SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 5


'Apa aku nak cakap ngan dia ek? Nak ke aku tolong dia? Tapi kenapa aku?' penin kepala aku memikirkannya. Aku capai handset kesayangan aku, sony ericsson T700 hadiah pemberian papa pada hari jadi aku bulan lepas. Aku belek-belek handset aku, dan hati aku tergerak untuk bagi sms kat mamat tu.

'Assalammualaikum. Sori la menganggu ko memalam cam gini. Aku setuju untuk jadi awek sementara ko.' Aku selamat tekan butang send dan sms tu berjaya sampai kat di sebab tak lama je lepas tu aku dapat balik sms dari dia.

'Betul ke ni? Sukanya aku. Esok kita jumpa k? Jumpa kat kafe.'

'Betul la. Owkey. Ko belanja aku. Hehe.'

'K. No hal la.'

*************

"B, jom kita g kedai sana." Nina menunjukkan jarinya ke arah kedai bersetentangan dengan kedudukkan kami sekarang.

"Ok, Baby. Jom." Aku mengemaskan lagi pautan tangannya dilenganku. Maklumlah awek cun melecun camni, mesti mau jaga. Bukan senang nak tackle model macam dia ni. Nasib badan aku dapat tackle dia. Elok jer kaki aku cecah ke dalam kedai, handset aku berdendang lagu Bunkface – Situasi.

'Sape lak yang hantar sms kat aku ni. Kaco betul la.' Aku tarik keluar handset Nokia N95 dari poket seluar.Biar betul minah ni. Macam tak caya jer. Rasa nak melompat jer time ni.

"B, nape senyum srang-sorang cam gini ni? Suka jer baby tengok. Awek lain ek?" Nina menyoal aku spontan dengan nada jeles n curiga.

"Mana ada. Dah jom la kita g tempat lain lak kalo dah habis shopping kat sini."

"Jom la. Barang kat sini tak berapa cantik la. Jom la gerak." Nina kembali berpaut pada lengan aku dan kami melangkah pergi dari situ.

**********

Mana lak mamat ni? Tadi cakap pukul 3 jumpa kat kafe. Ni yang aku hangin satu badan ni kalau berjanji dengan orang tak tepat janji. Tak lama lepas aku membebel sorang dalam hati baru la nampak kelibat dia menghala ke arah aku yang dah tercongok kat sini dari tadi lagi.

"Sori la. Lambat la plak. Jam la."

"Banyak la ko punya jam. Aku sekeh baru tau. Lambat jer. Naik kematu bontot aku tunggu ko." Aku membebel kat dia.

"Ala bukan selalu pun. Baru sekali ni jer." Dia wat muka simpati kat aku.

"Dah la. Cepat sikit nak bincang pasal hal ko ni. Aku nak balik hostel ni. Lagipun aku tau ko nak g dating ngan awek ko kan?"

"Tau jer ko ek. Ok, macamni. Hujung munggu ni hari ahad, aku bawak ko jumpa parent aku k. Kita jumpa pukul 9 pagi, aku amik ko depan hostel. Ko pakai cantik-cantik tau. Paling penting sopan n ayu." Dia meletakkan syarat pada aku.

"Banyak cekadak jer ko ek.Aku nak tanya ko ni, apa aku dapat kalo aku tolong ko ni?" sengaja aku menduga dia, padahal aku tak kisah pun tak dapat apa-apa.

"Aku belanja ko shopping. Ko boleh beli apa jer yang ko nak. Aku bayar semua nanti."

"Ko biar betul? Kaya betul ko ek?"

"Biasa la. Sape tak kenal, anak Tan Sri Ungku Omar." Dengan penuh angkuhnya dia bercakap ngan aku. Macam la aku heran sangat ko anak Tan Sri, lagipun yang kaya bukan ko, bapak ko la yang kaya. Berlagak nak mampus, nak jer aku cepuk ngan cawan ni.

"Dah la, malas nak layan ko. Ada apa lagi tak ni? Aku nak balik hostel ni. Banyak kerja aku nak wat dari mengadap jer muka ko kat sini. Boleh muntah darah tau."

"Amboi sedapnya mulut ko ek. Nah, amik kertas ni. Aku nak ko hafal apa yang aku tulis." Aku amik kertas yang dia bagi dan pergi balik hostel terus.

Hari yang dijanjikan.....

'Lambat lagi dia ni. Dah setengah jam tunggu ni. Nasib leh duduk dekat depan tempat pak guard ni.' Aku membebel sesorang. Member aku semua tak bangun lagi, liat betul dorang tu nak bangun pagi. Tengah syok berangan, muncul lak kereta Gen-2 warna oren metalic depan aku. Sape lak ni? Dia ke? Aku terintai-intai ke dalam cermin kereta. Tak nampak apa pun, gelap tul cermin dia.

"Husna, cepat la masuk dah lambat dah ni." Betul la tu dia, dari tadi taknak turunkan cermin kereta panggil aku. Macam la aku tau kereta dia yang mana, dah la cermin kereta gelap nak mampus. Aku pun bergerak menuju ke keretanya.

"Asal ko lambat? Penat tau aku tunggu ko dari tadi."

"Sori la. Aku memang lama bersiap pun. Biasa la, orang nak jaga penampilan la katakan."

"Blah la ko."

"Lupa nak tanya ko. Umah ko kat mana ek?" aku menyoalnya.

"Umah aku kat UK Perdana jer. Ko pernah sampai sana ke?"

"Tak pernah pun. Bagus gak ko bawak aku kat umah ko."

"Ko tinggal kat mana?" dia menyoal aku lagi.

"Aku tinggal kat umah flat jer. Bukan macam ko, anak orang kaya."

"Ok la tu. Janji ko ada umah untuk berlindung Cuma umah ko tak sebesar umah aku jelah kan."

"Berlagak jer. Malas la nak layan ko. Aku layan Mp4 ngan pemandangan kat luar tu lagi bagus."
Aku terus diamkan diri dan layan lagu sambil mengadap muka ke luar cermin menikmati pemandangan luar.

*********

Aku terus terdiam bila dia mendiamkan dirinya dan memandang ke arah luar. Aku kuatkan volume suara radio layan celoteh dj Hot fm. Kalau korang nak tau sebenarnya hati aku tengah kencang gak ni memikirkan apa yang bakal dikatakan oleh mummy ngan papa tentang 'awek' kat sebelah aku ni.

Tadi pun sebenarnya aku terpaku gak tengok dia yang tengah tunggu aku depan hostel tu. Ayu sunguh dia dengan berseluar jeans, berbaju ala kebaya digandingkan tudung berwarna pink sedodon. Kalo mummy tengok mesti terpikat tapi aku tak terpikat pun. Not my taste! Sori la mummy.

Dah sampai pun umah aku. Alamak dia ni, tidur lak. Camner nak kejut ni, tak pandai la aku. Selalu orang lain yang kejutkan aku. Aku mana la pandai bab-bab ni. Belasah jer la.

"Husna, bangunlah. Dah sampai ni." Aku cuba kejut dia. Nasib dia senang jaga.

"Dah sampai ke? Sori la tertido lak tadi." Dia membetulkan tudung dan bajunya, tak lupa muka dia.

"Dah ke? Jom la masuk." Aku menjemputnya masuk ke dalam umah aku.

"Assalammualaikum. Mummy, daddy." Aku memberi salam.

"Masuk la. Hah! Sampai pun awek kamu ke umah kita ni. Jemputlah masuk nak." Husna menghulurkan tangan dan menyalami tangan mummy.

"Terima kasih Puan Sri. Puan Sri sihat? Saya ada bawak buah tangan, tapi ni jelah yang saya bawak.." Husna menghulurkan sebungkus plastik yang berisi buah epal fuji kepada mummy.

"Siapa namanya tadi?" mummy menyoal Husna.

"Husna, Puan Sri." Jawab Husna sopan.

"Husna, takyah la panggil Puan Sri. Formal pulak rasanya. Panggil auntie sudah. Dany, ajak Husna duduk dulu. Mummy nak pergi panggil daddy kamu turun ni."

"Husna, duduk la. Aku naik jap tengok adik aku kat atas." Aku berlari naik ke atas untuk panggil si debab turun bawah.

"Bab, turun la cepat. Kawan alu sampai tu. Ko g layan dia jap. Aku nak tukar baju dulu jap."

"Ko ni, selamba jer masuk. Keluar la orang nak siap ni. Sibuk jer."

"Lain kali kunci la pintu dulu."

"Ko tu, ketuk la pintu dulu."

"Apa yang korang gaduhkan tu. Adik pergi turun bawah kenal ngan bakal akak ipar kamu."
Mummy menyampuk tia-tiba.

"Jap ma. Adik nak siap jap."

"Yelah, nanti turun bawah tau. Mummy turun dulu. Dany, pergi layan Husna tu. Sian dia sorang kat bawah tu. Mummy nak ke dapur sedia apa yang patut." Mummy mengarahkan aku turun ke bawah.

"Jap mummy. Dany nak tukar baju jap."

"Yelah." Mummy melangkah ke dapur.

Bila aku turun balik. Aku tengok Husna hilang, mana pulak dia ni pergi? Tadi ada, skunk takde lak. Mampus aku kalau dia hilang, mana nak cari ni?

"Dany, apa yang kamu cari tu? Lama betul kamu kat atas tu. Apa dibuatnya lama-lama kat atas tu? Kamu tinggal Una tu kat bawah sorang-sorang. Nasib la adik kamu ada layan dia kat luar tu." Mummy memarahi aku. Memang salah aku pun, seronok sangat layan Nina bercakap tadi sampai lupa aku ada tertamu. Aku melangkah keluar pintu mencari mereka berdua, ada pun kat taman sana,

Lagi berapa langkah aku nak menuju ke arah mereka, adik aku datang menerpa kat aku dengan senyuman yang panjang.

"Wei, aku dah interview awek ko dan ternyata awek ko pass tuk menangkan hati semua. Tengok tu, daddy pun suka layan dia. Ok la, aku nak masuk dalam tolong mummy. Ko pulak la layan dia." Aku hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata adikku.

Segeraku tuju langkah ke taman ke arah daddy dan Husna yang tengah rancak berbual. Husna kelihatan ceria melayan kata-kata daddy.

"Daddy, jom masuk dalam. Matahari tinggi dah tu. Petang nanti la sambung balik, kita masuk dan makan tengahari. Jom Una, masuk dalam." Ajak aku kepada mereka berdua.

"Jom la, perut daddy pun dah berkeroncong dah ni. Una, kita masuk jom ke dalam. Panas dah ni. Kang hitam pulak kulit kamu."

"Uncle jalan la dulu. Una ikut dari belakang." Dengan lembut dia berbicara. Kami pun melangkah masuk ke dalam umah.

1 komen:

Awanama berkata...

;))

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen