SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Antara Kau dan Dia


“Nina, asal cepat sangat kau jalan? Penat aku kejar kau dari belakang tau siap jerit lagi. Nak terkeluar anak tekak aku ni jerit nama kau.” Linda membebel sambil matanya menjeling ke arahku yang asyik mendengar lagu melalui mp4 aku. Lagu best pulak tu, mana tak lagu feveret aku beb. Lagu yang tengah meletup sekarang ni, nyanyian dari Agnes Monica - Shake It Off.
"Kau nak apa ni Linda? Aku nak cepat ni, nanti Bib Bebel kat rumah aku tu akan bersyair dengan rancaknya." Seloroh aku bersahaja pada teman aku, Linda.
"Banyak la kau. Nak cepat konon, padahal ada orang jemput. Aku nak pinjam nota sejarah la. Tadi aku tak sempat nak salin, aku berangan." Linda tertawa mengenagkan sikapnya yang suka berangan.
"Berangan aje kerja kau tu. Bila kau nak sedar dari berangan ni? Nah!" aku menghulurkan nota sejarah padanya.
"Ok, Camtu la kawan baik aku. Ok la, aku chow dulu. Bas dah datang. Bye, take care. Jumpa esok." Sempat dia berpesan pada aku sebelum berlalu pergi. Aku melangkahkan kaki menuju ke arah pokok didepan pagar sekolah menanti kedatangan seseorang. Tak lama kemudian, muncul sebuah kereta Satria berwarna hitam didepan tempat aku menunggu.
"Nina, jom balik. Amir mana?" abang Ady menjemputku naik kereta.
"Entah la bang. Nina tak perasan pulak dia ke mana." Aku mengerling ke arah jam tangan aku yang berwarna merah jambu.
"Kita tunggu kejap la. Nanti muncul la budak bertuah tu." Kata abang Ady.
"Woi........!!!!!!!!!" sergah seseorang dibelakang kami.
"Opocot mak kau meletup........!" spontan aku melatah depan dua makhluk Tuhan paling hensem disisi aku. Bila aku tersedar kembali, aku tengok dua mangkuk ayun depan aku tengah mengekek gelakkan aku. Ini yang panas kejap ni.
"Apahal kau ni, Amir. Sehari kau tak kacau aku tak boleh ke?"
"Tak boleh la. Aku suka kacau kau sebab kau comel macam Comot." Ada pulak dia bandingkan aku dengan kucing belaan dia, Comot. Ada juga yang kena sekeh dengan aku ni.
"Dah korang berdua ni asyik bergaduh je. Nanti aku kahwinkan juga korang ni. Jom balik, karang risau pulak mummy kat rumah tu." Abang Ady cuba meleraikan pergaduhan yang akan bermula kejap lagi kalau dia mengusik aku lagi. Aku berjalan membontoti Abang Ady didepan, tiba-tiba aku rasa pergerakan ak terhenti kerana aku merasakan kepala aku sakit yang amat sangat macam ditarik dengan sesuatu. Aku pusing menghadap belakang.
"Amir...! Sakitlah. Janganlah tarik rambut aku." Amir tetap berdegil dan menarik rambut aku lebih kuat hinggakan getah rambut aku tertarik dan tercabut dari rambut aku. Terurailah rambut aku yang panjang separas ketiak.
"Amir! Aku sekeh kau kang." Gertak aku.
"Sorrylah. Aku sengaja." Kata Amir dan segera masuk ke dalam perut kereta. Aku hanya memandang dengan geram. Aku pun masuk dalam kereta sambil membetulkan rambutku yang terurai.


"Umi, tengok Amir ni. Suka sangat kacau Nina." Aku mengadu pada Umi sebaik saja kami menjejakkan kaki ke dalam rumah.
"Amir, kamu kacau Nina lagi ye?" soal Umi.
"Mana ada Amir kacau Nina Umi. Perasan je, cuba tengok tangan Amir ni."
"Kenapa dengan tangan kamu?" soal Umi yang kepelikan sambil melihat tangan Amir.
"Tengok betul-betul tangan Amir, mana ada senduk kat tangan Amir ni Umi. Macam mana Amir nak kacau dia. Makanya Amir just usik dia jelah bukan kacau." Amir ketawa melihatkan kami yang terpinga-pinga mendengar loyar buruk dia.
"Kamu ni Amir, boleh sakit jantung Umi dengan perangai kamu ni. Dah, pergi naik mandi dengan solat. Pastu turun makan." Ujar Umi pada kani bertiga.
"Dah la tu Nina. Jangan layan sangat Amir tu. Jom naik atas. Umi kami naik dulu ye." Abang Ady meminta diri.
"Yelah." Jawab Umi.

Lupa pulak nak cerita dengan korang, yang sebenarnya aku merupakan anak angkat keluarga ni. Umi, atau Puan Zaharah merupakan emak angkat aku dan Abang Ady dan Amir merupakan abang angkat aku. Aku diambil jadi anak angkat waktu usia aku baru 5 tahun, waktu tu aku ditempatkan di rumah anak yatim.
Aku berterima kasih sangat dengan mereka sebab sudi menjaga aku hingga tahap dimana aku berada sekarang ni. Cuma aku ada satu rahsia yang semua orang tak tahu. Sebenarnya aku ada hati kat Abang Ady, tapi aku pendamkan je sebab aku tak nak kitaorang jadi renggang oleh sebab perasaan aku ni.


*************

Itu semua kenangan 4 tahun lalu. Sekarang aku tinggal dengan Mak Tok aku, iaitu nenek kandung aku. Kenangan bersama mereka tetap segar diingatan aku, aku sekarang hanya bekerja sebagai gadis kilang je gara-gara aku tak sanggup nak berpisah dengan Mak Tok yang semakin uzur.
Mesti korang pelik macam mana aku boleh tercampak kat sini kan? Sebenarnya, entah macam mana rahsia asal usul aku boleh terbongkar. Maka terbukalah sebuah cerita tentang aku yang sebenarnya merupakan anak orang gaji Umi. Ketika usia aku 5 tahun, mak kandung aku terbabit dalam kemalangan dan meninggal ditempat kejadian. Aku pulak terselamat dari kemalangan tu, telah ditempatkan di rumah anak yatim kerana tiada waris yang datang menuntut.
Umi yang mengetahui tentang hal tu segera ke rumah anak yatim dan menuntut hak jagaan ke atas aku. Tapi 4 tahun lalu, ketika kami tengah bergembira menyambut ulang tahun kelahiran Umi, Mak Tok telah datang dan menuntut aku dari Umi. Akhirnya aku telah memilih untuk tinggal bersama Mak Tok memandangkan Mak Tok sudah uzur.
Umi pula terpaksa akur dengan kehendakku, bukan niat aku untuk meninggalkan umi sekeluarga tapi aku juga punya tanggungjawab untuk menjaga Mak Tok. Nasib umi memahami pendirianku. Abang Ady dan Amir pun terpaksa menerima keputusan aku. Sedar tak sedar sejak aku tinggalkan mereka semua aku tak pernah jejak kaki ke rumah mereka kerana aku perlu menjaga Mak Tok yang kadang-kadang sakit tak menentu masanya.
“Nina, apa Nina buat kat beranda tu. Termenung panjang nampak, mari masuk. Sejuk tu kat luar sana.” Mak Tok memanggil aku masuk ke dalam rumah memandangkan hari sudah larut malam.
“Takde apa Mak Tok. Nina teringat kat Umi je.” Aku melangkah masuk ke dalam rumah.
“Kalau Nina nak pergi tengok Umi pergi la. Mak Tok tak larang pun, kamu pun dah lama tak jenguk diaorang kat sana. Apa pula kata diaorang nanti.” Ujar Mak Tok.
“Nina tak sampai hati la nak tinggalkan Mak Tok seorang diri kat rumah. Siapa nak jaga Mak Tok nanti?”
“Nina tak payah risau tentang Mak Tok la. Pandai la Mak Tok jaga diri, lagipun Mak Ngah kamu nak balik menetap sini dengan anak dia. Boleh la dia tengokkan Mak Tok.”
“Kalau dah macam tu Mak Tok cakap. Nina ikut jelah lagipun dah lama tak jumpa Umi. Sedap sikit hati Nina ada Mak Ngah tengokkan Mak Tok. Lagipun Nina ingat kalau tu Nina nak cari kerja kat sana la Mak Tok.” Ujar aku.
“Elok sangatlah tu Nina. Mak Tok tak kisah Nina nak kerja kat sana pun.”
“Ok. Mak Tok jangan risau. Tiap bulan Nina akan balik jenguk Mak Tok.”
“Ok. Macam tulah cucu Mak Tok. Kamu saling tak tumpah macam perangai mak kamu Nina.” Mak Tok memeluk aku sambil mencium dahiku.
Cukup bulan lepas itu, Mak Ngah kembali ke kampung halaman bersama anaknya yang bernama Iman. Aku pula mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur minggu depan.
*************
Sedar tak sedar dah sebulan aku menetap dirumah Umi kembali. Masih aku ingat ketika kedatangan aku semula ke sini, Umi begitu gembira dengan kehadiran aku. Umi mencium pipiku bertalu-talu dan memeluk aku seerat mungkin. Abang Ady dan Amir yang kebetulan berada di rumah terkejut dan berasa gembira dengan kedatangan aku.
“Nina, makin cantik la sekarang abang tengok.” Puji Abang Ady.
“Mana ada. Amir tengok Nina makin tembam je sekarang. Ni mesti makan banyak sangat ni.” Amir mengusik aku.
“Mengada la kau Amir. Aku sekeh kau kang.” Kata aku dengan nada geram.
“Sudah la tu Amir. Kamu ni tak habis nak menyakat Nina. Hah! Ady, kamu kata hari tu ada kerja kosong kat pejabat kita. Dah dapat pengganti belum? Kalau belum Umi cadangan biar Nina je yang ganti. Lagipun Nina datang sini pun nak cari kerja.” Ujar Umi pada Abang Ady.
“Elok juga tu Umi. Nasib juga takde pengganti lagi. Nina kamu setuju tak kerja dengan kami?” tanya abang Ady.
“Setuju je bang. Nina memang nak cari kerja pun. Mak Tok pun setuju dengan Nina. Lagipun Nina nak cari pengalaman lebih lagi.
“Elok la tu. Esok Nina terus masuk kerja dengan abang ok.” Aku menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Abang Ady dan Umi.

“Selamat pagi semua. Hari ini saya nak kenalkan kamu semua dengan staf baru kita iaitu Cik Hanina Binti Hafizi sebagai penolong pengurus. Jadi saya mintak kamu memberikan kerjasama kepada dia. Jangan pula buli dia.” Seloroh Abang Ady.
“Ok kamu boleh berkenalan dengan Cik Hanina kita. Saya masuk dalam dulu. “ sebaik je abang Ady malangkah masuk ke dalam biliknya. Aku diserbu kaum wanita dan disoal siasat oleh mereka. Seronok juga berkenalan dengan mereka. Sekejap sahaja kami boleh bergurau senda macam kenal lama.
“Nina, jom lunch dengan kami berdua.” Ajak abang Ady.
“Berdua?”
“Lupa pulak. Amir la beria-ia ajak keluar lunch katanya nak meraikan Nina dapat kerja. Jomlah kita gerak.”
“Ok, jom.” Aku mencapai tas tangan dan bergerak seiring dengan Abang Ady.

“Nina, malam ni kita keluar sama nak tak?” soal Amir pada aku.
“Tengoklah macam mana. Kenapa kau nak ajak aku keluar tiba-tiba ni?”
“Ala kau ni. Sportinglah sikit. Aku nak kenalkan kau dengan seseorang. Jangan tanya siapa, yang penting kau jadi je keluar dengan aku malam ni ok.”
“Oklah. Pukul berapa nak keluarnya?”
“Pukul lapan tepat kita keluar la. Lagipun aku dah cakap dengan Umi kita nak keluar makan malam sama malam ni.”
“Pandai je cakap macam tu dengan Umi. Kalau aku tak setuju tadi padan muka kau.” Selorohku.
“Aku tahu kau tak sampai hati nak tolak ajakan aku. Oklah. Aku nak buat kerja ni. Jumoa nanti.”

“Nina, kau dah sedia ke nak kenal dengan seorang yang aku kata tadi?” soal Amir setelah hampir separuh makanan masuk ke dalam perut kami.
“Lupa pulak aku. Kau ni lambat betul nak kenalkan tadi. Kesian dia, dah la makan tak tunggu dia pula tu.” Sungguh aku sendiri terlupa dengan tujuan sebenar kami keluar makan bersama malam ni.
“Mana orangnya?” aku menyoal Amir yang tengah sibuk mengambil sesuatu dari bawah meja.
“Nah, bukak la benda ni dulu. Nanti keluarlah orangnya yang kita nantikan.” Amir menghulurkan sesuatu yang berupa kotak yang dibalut dengan kemas. Aku menyambut kotak tu dan membukanya dengan perlahan.
“Amir, kau nak main-mainkan aku ek? Kau nak kena sekeh dengan aku tak?” aku menunjukkan siku aku ke arahnya.
“Apanya? Betullah aku bagi tu.” Katanya sambil menunjukkan ‘benda’ yang diberikannya padaku.
“Kau biar betul Amir? Takde pun orangnya? Kau ‘kencing’ aku ke?” soalku dengan nada tak puas hati.
“Nina, kau ni cuba tengok betul-betul. Orang yang kau nak jumpa ada dalam ‘benda’ ni” kata Amir lagi sambil menyuakan ‘benda’ tu depan aku.
“Otak kau dah senget sebelah ke?”
“Nina, kau ni lembap tul la. Tak paham lagi ke? Tengok ni betul-betul. Apa yang kau nampak?” soal Amir sekali lagi.
“Nampak diri aku la.” Kataku dengan malas.
“Hah! Pandai pun. Orang nilah yang kau dengan aku nantikan.” Amir menunjukkan jarinya pada cermin berbentuk hati dihadapan kami.
“Amir......Kau biar betul?”
“Kau ni, dari tadi biar betul. Betullah. Aku nak kau tahu yang sebenarnya kau terlalu istimewa dalam hati aku dari dulu lagi. Baru sekarang aku berani nyatakan perasaan aku pada kau. Memandangkan umur kita pun dah makin meningkat. Aku nak kahwin dengan kau secepat mungkin.” Panjang lebar amir menerangkan pada aku tentang perasaannya. Aku hanya mampu mendiamkan diri kerana aku masih tergamam dengan luahannya secara mengejut.

“Abang, Nina nak cakap sesuatu dengan abang. Semalam Nina keluar makan malam dengan Amir. Amir luahkan perasaan dia pada Nina. Nina tak boleh terima bang. Macam mana Nina nak bagitahu pada dia bang?” soalku pada Abang Ady.
Abang Ady dan aku sebenarnya menyimpan sebuah rahsia dari pengetahuan Umi, Amir serta orang lain tentang kenyataan yang kami ini merupakan pasangan kekasih sejak dari aku kembali ke sini kembali.
“Nina, abang rasa elok Nina terima cinta Amir. Abang tak sanggup tengok Amir terluka kalau dia tahu abang dan Nina adalah kekasih.” Ujar Abang Ady dengan tiba-tiba.
“Abang ni dah tak betul ke? Abang tak nak tengok Amir terluka tapi abang sanggup tengok Nina terluka dengan sikap abang macamni.” Air mata mula mengalir mambasahi pipiku.
“Nina tak paham keadaan abang sekarang. Abang tersepit sekarang ni antara Umi, Amir dan Nina.” Wajah Abang Ady kelihatan begitu tegang sekali.
“Apa maksud abang ni? Kenapa ianya berkait dengan Umi dan Amir?” soalku.
“Umi dah pilihkan calon isteri untuk abang. Dua bulan akan datang abang akan berkahwin dengan pilihan Umi.” Terasa mahu gugur jantungku mendengar kata-kata Abang Ady.
“Abang, betul ke ni? Abang sanggup ke lepaskan Nina pada orang lain?” air mataku lebih laju mengalir mengenangkan semua yang berlaku.
“Abang, Nina rasa elok kita berterus-terang dengan Umi tentang hubungan kita. Nina percaya, Umi boleh terima.” Pujukku dalam tangis.
“Nina, abang tak mahu Umi terluka sebab yang diharapkan untuk jadi isteri abang tu bukan orang lain. Dia anak pada kawan karib Umi, dan kami dah dijodohkan dari kecil lagi. Abang tak sanggup sakitkan hati Umi. Maafkan abang, biarlah sampai sini je cinta kita. Nina tetap akan berada dihati abang sebagai adik perempuan abang.” Ujarnya.
“Baiklah. Kalau itu yang terbaik untuk kita semua. Nina redha bang. Terima kasih atas segalanya.” Aku melangkah kaki membawa hati yang terluka.


“Nina, sejak dari hari tu sampai sekarang kenapa kau macam mengelak dari aku?” soal Amir.
“Mana ada, pandai je kau ni.’ Nafiku.
“Baguslah macam tu. So, macam mana dengan lamaran aku hari tu?” soalnya lagi.
Aku mendiamkan diri sambil melontarkan pandangan ke arah tasik di depan. Sengaja kubiarkan dia menanti jawapan dariku.
“Nina....” panggil Amir. Aku memandang ke arahnya dan ku lemparkan senyuman padanya.

“Nina, tahniah abang ucapkan. Selamat pengantin baru.” Ucap Abang Ady.
“Akak pun sama juga Nina. Tahniah. Selamat pengantin baru.” Ucap Kak Asiah padaku sambil mengucup pipiku.
“Umi mana?” soalku pada Abang Ady.
“Umi kat sini. Mana boleh tak ada time anak perempuan tunggal Umi ni meraikan saat bahagia dia.” Umi memeluk aku dan mengucup pipiku bertalu-talu. Mak Tok dan Mak Ngah yang berada ditepiku tersenyum melihat kami.
“Pengantin oit....Siap sedia keluar sekarang. Pengantin lelaki dah sampai.” Jerit mak andam yang kebetulan berada di tepi tingkap bilikku.
“Nina, jom turun. Dah sampai pun suami kamu.” Kata Umi sambil memimpin aku yang sudah kedinginan kerana gementar untuk naik pelamin sebentar lagi. Mak Tok, Mak Ngah, Abang Ady dan Kak Asiah menuruti kami dari belakang. Kami berjalan menuju ke arah pengantin lelaki, terdengar paluan kompang berbunyi menyambut kedatangan kedua mempelai yang berjalan seiringan menuju masuk ke dalam rumah.

“Nina, tak tidur lagi ke, sayang?” soal suamiku sebaik dia melangkah masuk ke dalam bilik.
“Kejap ya bang. Nina nak baca surat ni kejap.” Aku meminta izin dari suamiku.
“Ok. Bacalah, abang duduk sebelam sayang.” Katanya.

Buat Hanina,
Aku ucapkan selamat pengantin baru pada kau. Maafkan aku sebab tak dapat hadir pada hari bahagiamu. Aku tak mampu untuk hadirkan diri dihari persandinganmu. Aku hanya mampu berdoa kau bahagia dengan dia yang mampu memberikan kau kebahagian. Doakan aku berjaya selalu dan bertemu insan sepertimu. Semoga berbahagia selalu.....
Ikhlas,
Amir

‘Amir aku doakan kau bahagia selalu....’ doaku dalam hati.
“Abang, jom tidur. Nina tutup lampu ya bang.” Aku berjalan dan menutup suis lampu.
“Nina, abang sayang Nina dari hari pertama kita bersua abang dah jatuh hati dengan Nina.” Kata Iman, suamiku yang juga sepupu tiriku sambil memelukku dan mengucup dahiku..
“Nina janji akan cintakan abang seumur hidup Nina.” Ucapku mengakhiri malam pengantin baru. Moga kebahagian sentiasa menyebelahi kami selamanya.

1 komen:

Awanama berkata...

jalan cerita ok..tp xberapa clear..ape jd dgn amir?kenapa dia kawin dgn iman?konpius

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen