sepantas kilat dia dah sampai situ. Aku hanya memandang mereka dari jauh.

“Amacam? Dah puas tengok?” peril aku.

“Dah, siap ambik gambar pelakon tu jap. Hensem gila.” Pujinya.

“Kesian, hensem tapi gila.” Aku menggeleng-gelengkan kepala.

“Woi! Suka hati je kau cakap dia gila.Siapa tak kenal dia. Pelakon muda yang tengah top masa ni.” Terang Juju.

“Dah, jangan nak berleter pula kat sini. Kau nak jalan-jalan ke tak? Kalau taknak. Aku blah nanti.” gertakku sambil merenung tajam ke mata Juju.

“Yelah..yelah..jom masuk dalam. Kacau jelah kau ni.” Balas Juju seraya menarik tanganku masuk ke dalam.




“Rin, kau buat apa?” soal Juju, merangkap kawan, serta housemate aku. Kami menyewa rumah flat di Seksyen 1, Wangsa Maju dan kini masih menuntut di sebuah kolej.

“Aku tengah buat derk je. Apalah kau, pergi tanya soalan bodoh.”

“Kau ni, tu pun nak take serius. Aku tau lah sekarang ni kau tengah menaip tugasan.”

“Tau pun, lagi mau tanya.” Balasku sambil mata dan tangan tak lari dari melakukan kerja.

“Aku boringlah. Jom keluar.” Ajaknya.

“Aku malaslah. Banyak lagi kerja kena buat ni. Baik kau tolong aku je buat kerja lagi bagus.” Balasku.

“Taknak. Bosan. Tidur lagi bagus.” Dia menghampiri katil aku dan melelapkan mata.

“Wei, kau masak ke tak? Ke nak makan kat luar hari ni?” soal aku. Senyap. Aku pun memalingkan muka ke arah Juju.

“Dah lena rupanya minah sorang ni.” Aku tersenyum sambil meneruskan kerja yang terbengkalai sekejap tadi.





“Juju, bangunlah. Dah masuk waktu Asar ni.” Aku mengejutnya yang masih terlentang keras dengan mulut ternganga.

“Apa?” soalnya dalam mamai dan menggosok matanya berkali-kali.

“Bangun. Basuh muka, solat then kita makan cucur aku masak ni.” Kata aku dan menepuk pipinya lembut. Juju ni memang kalau dah tidur tak sedar diri betul.

“Em…” dalam keadaan mamai dia bangun menuju ke bilik air.

Bedebuk!

‘Apa pula tu?’ soal aku dalam hati. Aku keluar dari bilik dan menuju ke bilik air.

“Juju!!!” aku menjerit sekuat hati melihatkan keadaan dia yang sungguh mencemaskan aku. Mana taknya, badan elok terduduk atas lantai, muka pula dah selamat masuk dalam baldi berisi air.

“Juju…” aku menggoncangkan badannya sekuat hati. Spontan kepalanya berdiri tegak kemudian lentuk balik. Aku menampar pipinya sekuat hati.

“Sakitlah. Kenapa tampar aku ni?” dia terjerit terkejut dengan tindakan aku.

“Siapa suruh kau terkejutkan aku dulu?” soal aku pula.

“Bila masa? Perit pipi aku kau tampar tau.”

“Sorilah, tak sengajalah kawan. Kau tu elok landing badan kat lantai, kepala dalam baldi. Tengok, habis basah baju kau.” Kataku panjang lebar.

“Yeke. Ngantuk sangatlah. Tak puas tidurlah.” Juju memejamkan matanya sekali lagi.

“Dah, jangan nak mengada lak. Bangun cepat.” Aku menariknya bangun. Berat betul minah ni.

“Yelah.” Dia bangun dan masuk dalam bilik menukar baju yang basah. Juju memang macamni, dia kalau dah ngantuk atau tak puas tidur jadilah macam tadi. Tak kira kat tempat mana pun elok je dia boleh tidur.




“Juju, aku nak jumpa kawan kat Setiawangsa jap tau. Kau jap lagi nak keluar jangan lupa kunci rumah. Aku tak tau pukul berapa balik nanti.” Pesan aku berkali-kali pada Juju yang terkenal dengan sikap pelupanya.

“Yelah, aku tak lupa. Kau tu elok-elok sikit. Macam-macam kes sekarang ni. Jangan balik lambat sangat.” Dia memesan semula pada aku.

“Ok. Aku pergi dulu ya.” Aku melambaikan tangan pada Juju yang masih tercegat depan pintu.





“Mana tempat yang si Din suruh aku pergi ni?” aku menatap kertas yang diberikan oleh Din. Terpusing-pusing aku mencari alamat yang tertulis atas kertas ni.

“Apa kata aku pergi tanya orang kat sini jelah.” Aku melangkah menuju ke sebuah bangunan yang berwarna oren. Ku tolak pintu masuknya dan melangkah masuk ke dalamnya. Sebaik je pintu terbuka, semua yang ada kat situ memandang aku seolah-olah aku ni alien pula.

“Assalammualaikum, sori ganggu. Saya nak…” tak sempat aku nak habiskan percakapan aku. Seorang jejaka ayu datang ke arah aku dan menarik tangan aku.

“Duduklah. Nasib baik awak sampai tau. Kalau tak, apalah nok nak cakap dengan diorang tu.” Katanya dengan gaya serba lembut. Geli geleman aku tengok caranya. Geli hati pun ada.

“Tapi…saya datang ni just nak….” Geram aku tak habis cakap lagi dia sampuk lagi.

“Takpe..takpe. Kalau dah sedia, jom masuk dalam jumpa bos.” Katanya dengan tergedik-gedik. Dia menarik tanganku masuk ke dalam sebuah bilik.

“Ala, dia takde pula. Takpelah, duduk dulu ya. Oh…lupa nama I Diya. Panggil Diya je tau.” Dia menghulurkan tangan padaku. Aku yang tengah blur hanya mampu menyambut salam yang dihulurkan.

“Ain.” Spontan nama tu terpacul dari mulutku.

“Ok, Ain duduk dulu ye. I nak ke pantry jap buat air.” Dia berlalu sambil menggelek-gelek punggungnya.

“Diya, buat milo untuk aku satu.” Keluar seorang jejaka yang ku kira agak hensemlah pada pandangan mataku. Aku hanya memandang kelibatnya yang lansung tidak menyedari kehadiran aku.

“Din, kenapa kau tak…” dia mengangkatkan muka dan memandang aku dengan muka terkejut. Aku tersengih macam tiram busuk pada dia.

“Din…….!!!!!!!!!!!!!” Jeritannya mampu meruntuhkan bangunan yang kami duduk sekarang. Kelihatan Diya aka Din memasuki bilik dengan terkocoh-kocoh.

“Kau ni, janganlah jerit-jerit. Sakit tekak kau nanti, padan muka.” Jawabnya dengan selamba. Jejaka di depan aku merenung tajam ke arah Diya. Aku hanya memandang gelagat mereka berdua.

“Kejap, ni aku kenalkan kau dengan gadis cute ni. Ain nama dia.” Aku bangun dan tersenyum pada jejaka tu.

“Kan aku dah cakap dengan kau, aku tak suka kau bawak orang asing masuk sini.” Membara api kemarahannya.

5 komen:

Anonymous berkata...

mcm best...
teruje nak bace..

Kaseh Esmiralda berkata...

nice...
tp ade sket mcm drama korea+taiwan yg penah tgk dulu...

ButTerFly_GurL87 berkata...

ye ke?hehe..:D
ade kot..coz peminat cetie jerry F4 ngan vicky zhao wei..hehe..

yellow berkata...

suspen tul..ingtkn knp,rupanya ngantuk sgt..hehe..
best2..cept2 la smbung..tp kalu leh xmo sad ending yer..

ButTerFly_GurL87 berkata...

pe yg suspen yellow?
ok..cte ni xkan sad endingnye..
oppsss...pch lubang..hehe..;))

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen