SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Selendang Buat Kekasihku, Delima



“Delima, dimana kau nak?” panggil sesorang dari balik pohon beringin.

“Ya, mak. Delima disini mak.” Sahut satu suara milik gadis bernama Delima.

“Apa saja yang kamu buat tu Delima?” soal maknya setelah sampai ke arah anaknya.

“Makkan kata nak makan mengidam mahu makan ikan keli. Delima tengah cuba tangkap ikan maklah ni.” Maknya menggelengkan kepala melihat tingkah laku anaknya.

“Kak Delima....Kak Delima...” terdengar suatu suara halus memanggil namanya.

“Ya, kak Delima disini dik.” Sahutnya sambil melambaikan tangan pada gadis kecil yang sedang berlari.

“Melur, jangan lari-lari nak. Jatuh nanti.” Mak Kelsom memberi amaran pada anak bongsunya yang berlari riang.

“Kak Delima, tadi Abang Adi suruh bilang sama kakak yang dia mahu berjumpa dengan akak petang ni ditepi pantai.” Dengan termengah-mengah Melur menyampaikan pesan Adi padanya.

“Baik, terima kasih adik kakak.” Ucapnya.

“Mak, kakak tangkap ikan ke mak?” soal si kecil.

“Yalah, kakak kau tu tengah menangkap ikan keli. Mak teringin makan gulai ikan keli. Melur sukakan?”

“Suka mak. Mak....boleh tak Melur mahu bermain sama kawan-kawan Melur?”

“Boleh saja. Tapi ingat jangan pulang lambat ya.” Pesan Mak Kelsom, riang sungguh hati Melur ketika itu. Terus dia berlari mendapatkan kawan-kawannya yang tengah bermain.




“Assalammualaikum." sapa Adi dari belakang. Delima yang begitu asyik menghadap lautan tersentak seketika.

“Waalaikumsalam.” Balas Delima lembut sambil tersipu-sipu malu. Adi mengambil tempat dengan duduk depan Delima tapi dengan jarak yang jauh sedikit.

“Melur bilang tadi, abang mahu berjumpa dengan Delima. Kenapa bang?” soal Delima.

“Abang Cuma mahu memberitahumu bahawa abang terpaksa ikut ayahanda abang belayar ke Sumatera pada esok hari.” Jelas Adi sambil menatap wajah pujaan hatinya. Wajah Delima yang bujur sirih, matanya yang ayu dan bibirnya merah bak delima memikat hati jantannya. Mendung seketika wajah Delima setelah mendengar penjelasan Adi sebentar tadi.

“Lamakah abang belayar ke sana?” soal Delima dengan pandangan sayu.

“Barangkali tiga purnama abang akan belayar. Usahlah Delima bersedih hati. Abang tidak akan melupakan Delima, kekasih hati abang.” Pujuk Adi tatkala melihat wajah Delima yang mendung.

“Jika begitu, tidak mengapalah bang. Tapi abang hati-hatilah dinegeri orang. Delima doakan abang selamat pergi dan kembali. Delima akan menanti kepulangan abang.” Sayu sekalu Delima melafazkan kata-kata.

“Marilah kita beransur Delima. Abang janji akan membawa pulang selendang buat Delima sebagai tanda kasih abang pada Delima. Jagalah dirimu baik-baik.” Pesan Adi sebelum mereka berangkat pulang ke rumah masing-masing.




Tiga purnama berlalu.....

“Kakak, kenapa kakak selalu kemari?” soal adiknya, Melur.

“Akak menunggu kepulangan Abang Adi, dik. Pergilah bermain disana, nanti kakak panggil adik.”ujar Delima.

“Baik, kak.” Balas Melur.

Sebenarnya, tanpa pengetahuan Delima. Ketika kapal Adi belayar di tengah lautan, kapal mereka telah dikepung dan ditawan oleh lanun durjana. Kesemua anak kapal Adi telah dibunuh, hanya tinggal Adi dan beberapa orang saja yang selamat tapi ditawan oleh mereka.

Beberapa hari berlalu, Kampung Teluk digemparkan dengar berita kematian Adi serta seisi kapal. Delima yang terdengar berita itu bagaikan tak percaya. Dia terus rebah sebaik saja mendengar khabar yang dibawakan oleh orang kampung.

Tidak lama kemudian, Kampung Teluk sekali dikejutkan dengan berita kematian Delima sekeluarga. Khabar angin mengatakan Delima telah dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan perompak atau lebih tepat sekali musuh Adi iaitu Bidin yang juga telah lama menaruh hati pada Delima. Namun Delima telah memilih Adi darinya. Kerana cemburu pada Adi dan tidak sanggup membiarkan Delima dimiliki oleh sesiapa, dia sanggup membunuh Delima.




2008.....

“Del, kau buat apa tu?”

“Sibuklah kau Joe. Tak nampak ke aku tengah buat apa ni?” Del atau Delima menunjukkan buku yang berada ditangannya saat ini.

“Ala, gurau pun tak boleh.” Joe pura-pura merajuk.

“Del, jom pergi makan nasi ayam. Aku belanja kau.” Joe menawarkan diri untuk belanja Delima makan.

"Tak naklah. Aku kenyang lagi. Sorry ek, lain kali jelah." Delima menolak lembut ajakan Joe.

"Takpelah kalau macamtu. Aku masuk kelas dululah ek." Ada bunyi nada merajuk. Joe berlalu masuk ke dalam kelas dan menyertai rakan-rakannya yang lain.





"Del, tunggulah aku Del." Jerit Shahila dari jauh sambil berlari ke arah temannya yang ralit membelek majalah remaja.

"Ish...kau ni. Sopan sikitlah. Boleh pula jerit nama aku dari jauh."

"Dah tu siapa suruh kau tak dengar aku panggil?" balas Shahila.

"Sorrylah. Ralit sangat telek majalah ni. Jom teman aku pergi kedai jap. Dahagalah pula. Jap lagi kena masuk kelas balik." Delima mengajak temannya ke kedai yang terletak tidak jauh dari situ.

"Del, mana Joe?"

"Asal kau tanya aku? Aku bukan P.A dia nak ambil tahu apa dia buat 24 jam."

"Takdelah. Aku saja je tanya. Janganlah marah. Aku rasa dia suka kaulah Del. Mana je kau pergi mesti dia ada. Macam bayang-bayang kau pula." Shahila menelah perasaan Joe.

"Ada jelah kau ni. Jom gerak." Delima berundur ke belakang sedikit apabila seorang lelaki India yang bertubuh besar lalu dihadapannya dan ini mengakibatkan dia terlanggar seseorang dari belakangnya.

"Oopsss...Sorry...sorry...tak sengaja." Dia memohon maaf dan memandang tepat pada orang yang dilanggarnya.

"It's ok...saya tak apa-apa." Jawab pemuda yang dilanggarinya. Mata bertemu mata, bagaikan menyingkap kisah cinta disebaliknya. Mereka terkaku memandang satu sama lain. Shahila menepuk lembut bahu temannya dan menyebabkan Delima tersentak sedikit.

"Oooo...ok." terpacul perkataan itu dari mulut Delima.

"Tumpang tanya, saya nak pergi tempat ni. Kat mana ye?" pemuda itu memberikan secebis kertas kepada mereka.

"Ini kolej kami je. Awak ni student baru ke?" soal Shahila.

"Yup. Boleh tak kalau saudari berdua bawa saya ke sana?" sopan dia meminta pertolongan.

"Boleh je. Apa salahnya, kebetulan kami nak masuk kolej balik ni. Kejap lagi kelas dah nak start." Ujar Shahila sambil matanya tak lepas memandang wajah pemuda itu yang lembut.

"Thanks, saya Shahrul." Pemuda yang bernama Sharul itu memperkenalkan dirinya.
"Saya Shahila dan ini kawan saya, Delima."

"Boleh kita gerak sekarang?" Sharul mengajukan soalan pada mereka.

"Boleh je. Jomlah." Dila hanya mengikut rentak mereka berdua. Dia terdiam selepas terpandangkan mata pemuda itu. Seperti pernah lihat mata itu, mata yang melahirkan penuh rasa cinta. Tapi dimana pernah dia melihat sepasang mata itu.

"Del, cepatlah." Shahila menarik tangan Delima. Mereka berjalan seiringan menuju ke kolej.




"Siapa tadi tu?" soal Joe tiba-tiba pada Delima yang kebetulan baru melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"Siapa?" soalnya kembali.

"Jantan tadilah. Siapa tu?" bentak Joe dengan wajah yang bengis.

"Kau kenapa nak marah-marah aku? Kau siapa? Kau bukan pakwe aku pun. Sesedap rasa je nak control hidup aku." Bidas Delima pula. Joe sedikit terkesima dengan jawapan Delima. Dia berlalu dengan muka merah akibat rasa malu dan marah kerana dilayan sebegitu.

"Del, tak patut kau buat macam tu. Kesian dia." Shahila menunjukkan rasa simpati pada Joe.

"Memang patut pun aku buat macam tu. Rimas tau hidup aku sejak dia asyik rapat dengan aku. Segala macam benda hidup aku dia nak jaga." Ujar Delima dengan rasa marah. Shahila terdiam melihatkan Delima yang mendiamkan diri dan merengus marah.

"Baik, kelas. Hari ni, kelas kita akan menerima seorang pelajar baru. Kenalkan namanya Shahrul, berasal dari Taiping, Perak. Umur baru 23 tahun. Maklumat lanjut boleh terus ke www.Shahrul.com.my. Gurau je. Ok, awak boleh ambil tempat disana." Dengan panjang lebar pensyarah mereka memperkenalkan pelajar baru yang baru masuk.

"Ok, kelas. Boleh kita mulakan sekarang?" soal pensyarah mereka.

"Yes, sir." Jawab mereka serentak.




"Del, kau perasan tak?"

"Apanya?"

"Shahrul tu kan. Dekat leher dia selalu dililit dengan selendang, panjang pula tu. Cantik selendang dia." Ujar Shahila.

"Dah tu kenapa? Tak boleh ke dia nak pakai selendang kat leher?" balas Delima.

"Bukan tulah. Tak kisahlah dia nak pakai apa pun. Cuma pelik je, jarang tengok lelaki pakai selendang kat leher ni." Shahila menyuarakan rasa isi hatinya.

"Biarlah dia. Buat ni cepat. Tadi kata lapar." Delima mengarah Shahila mencari bahan tugasan mereka.

"Hai...boleh saya join?" sapa Shahrul.

"Boleh je. Boleh tolong kami cari bahan ni juga." Laju Shahila menyampuk.

"Thanks, saya pun takde group nak buat tugasan ni. Harap dapat join korang berdua." Ucap Shahrul sambil matanya tak lepas memandang wajah Delima yang khusyuk menghadap buku di atas meja.

"Del, kau ok tak? Shahrul nak join kita ni?" soal Shahila.

"Aku ok je. Kalau macam tu. Awak tolong cari yang ni." Delima menunjukkan sebaris ayat pada Shahrul. Mereka terus membuat kerja masing-masing. Sejak dari hari itu, mereka kerap bersama-sama tak kira dimana saja kecuali tandaslah.




"Aku geram betullah tengok mamat tu. Rasa nak belasah je dia." Joe mengepal penumbuknya. Dia membayang yang dia tengah menggusti Shahrul dengan teruk sekali.

"Apa kata kau belasah je dia tu. Habis cerita. Takpun kau cekik je dia dengan selendang kat leher dia tu. Biar dia mampus." Cadang Bahar, sengaja dia mengapi-apikan lagi perasaan rakannya itu.

"Betul...betul..betul..." sampuk Boboy yang tersampuk trademark Ipin, adik Upin.

"Geram aku dengan Del tu, aku yang sikit punya hensem ni taknak layan. Boleh pula dia layan mamat tu." Joe menghentak tangannya ke dinding. Geram sekali.

"Apa kata kau buat je Del tu jadi milik kau selama-lamanya." Bahar menjungkitkan kedua-dua keningnya pada Joe.

"Apa maksud kau?" Joe tertarik mendengar cadangan rakannya itu.

"Macamni...." mereka merapatkan badan dan berpaut membentuk satu bulatan kecil.

"Aku setuju dengan cadangan kau ni. Lagi cepat lagi bagus." Joe gelak jahat diikuti dengan rakan subahatnya.




"Del, jom ikut aku. Kita keluar makan." Joe memasang perangkap dengan mengajak Delima keluar bersama dengannya. Setelah berjaya membawa Delima keluar bersamanya, pasti segalanya berjalan dengan lancar.

"Aku sibuklah malam ni. Nak kena siapkan tugasan." Delima menolak ajakan Joe.

"Please Del, dari hari tu kau asyik tolak je pelawaan aku. Kau tak kesian kat aku ke? Mana tau tiba-tiba aku mati kempunan nak keluar dengan kau ke." Pancingnya lagi dengan muka simpati. Delima berasa serba salah mendengar kata-kata Joe.

"Ok, tapi jangan lama-lama tau."

"Ok." Joe tersenyum sinis. Berjaya.




"Awak dah lama ke datang sini?" soal Delima pada Shahrul.

"Baru je. Hari yang kita berlanggar kat kedai tu merupakan hari pertama saya jejakkan kaki kat K.L ni. Tak sangka awak orang pertama yang saya bercakap." Shahrul tergelak mengingatkan detik-detik mereka itu.

"Mana ada kita berlanggar, sayalah langgar awak. Tak sengaja, sorry sangat-sangat wak." Pinta Delima sekali lagi.

"Takde apalah. Saya suka tenung mata awak. Cantik." Ucap Shahrul sambil matanya kembali merenung tajam mata Delima. Mata bertentang mata, hati mereka berdegup laju memainkan irama cinta.




"Del, makanlah. Kau renung makanan tu je tak kenyang pun perut tu." Sergahan Joe mematikan lamunannya pada peristiwa petang semalam.

"Aku kenyanglah."

"Makanlah sikit. Kecik hati aku tau kau buat macamni." Rajuk Joe dengan mulut yang sedikit muncung.

"Ok...ok...tapi pleaselah jangan buat muka macam tu. Buruk tahu." Selamba Delima mengutuk tanpa tapisan.

"Dah kenyang ke? Jom aku hantar kau balik." Delima menganggukkan kepala tanda sudah kenyang.

"Sedap tak makanan tadi?" angguk lagi.

"Del, asal kau senyap je malam ni? Macam tak suka je keluar dengan aku."

'Memang pun. Dah tau aku tak suka lagi mau tanya.' Getus hati Delima.

"Ok, jomlah aku hantar kau balik."

"Jomlah." Balas Delima. Senang rasa hati dapat balik rumah tak payah dia menghadap muka Joe lama-lama. Tiba-tiba Delima berasa sedikit pening dan jalannya terhuyung-hayang sehingga dia sampai ke tempat letak kereta. Joe yang melihatkan situasi tersebut terus mencempung badan Delima yang kecil molek ke dalam kereta. Tanpa disedari sesiapa, sepasang mata berwarna merah memerhatikan pergerakan mereka.




"Senang hati aku, akhirnya kau jatuh juga kat tangan aku." Joe gelak dengan penuh jahat sekali diiringi dengan rakan-rakannya yang turut berada bersamanya.

"Maafkan aku sayang, aku terpaksa memiliki kau dengan cara kotor. Siapa suruh kau degil sangat." Tambah Joe sambil matanya meratah tubuh Delima yang terbaring di atas katil. Joe bersiap sedia untuk memulakan langkah seterusnya.

"Hoi....!!!!Berhenti!" sergah seseorang dari belakang mereka. Pecah pintu disepak olehnya.

"Apa kau buat kat sini? Berani kau ceroboh kawasan aku." Joe membuka langkah untuk menyepak pemuda itu. Belum sempat Joe membuka langkah, badannya terhempas ke dinding dibelasah dengan pandangan mata pemuda itu. Matanya merah menyala menikam pandangan semua yang berada di situ.

Rakan-rakan Joe ingin melarikan diri, namun belum sempat mereka membuka langkah. Mereka tersungkur ke lantai, merembas darah dari mulut mereka. Terasa seperti dada diterajang kuat. Mereka terkulai lalu pengsan akibat hentakan yang kuat.

Joe bangkit kembali dan ingin menentang kembali pemuda bermata merah itu. Namun sia-sia, sekali lagi dia tersungkur menyembah lantai.

Delima yang tersedar dari pengsan terkejut melihat keadaan sekeliling dan dia bertambah terkejut melihat mata pemuda yang menyelamatkannya. Mata itu, perlahan-lahan bertukar menjadi sepasang mata biasa, dan dia segera berlari mendapatkan Delima.

"Delima, awak tak apa-apa?" soalnya sebaik saja dia sampai ke arah Delima.

"Saya tak apa-apa. Awak macam mana?" Delima menyoalnya semula.

"Delima, mari kita pergi sebelum mereka sedar nanti." Dia memimpin tangan gadis itu erat sekali seperti tidak mahu melepaskannya.

Keadaan yang sepi tadi bertukar rupa apabila sebutir peluru dilepaskan tepat mengenai badan pemuda bermata merah itu. Delima menjerit terkejut dengan bunyi letupan yang datang dari arah belakang. Dia menyambut badan pemuda itu sebelum rebah ke bawah.

Sekali lagi, Joe dilibas badannya ke dinding oleh pemuda bermata merah. Joe tersungkur kaku tidak bernyawa. Pemuda itu rebah terbaring dengan nafas yang termengah-mengah. Delima mencapai tangan pemuda itu, diusap tangan pemuda itu dan ditatap lembut sepasang mata yang penuh rasa cinta.

"Delima, abang rindu padamu." Terpacul kata-kata itu dari mulut pemuda itu.

"Abang, Delima juga terlalu rindukan abang setiap waktu." Delima menyambut kata-katanya. Dia seolah-olah dipukau kembali ka masa lalu. Dimana dia adalah Delima dan pemuda yang dipangkunya, Shahrul atau lebih tepat adalah jelmaan Adi, kekasih hatinya yang dikhabarkan telah mati ketika berlayar dahulu.

"Delima, seperti yang abang janjikan. Abang membawa selendang ini khas buatmu kekasihku." Adi membuka selendang yang terlilit pada lehernya. Dililitkan selendang berwarna coklat bersulam indah pada tubuh kekasihnya.

"Terima kasih." Delima tersenyum manis pada kekasihnya. Adi mengucup lembut dahi gadis pujaannya.

"Marilah kita pergi dari sini. Sudah lama abang mananti saat untuk kita bersama." Adi mengajak Delima pergi. Delima tersenyum dan mengaggukkan kepalanya. Mereka berjalan berpimpinan tangan dan menghilang ditelan kabus tebal.

Masa yang sama, Delima terkulai kaku disisi Shahrul. Keesokkan harinya, Kuala Lumpur hangat dengan berita yang melanda dimana polis menjumpai mayat sepasang kekasih mati bersama dan mayat seorang lelaki yang hampir separuh berkecai wajahnya. Manakala yang lain dijumpai cedera parah akibat hentakan kuat pada anggota badan.

1 komen:

-Ain-Dak In- berkata...

hmm..
cerita ni sedap..
tp byk sgt part yg terlalu simple..
huhuhu..
tp serius..
jln citenye sdap....

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen