SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 3


“Una, hujung minggu ni kau balik rumah tak?” soal Yaya.

“Rasanya aku nak balik rumah la. Dah berapa lama tak jumpa parents aku. Asyik busy je memanjang. Korang balik tak rumah minggu ni?” soal aku balik.


“Pasal tu la aku tanya kau, kitaorang semua nak balik rumah la. Keja group pun dah settlekan. So aku nak balik la. Dorang pun sama gak la.” Kata Yaya.


“Korang nak balik bila?” Tiba-tiba Yana datang dan menyoal kitaorang semua.


“Kita balik lepas kelas hari Khamis ni la. Kita balik sama la.” Ujar Qure.


“Nak tumpang kau Qure.” Serentak aku dan Yana cakap.


“Ok, boleh je. Yaya, aku tau mesti abang sayang kau amik kan?” Qure menyoal pada Yaya.


“Pandainya korang teka. Jangan jeles tau.” Tersengih-sengih Yaya menayang gigi yang ropong tu.


“Apa-apa pun settle la kerja dulu. Tinggal Encik Sham punya je. Orang tua ni suka sangat bagi kerja la. Malas betul aku nak buat.” Ngomel Yana.


“Dah-dah jom buat kerja.” Ajak aku pada dorang semua.



“Assalammualaikum.” Aku memberi salam pada orang didalam rumah. Tak lama kemudian kelihatan mama berjalan keluar rumah terkedek-kedek membawa dirinya yang montel.


“Wa’laikumsalam. Ala, anak mama dah balik pun. Rindunya kat Una.” Mama memeluk diriku dengan eratnya.


“Una pun rindu ngan mama. Sori dah lama tak balik. Kerja banyak la mama, takpe ni orang balik sampai hari Isnin.” Kataku sambil memeluk lengan mama dan berjalan menuju ke dalam rumah. Bukan selalu dapat bermanja dengan mama. Mama merupakan suri rumah sepenuh masa dari awal perkawinnya lagi. Papa merupakan pegawai kakitangan awam kerajaan di Kementerian Pertahanan. Aku merupakan anak tunggal sebenarnya. Tu yang manja sangat tu dengan mama dan papa.


“Mama, papa balik cepat ke lambat hari ni?” soalku pada mama.


“Awal rasanya. Mama dah cakap dengan papa semalam yang kamu nak balik hari ni. Kenapa tanya ni? Mesti ada apa-apa ni.”


“Bukan apa ma. Una rindu kat papa and satu lagi Una nak ajak papa pergi jalan-jalan kat Jusco baru bukak tu kat Au2. Mama ikut skali tau, dah lama tak berjalan sesama.” Ajakku.


“Yelah sayang. Manja betul dia. Dah boleh jadi mak orang dah ni kalau dah kawin.” Mama bergurau denganku.


“Ala mama ni. Biarlah Una nak manja dulu dengan mama dan papa puas-puas. Lepas kawin takde dah, Una manja dengan hubby Una lak.” Aku membalas gurauan mama.


“Amboi, dah gatal nakk kawin nampak anak mama ni.”


“Gurau je la mama. Ma, dorang semua kirim salam kat mama.”


“Wa’laikumsalam. Bila nak ajak dorang datang rumah kita ni?”


“Nanti la ma Una ajak time cuti sem. Ok la ma, Una nak naik jap nak mandi ngan solat skali.” Aku meminta diri ke atas. Rindu pada bilikku dan Gummy, teddy bear kesayanganku yang dihadiahkan oleh papa dan mama sempena hari jadiku yang ke 14 tahun.


“Elok la tu. Karang terus siap sekali. Kita keluar pergi jusco dan dinner skali.” Mama memperingatkan diriku sekaligus.


“Baik mem.” Segera ku berlari menaiki tangga menuju ke bilik.



“Papa, jom makan yong tau fu. Lapar la pa.” ajakku.


“Yelah sayang. Jom ma.” Kata papa seraya memimpin tangan mama bukan apa takut tercicir lak. Mama ni kalau dah jalan ralit je mata duk pandang sekeliling.


“Ok pa. Biar Una pergi amik order.” Aku menawarkan diri.


“Ok Una tau kan apa papa ngan mama nak.” Ujar papa.


“Mestilah Una tau. Una kan anak papa ngan mama.” Kataku sambil berlalu ke kaunter makanan.



Setelah selesai makan dan jalan-jalan kami bergerak balik ke rumah. Penatnya berjalan terasa lagi, balik solat dan tidur. Nikmatnya tak terkata, esok nak keluar ngan member sekolah dulu lak. Nak pergi jalan ke Mid Valley.


“Pa, nak duit boleh tak? Esok nak keluar la dengan Sina and Aziela.” Pintaku.


“Boleh je. Esok papa letak duit tempat biasa. Ingat jangan boros sangat tau.”


“Ok, thanks pa. Sayang papa.” Segera pipinya ku kucup bertalu-talu.


“Papa je? Mama, Una tak sayang ke?” segera pipi mama ku kucup jugak.


“Ok la gud nite pa ma.”



Esoknya aku keluar dengan 2 member rapat aku dari sekolah lagi. Kat sini doranglah kawan rapat aku yang ada. Kat Unisel tu budak bertiga tu je la. Lagipun dah lama tak keluar dengan dorang berdua ni.


“Korang, pe cite? Pakwe ada sihat ka?” soalku pada dorang berdua.


“Aku ok jer dari semua segi.” Aziela menjawab.


“Aku ok gak cuma aku baru putus lagi la.” Ujar Sina dengan muka yang sedih.


“Ala kau ni kumbang bukan sekuntum. Mesti kau jumpa lain nanti. Macam la tak tau kau tu.”

Aziela berkata dengan tersengih-sengih. Dah paham sangat dengan perangai Sina ni. Maklum la teman rapat dari tingkatan 3 lagi.


“Betul tu. Aku setuju ngan Aziela. Dah jangan bersedih lagi. Jom aku kita main boling pastu g makan.” Ajakku pada dorang.


“Kau balik Unisel bila Una?” soal Sina.


“Aku balik hari Isnin petang kot. Korang lak bila balik U?” soalku pulak.


“Aku esok la. Kerja banyak la.” Ujar Aziela.


“Yelah tu. Entah-entah tak sabar nak jumpa pakwe.” Sina bercakap dengan spontannya. Habis Aziela lepas tu kena gelak dengan kitaorang. Merah padam muka dia kena sakat tadi. Lama jugak kat Mid Valley kali ni. Maklum la bukan selalu jumpa, dalam pukul 6 petang. Kitaorang gerak balik rumah.



“Papa, bye. Thanks hantar Una balik sini.” Ku kucup pipi papa dan bersalaman dengannya.


“Yelah Una. Belajar rajin-rajin tau. Jangan tinggal solat, rajin-rajin tipon papa ngan mama.” Pesan papa.


“Baik bos.” Segera ku melangkah kakiku keluar dari kereta.


“Assalammualaikum.” Aku bagi salam pada umat dirumah.


“Wa’laikumsalam. Una dah balik la. Lambat kau balik.” Kata dorang.


“Biasa la. Singgah kat tempat makan jap. Nah aku beli ni untuk korang. Makan tau.” Ku letakkan makanan yang dibawa ke atas meja.


“Baiknya kau. Macam tau-tau je kitaorang lapar. Thanks.” Kata Yana.


“Tau la kau kan suka makan. Makan banyak-banyak. Aku nak mandi ni. Aku dah makan tadi. Korang makan la.”


“Ok.”



Esok seperti biasa kelas berjalan mengikut jadual. Petang tu kitaorang keluar berjoging tepi tasik lepas tu lepak jap kat kerusi lepaskan penat jap. Dekat 20 minit lepak tu kitaorang balik hostel. Malam bersantai tengok cerita dan tidur. Esok kena bangun awal ada kuiz pulak kelas Puan Linda. Pagi tu baru nak selak buku, biasa la otak aku ni bila time pagi baru boleh terima ilmu.



“Qure, psst….Nak jawapan nombor 5.” Yana meminta jawapan dari Qure sambil menunjukkan isyarat tangan nombor 5. Qure memandang Yana dengan muka seposen dan dengan selamba meneruskan jawab soalan. Yana hanya melihat tingkah laku Qure dengan kebengangan je. Yana beralih pulak ke aku, tapi aku sama macam Qure buat derk je sudah.


“Yana, apa awak tengok tu? Tiru ke? Nak kena potong markah buat la.” Puan Linda bagi amaran. Kecut jap Yana tu. Terdiam terus dia terus tunduk muka dan jawab soalan. Ni baru quiz belum mid term lagi. Lagi sakit nak lagi kalau yang buat soalan tu Puan Linda kita ni yang buat. Memang sakit la nak jawab, perah otak beb.


“Ok kelas. Masa pun dah habis. Passing kertas ke orang depan. Orang depan sila hantar kepada saya.” Kecoh jap suasana yang sunyi sepi tadi. Bising mulut semua bercakap tentang kuiz yang dijalankan tadi.


“Ok semua. Hari ni saya lepaskan kamu semua awal. Kamu boleh pergi makan tengahari awal hari ni.” Puan Linda member pelepasan untuk kami semua keluar awal.


“Terima kasih puan.” Ucap semua pelajar. Puan Linda terus mengemas kertas di atas meja dan melangkah keluar. Pelajar lain semua dah melangkah keluar dulu setelah ucap terima kasih. Kitaorang baru bangun dari tempat duduk dan bergerak menuju ke kereta. Tengah jalan tu terserempak dengan Puan Akma, pensyarah serta mentor aku.


“Husna, boleh tolong saya sekejap tak. Sori ganggu awak, tapi awak je saya kenal dan nampak ni. Tolong saya bagi kertas kerja ni kat pelajar nama ni dekat bilik Pematek dan cakapkan pada dia kelas dibatalkan petang nanti, saya ada hal. Terima kasih.” Puan Akma menghulurkan kertas kerja pada aku.


“Baik puan.” Ucapku. Puan Akma berlalu dari situ. Aku berpaling pada dorang.


“Korang, tunggu jap boleh tak? Nak pergi jumpa Daniel jap. Entah alien mana lak ni.”


“Ok.”



Aku melangkah kaki dari lobi ke bilik Pematek mencari Daniel. Sampai depan pintu Pematek, aku ketuk pintu dan masuk ke dalam. Segera mataku melilau mencari kelibat Daniel (macam aku kenal je kan). Takpe la tanya budak perempuan ni la jap.


“Assalammualaikum, tumpang tanya. Daniel ada tak?” tanyaku pada perempuan yang berada dimeja depan.


“Jap ye. Dany, ni ada makwe nak jumpa kau ni.” Kata kakak tu pada mamat bernama Daniel.


“Suruh dia tunggu jap. Aku nak settlekan kerja ni sikit lagi.” Kata suara itu. Aku intai jugak nak tengok muka tapi dapat tengok belakang badan je.


“Tunggu jap ye. Duduk la dulu.” Pelawa perempuan tu.


“Takpe la, saya nak cepat ni. Tolong bagi ni kat Daniel tu ye. Terima kasih.” Aku meminta diri untuk keluar dari situ.


“Ok nanti saya bagi kat dia.” Katanya sambil senyum padaku. Aku senyum kembali kat dia dan berpaling untuk keluar. Dah jalan baru berapa tapak baru aku ingat, aku lupa nak sampaikan pesan Puan Akma kat mamat tu. Pusing balik la jawabnya. Elok je aku pusing belakang, Bedebuk, sekali jatuh macam nangka busuk da.


‘Adoi sakitnya badan aku. Keras betul badan mamat ni’ ngomel aku sendirian.


“Woi, mata letak mana?” tempik mamat depan aku. Amboi cantik bahasa dia. Segera ku betulkan kedudukan baju dan tudung.

1 komen:

atashi79 berkata...

=)) sape ek mamat tu? Asyik malang jer nasib una..huhuhuhu..........

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen