Komen
1
Komen
“Aiman, suka tak kalau acik Tasha jadi Mak Ngah Aiman?” soal Kak Siti dengan soalan ‘cepuk’ emasnya.
“Mestilah ‘cuka’,” jawab Aiman dengan penuh semangat.
“Kalau Aiman suka, Aiman cakaplah dengan nenek Aiman. Suruh kahwinkan Pak Ngah dengan Acik Tasha cepat-cepat. Nantikan hari-hari Aiman dapat main dengan Acik Tasha,” sudah...Kak Siti dah start cucuk jarum dia. Dekat budak kecik macam Aiman ni pun jadilah.
“Aiman, kenapa tersengih sorang-sorang ni?” soal Badrul yng sedari tadi tertoleh-toleh melihat Aiman yang tersengih sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
“Mana ada. Pak Ngah ni....pandai je tau. Pak Ngah, bila nenek dengan ibu balik ‘umah’ kita?”
“Esok kot, kenapa?”
“Takde apa,” Aiman menggelengkan kepalanya sambil tersengih kembali.
“Tasha, takde cerita lain ke nak tengok. Dah tu asyik termenung je dari tadi. Meh sini remote tu,” dengan pantas Nora merampas remote control yang berada ditanganku.
“Kau ni kenapa? Dari tadi asyik keluh kesah je, dah macam kucing nak beranak pun ada. Apa nak jadi dengan kau ni?” sampuk Zarina pulak yang sedari tadi membatukan diri.
“Tak ada apa,” balasku pendek. Sebenarnya ada apa, korang jangan bagitau dengan dorang pulak tau. Nanti aku tak nak cerita lagi kisah hidup aku dengan korang semua. Aku sebenarnya terkenangkan mamat sorang tu, siapa? Siapa lagi kalau bukan bos aku, Badrul Amri yang comel bukan main tu.
Aku tengah tak senang duduk ni, ni semua gara-gara tengahari tadilah. Errr..korang jangan cemas pulak, aku bukan salah makan ke apa pun. Cuma aku sekarang ni bagaikan orang yang sedang dilamun cinta, mana je aku pandang asyik teringat dekat mamat tu.
Pertolongan!!!! Tolong ubatkan penyakit aku sekarang ni.
“Aiman, dah siap ke?”
“Dah. Pak Ngah, ibu balik hari ni ke?”
“Ye kot. Kenapa?”
“Rindu kat ibu.”
“Tulah, ibu dengan nenek ajak ikut, tak mau.”
“Pak Ngah....”
“Yup.”
“Takde apalah.”
“Aik?! Macam tu je. Dah panggil tak mau cakap pulak. Aiman ni kenapa?”
“Aiman ‘bocanlah’ Pak Ngah. Pak Ngah tak payah kerja hari ni boleh tak?” Badrul mengerutkan dai mendengar permintaan Aiman.
“Mana boleh camtu. Pak Ngah tak boleh ambik cuti tiba-tiba kalau takde hal. Tapi takpe, memandangkan permintaan Aiman penting. Pak Ngah kerja separuh hari jelah hari. Ok?”
“Ok,” muka Aiman berubah ceria.
“Macam tu, jom kita pergi ofis Pak Ngah dulu. Petang nanti kita lepak kat KLCC.”
“Yea...yea...sayang Pak Ngah,” sebuah kucupan khas ditujukan dipipi kanan Badrul. Aiman masih terlompat kegirangan.
“Sherry, masuk dalam bilik saya sekejap,” Badrul memberi arahan setelah panggilan dijawab oleh Sherry.
“Kenapa bos panggil aku ni? Aku ada buat salah ke? Ke dia nak ajak aku pergi dating?” Sherry gelak gaya gedik campur perasan. Tangannya pantas mencalit gincu dibibir serata meratakan bedak dipipinya. Kemudian dia melangkah dengan yakin menuju ke bilik Badrul. Pintu diketuk dari luar.
“Masuk.”
“Ya, bos. Ada apa yang perlu saya bantu?”
“Tolong chek aktiviti saya sepanjang hari ni?” pinta Badrul sambil menanti.
“Hari ni, kalau ikutkan bos ada meeting dengan Farid Corparation. Kebetulan tadi pihak dorang telifon dan meeting dibatalkan. So...bos free hari ni.”
“Ok, bagus. Kebetulan saya pulak tak masuk petang ni. Jadi, kalau ada apa-apa boleh terus kepada Yazidlah ye. Satu lagi, saya tak mahu diganggu petang ni. Ok itu je, awak boleh keluar, terima kasih,” Badrul melemparkan senyuman manis yang mampu mencairkan jiwa Sherry saat ni. Kalah susu cair cap F&N.
“Ada apa hal bos panggil?” soal Anita, kaki kepoh nombor satu di ofis mereka.
“Takde apa pun. Just cakap petang ni dia tak masuk. Tu je, buat penat je aku mekap tadi. Ingatkan dia nak ajak aku pergi dating ke tadi,” Sherry menghamburkan rasa terkilannya pada Anita. Kemudian mereka membuka kedai kopi jenama ‘gosip’.
Sekian matahari terbit disiang hari, kini muncullah bulan menerangi malam. Aiman kelihatan gembira sekali hari ni maklumlah dapat pergi jejalan dengan Pak Ngahnya diKLCC.
“Aiman, pergi mandi. Kejap lagi ibu sampai.”
“Yea..yea...ibu balik!” Aiman memekik gembira. Dia segera mendaki tangga menuju ke bilik untuk bersihkan diri begitu juga dengan Badrul. Setelah selesai menunaikan solat maghrib, mereka berdua turun bersama menanti kepulangan yang ditunggu-tunggu. Tak sampai setengah jam kemudian, terdengar bunyi deruan kereta memasuki perkarangan rumah.
“Assalamualaikum,” terdengar suara memberi salam.
“Waalaikumsalam,” jawab mereka berdua serentak.
“Anak ibu,” Kak Shida segera memeluk Aiman didepan pintu dan dikucup Aiman dengan penuh kasih.
“Ibu, Acap mana bu?” soal Aiman yang mencari kelibat adiknya, Asyraf.
“Ada dengan nenek, nah Aiman bawak masuk ni kat dalam. Kejap lagi nenek masuk dengan adik. Ibu nak pergi angkat barang dengan papa kat kereta,” Kak Shida memberikan bekas berisi botol susu pada Aiman. Dia segera menuju ke kereta untuk memunggah barang yang masih ada di dalam kereta.
“Banyak barang bang,” celah Badrul yang tertinjau-tinjau dalam kereta. Uminya sudah masuk terlebih dahulu dengan Asyraf sebentar tadi.
“Mana tak banyak, akak kau ni. Pantang nampak orang jual barang kat tepi jalan tu, semua benda dia nak borong.”
“Pandailah abang tu, dia pun sama. Habis semua mainan yang orang jual di beli untuk Aiman. Nah! Angkat yang ni bawak masuk dalam,” Kak Shida memberikan selonggok plastik berisi barang pada Badrul.
“Bad, Aiman macam mana? Ok tak sepanjang Bad jaga ni?”
“Ok je Long, nakal budak je pun,” Badrul membalas pertanyaan kakaknya.
“Biasalah tu Bad, namanya budak-budak. Nanti kau ada anak sendiri baru kau tahu,” sampuk Abang Long yang penuh dengan barang ditangan.
“Lambat lagilah saat tu nak tiba.”
“Apa pulak lambat, tak lama je lagi tu. Umi tu pun asyik merungut je bila Bad nak kahwin.”
“Ish...Along ni. No komen,” Badrul membuka langkah besar agar cepat sampai ke dalam rumah.
“Hah! Bad, meh sini kat umi,” Uminya memanggil dengan penuh lembut. Macam ada bau-bau bahaya je ni.
“Aiman, tepi sikit,” sengaja dihimpit Aiman yang duduk ditengah-tengah sofa.
“Apa Pak Ngah ni? Tak ‘unatlah’,” Aiman menolak badan Badrul dengan kuat. Badrul hanya tertawa.
“Kenapa umi? Macam ada benda penting je nak sampaikan ni. Umi nak kahwin lagi ke?” gurau Badrul spontan.
“Ish..Bad ni, kesitu pulak dia.”
“Dah tu kenapa umi?”
“Umi nak Bad kahwin!” dengan tegas uminya berkata sehingga Aiman terkentut apatah lagi Bad yang tersedak air liur yang baru hendak dicernanya.
“Umi ni biar betul?!” naik terjojol biji matanya saat ni. Along dengan abang Long dah tersenyum kambing pandang dirinya.
“Apa pulak tak betul. Betullah apa umi cakapkan ni.”
“Dengan siapa?”
“Siapa, apa ni?” soal uminya pulak.
“Umi nak suruh Bad kahwin dengan siapa?”
“Hai...dengan siapa lagi kalau bukan Tasha,” dengan pantas uminya menjawab.
“Apa?!”
“Apa?!” aku terkejut mendengar khabar yang dibawakan oleh Nora.
“Kau biar betul Nora?” giliran Zarina pulak bertanya.
“Betullah, kau ingat aku main-main ke? Menyampah,” Nora mengajuk cara Pak Sudin di dalam cerita Seniman Bujang Lapok.
“Bila masa korang bercinta ek? Senyap-senyap je. Apa punya kawan daa...” balas Zarina dengan nada tak puas hati.
“Betul tu, bila masa korang bercinta? Tup...tup... je nak bertunang,” aku pulak mencelah ditengah kekalutan.
“Cinta ekspresslah katakan. Apa nak buat. Korang jangan jeles pulak ek,” Nora tersengih bahagia.
“Tak jeles pun. Cuma ter‘kezut’ je.”
“Bila nak berlansungnya majlis kau tu?” soalku.
“Rileklah, lagi dua bulan je. Lagipun semua persedian dia buat. Aku cuma rilek je tunggu masa untuk sarung cincin,” ujar Nora.
“Bestlah kau, dah lepas. Kitaorang ni, bilalah agaknya,” aku dan Zarina termenung.
Komen
Buruk 22

6
Komen
Komen
Takut Kawin
“Ijam….tolong aku wei!!! Aku tak sanggup…!!!!” jeritku sekuat hati. Aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding ni je.
“Oooop...oppp....yang kau terjerit-jerit sampai nak terjojol anak tekak pehal ni?” soal Nizam yang ikut sama stress pasal aku menjerit tadi.
“Mana taknya, mak aku paksa aku kawin,” kataku dengan nada bengang.
“Laaaa.....pasal tu je kau terjerit-jerit tadi, ingatkan kenapa. Apa susah, kau kawin jelah...”Nizam ni menambah sakit hati aku lagi je, aku cepuk jugak budak sekor ni nanti...!
“Sedapnya kau berkata-kata...kau ingat kawin ni macam main pondok-pondok dulu ke? Kau jadi mak, aku jadi bapak...” bertambah stress aku ni, silap-silap boleh kena jangkitan migrain nanti...migrain berjangkit ke?
“Memang patut pun mak kau suruh kawin, kau tu bukan muda lagi. Tahun ni je dah masuk 32 tahun, tau....” ujar Nizam sampai naik muncung mulutnya tu.
“Cakap orang sedap, dia tu, macam muda lagi....” aku mencemuh Nizam semula.
“Aku muda lagilah....tak sedia nak kawin lagi,” Nizam membela nasib dirinya dari dikutuk dengan aku.
“Mudalah sangat, padahal dah masuk 33 tahun semalam,” bidasku.
“Sssshhhh.....cakap tu slowlah sikit, nanti jatuh saham aku,” Nizam menekup mulutku. Macamlah ada orang dengar, padahal aku berdua je dengan dia dalam bilik ni.
“Dahlah...pergilah balik bilik kau, aku nak layan blues ni...jangan lupa fikirkan cara untuk aku elak dari kawin...” sempat aku berpesan pada Nizam sebelum dia balik ke biliknya yang terletak tak jauh dari bilik aku.
“Apa? Kawin?!”
“Mira, perit telinga mak dengar kamu menjerit ni....apa yang kamu terkejut sangat ni?”
“Mak, Mira tak nak kawin lagilah mak, Mira tak sedia lagi,” aku menolak mentah-mentah cadangan mak.
“Mira, kamu jangan jadi anak derhaka, nanti mak sumpah kamu jadi batu, baru tau,” mak cuba mengugut aku. Leceh betullah mak aku ni....
“Mak, Mira ni muda lagi nak kawin, bagilah Mira balas balik jasa mak ngan bapak, bila dah sedia nanti...Mira kawinlah jugak nanti. Ek...ek.. mak?” aku memujuk mak aku.
“Muda lagi kamu kata...hei, Mira! Kamu tu dah masuk 29 tahun, muda kamu cakap, mak dulu, waktu umur kamu sekarang ni, dah ada anak ke 7 tau. Kalau ikut umur mak sekarang ni, memang dah sesuai sangatlah mak timang cucu. Kamu tak kesian ke dekat mak ngan bapak? Dok berharap sangat dapat timang cucu, mana tau esok lusa kami ni dah takde umur,” mak ni...dia dah mula bukak cerita sedih ngan dulu-dulu pulak, memang payahlah nak berhenti macam ni.
“Mak, bukan Mira tak nak kawin, Cuma...mak bagilah Mira masa sikit dulu, nanti bila Mira dah sedia, Mira kawinlah ye mak,” aku mencuba nasib sekali lagi.
“Mak tak kira, kamu kena kawin jugak. Hujung minggu ni, kamu kena balik jugak rumah. Dorang datang nak tengok kamu, jangan nak mengelak pulak. Kalau kamu buat hal lagi, mak takkan ngaku kamu anak mak!” talian dimatikan sebelum sempat aku cakap apa-apa lagi. Habislah aku, mak dah bertegas jugak dengan keputusan dia tu, nampak gayanya.....terpaksalah aku ikut cakap dia. Mak...mak...
“Cik Esah...kedatangan kami ni, nak sunting bunga ditaman. Ada lagi ke bunga ditaman ni?” soal sorang mak cik ni pada mak aku. Mana aku tau apa dorang cakap tu? Biasalah, aku duduk mengintai dan pasang telinga kat balik bilik aku ni.
“Betul tu Cik Kiah oi....bunga ditaman ni belum dipetik orang lagi, masih menunggu orang datang suntingnya...” apalah yang dorang cakap ni? Main bahasa kiasan pulak, faham sangatlah aku ni. Malas nak dengar, aku pun mengadap laptop je, layan game Diner Dash lagi best.
“Mira....!” aku tersentap, habislah...mak dah panggil aku keluar.
“Mira...keluarlah, dorang nak sarung cincin tu,” mak masuk ke bilikku dengan muka yang cukup manis.
“Mak, kata datang risik je, ni main sarung-sarung cincin pulak ni nape?” aku menarik muka.
“Memanglah, datang merisik sekali dengan tunang terus, senang cerita. Buat sekaligus, kalau ikut mak, nikahkan terus kamu pun takpe,” selamba je mak aku ni cakap, aku jugak yang tergagau-gagau mencari kestabilan diri ni. Alahai mak....
Nak tak nak, terpaksalah aku mengikut langkah mak ke ruang tamu. Tu pun puas mak paksa aku kedepan, nak buat adegan sarung menyarung cincin. Takde pulak aku nampak bakal suami aku tu, lantaklah dengan dia.
“Kau jangan gelakkan aku tau...”
“Macam mana aku nak gelak? Kau tak cakap apa-apa lagi,” Nizam mengerutkan dahinya.
“Aku dah bertunang,” kataku dengan suara perlahan.
“Apa? Kau dah bertunang? Baguslah, ingatkan apa tadi, sampai ugut aku tak bagi ketawa. Tapi...memandangkan aku rasa nak ketawa, makanya.....” Nizam terus menghambur tawanya sehingga air mata mengalir keluar dari matanya.
“Woi....!!! Kan aku dah kata tadi, siot tullah kau ni,” aku meluku kepala Nizam bertalu-talu.
“Sakitlah...habis rosak rambut tajam aku ni,” Nizam melepaskan diri dari diluku oleh aku, terus je tangannya membetulkan ketajaman rambutnya yang lentur diluku tadi.
“Siapa suruh kau gelakkan aku, percuma je aku bagi kau luku.”
“Rileklah, baru bertunang, belum kawin lagi. Itupun dah kecoh giler...”
“Mak akulah, tak pasal-pasal aku bergelar tunang orang. Semalam dia pergi pinang budak perempuan tu. Budak tu pun satu, kenapa dia tak tolak je pinangan mak aku tu,” aku mengaru-garu kepalaku yang tak gatal.
“Kau ni, yang kau nak pening-pening buat apa? Mak kau suruh kawin, bukan suruh kau pergi bunuh orang,” Nizam duduk di atas sofa.
“Kau cakap memanglah sedap, aku yang kena tanggung semua ni tau,” aku mengeluh dengan agak kasar.
“Ok...ok...kau tak payah nak pening-peningkan kepala kau. Bila kau nak nikah?” soalan Nizam ni yang membuatkan aku rasa tercekik tulang ayam ni.
“Awal bulan depan...,” ujarku lambat-lambat.
“Apa??? Bulan depan???”
“Yang kau terjerit-jerit ni nape lak?”
“Jap...jap...bulan depan ek...maknanya...” Nizam mula mencongak-congak jarinya.
“Maknanya...minggu depanlah ek?” soal Nizam dengan mata bercahaya.
“Apa? Minggu depan?” giliran aku pulak terjerit.
“Wau, betul tak sabar mak kau nak suruh kau kawin, habislah kau bro...” Nizam tertawa sekali lagi sebaik saja melihat muka aku yang naik biru.
“Mak....tak boleh tunda ke tarikh nikah kitaorang tu? Cepat sangatlah mak, Mira tak mau...” aku merengek-rengek dicorong telifon yang mengunakan talian Tmnet.
“Tak boleh!!!” kata-kata mak terasa seakan menyentap hulu hatiku. Rasa macam nak gugur jer jantung aku sekarang ni.
“Mak.....”
“No way....” amik kau, sekali mak aku skeping London, eh salah speaking London. Ternganga aku jap.
“Yelah...yelah...” akhirnya aku terpaksa akur dengan kata-kata makku.
“Kamu jangan tak balik pulak lusa ni, kang tak nikah pulak kamu. Jangan nak buat hal pulak, ingat kata-kata mak hari tu,” sekali lagi...mak aku ni, suka sangat mengugut aku.
“Ok, mak,” jawabku lemah.
“Mirul mana?” soal mak aku pada Nizam yang baru masuk dalam bilik aku.
“Nape mak cik? Mirul hilang ke?” soal Nizam.
“Tulah pasal, mak cik panggil dia kat luar tadi, tak menyahut pulak. Tu yang mak cik masuk dalam. Kamu dari mana ni, Ijam?” soal mak aku.
“Saya pergi toilet tadi jap, sebelum tu ada je dia dengan saya dalam ni duk menunggu nak bertolak,” jawab Nizam jujur.
“Mana budak ni pergi? Magik pulak dia,” mak tercari-cari aku. Habis bilik aku dikubang, mana tau aku menyorok dalam almari ke, bawah katil ke, atas siling ke dan sewaktu dengannya. Kelihatan mak mengeluh, ayah aku awal-awal berlari keluar mencari aku kat bahagian luar rumah pulak.
Sementara tu, cerita aku pulak....
Sebaik je si Nizam tu cakap nak pergi toilet, aku dengan pantas mengunakan akal fikiran untuk melarikan diri dari kena bersanding sekejap lagi. Nikah dah selamat semalam, tapi still takut dan ngeri menyelubungi perasaan aku. Aku memanjat tingkap bilik dan terjun kebawah, nasib baik bilik aku ni tersorok kebelakang sikit.
Aku berlari kebelakang rumah dengan berkaki ayam, tempat pertama aku tuju ialah reban ayam ayah aku kat belakang rumah ni. Macam tak muat je aku nak masuk, reban arnab pulaklah. Tak boleh...tak boleh....aku alergik dengan binatang berbulu.
‘Kat mana aku nak menyorok ni?’ gumam aku. Idea!
Aku terkekek-kekek tengok dorang semua cari aku, habis semua lubang dorang cari. Alamak, ayah lalu kat sini pulak, tahan nafas cepat. Aku mengeraskan diri dan cuba menahan nafas sehinggakan aku terlepas sebutir bom atom yang tak sengaja keluar dengan agak kuat dan mampu mengegarkan tempat yang aku sembunyi sekarang ni.
“Mana pulak datang bau busuk ni? Ish....” kembang kempis aku tengok ayah menahan nafas. Sesekali diselangi dengan batuk, busuk sangat ke bom atom aku? Ya Allah! Boleh mati semut yang ada dekat-dekat sini.
“Mana budak bertuah ni pergi?” ngomel ayahku sendirian. Tahan jugak ayah aku ni, sanggup dia duduk kat situ lagi, kalau aku dah lama lari. Nasib baik bau dia dah kurang sikit ni.
“Abang...jumpa tak anak kita?” soal mak yang termengah-mengah diikuti dengan Nizam dibelakangnya.
“Abang tak jumpalah, dahlah panas ni. Mana budak bertuah ni pergi pulak?”
“Naik semput saya cari Mirul ni pak cik, habis keliling kampung saya pusing tadi,” tipu betul budak Nizam ni, macam aku tak kenal kau tu. Nizam membetulkan urat pinggangnya, rasa macam nak patah pun ada. Sengal badan mencari si Mirul ni....
“Pak Cik...” Nizam tak terkata sebaik terpandang aku ditempat persembunyian aku.
“Apa? Kenapa kau tunjuk kat atas tu?” sudah....ayah ngan mak aku mendongakkan kepala mereka. Ternampaklah aku yang tengah tersengih macam kera sumbing.
“Mirul! Apa kejadahnya kau duk atas pokok tu? Baik kau turun sekarang ni, kalau tak ayah naik atas sana heret kau,” ayah mengertak aku.
“Eh...janganlah marah yah,” aku yang pantang digertak dengan ayah segera turun perlahan-lahan ke bawah. Ayah aku ni memang pantang kalau anak-anak dia buat hal. Tambahan lagi aku yang perangai luar biasa nakalnya.
“Puas kita cari dia, dah jadi laki orang pun, buat perangai lagi,” ayah membebl sambil tangan tak lepas memulas telinga aku.
“Dah, lepas ni kau buat hal lagi, ayah lesing kepala kau,” kata ayah sambil meniru gaya Haji Bakhil dalam cerita Labu Labi.
“Nizam, meh tolong mak cik tacapkan si Mirul ni,” mak memanggil Mirul dengan lembut. Aku melarikan pandangan mata ke pintu bilik, tiba-tiba terpacul muka ayah dengan jegilan maut dari matanya yang besar tu. Aku terasa kecut dan terdiam membiarkan saja Nizam dan mak merapikan bajuku.
“Mira...dah siap ke?” tiada sahutan.
“Mira...” sekali lagi terdengar suara mak memanggil.
“Kila, cuba panggil Mira ni. Mak Lang panggil dia dari tadi, takde menyahut pun. Kot pengsan kat dalam tu je,” mak menyuruh Kila, sepupuku melihat aku didalam bilik. Pintu bilikku diketuk dan namaku dipanggil berulang kali namun masih tiada jawapan. Akhirnya, pintu bilikku dirempuh oleh mereka.
“Mira...!!!!” sekali mak menjerit macam tarzan.
“Mira...” kini giliran Kila memanggil namaku. Namun aku mengeraskan diri.
“Kila, cuba kamu tengok bawah katil tu.”
‘Alamak....mati aku,” aku berdoa dalam hati agar mak dan Kila tak jumpa tempat persembunyian aku.
“Nape payah sangat nak bukak pintu almari ni,” mak menarik pintu almari dari luar, manakala aku menariknya dari dalam. Adegan tarik pintu almari pun bermula antara kami berdua.
“Kila, mari sini tolong Mak Lang tarik pintu almari ni. Ketat semacam pulak dia,” panggil mak.
“1....2....3...” sampai terkentut mak aku menarik pintu almari, nasib baik tak roboh. Kila, lagilah teruk aku tengok dia. Menitik-nitik peluh membasahi dahinya sampai naik merah muka budak tu. Aku yang baru dapat udara setelah berjaya dikeluarkan oleh mereka berdua dari dalam almari terus menghamburkan gelak.
“Tangkap...!!!!!!!” akhirnya aku berjaya ditawan oleh mak dan Kila.
“Apa yang bising-bising ni?” bapak datang dengan muka cuak.
“Anak abang sorang nilah, buat perangai pulak dia. Tak nak naik pelamin, dimain nyorok-nyorok dengan kita,” ujar mak dalam keadaan penat.
“Mira....cepat siap. Sekejap lagi pengantin lelaki nak sampai dah,” kata bapak dengan tegas sekaligus mampu membuatkan aku menikus sekejap.
‘Bising betullah kompang ni, pergilah main jauh-jauh dari aku,’ hanya itu mampu kubisikkan dalam hati. Nak lari tak boleh dah, mak dengan ayah ada kat belakang, yang si Nizam ni dok kepit lengan aku kejap, bukan apa, takut aku lari sekali lagi.
Jantung aku ni rasa nak gugur ditambah pulak dengan bunyi kompang. Sepatutnya pengantin lelaki kelihatan segak menanti pengantin perempuan, sampai tang aku, lutut rasa longgar. Badan berpeluh sakan, kipas yang Nizam hala kat aku pun tak rasa dah. Rasa nak terjun dalam sungai je ni.
“Kau ni, cuba berdiri elok-elok. Kejap lagi datanglah bini kau tu,” arah Nizam yang melihat aku kejap macam cacing kepanasan, sat lagi macam jellyfish pun ada. Alamak....rasa terkucil dah datang pulak.
“Mira, cepatlah. Laki kau dah sampai tu,” Kila mengelap peluh didahiku. Debaran dadaku semakin kuat seiringan dengan bunyi kompang yang dipalu.
Langkah kakiku kian lemah, terasa macam nak orang dukung je atau lebih tepat nak kurung diri dalam bilik. Tak nak naik pelamin.....waaaaa........
“Mira, jom gerak,” aku melangkah longlai disamping Kila disisku sentiasa.
“Bagi laluan, pengantin nak lalu! Tepi! Tepi!” Pak Mail menghalau orang yang berada berdekatan kami. Dapat aku rasakan bini aku ni menggigil semacam je, aku apatah lagi. Ngilu gigi kurasakan.
‘Alamak....nak kena sanding ke? Lecehnya...’desis hatiku.
“Steady bro....steady, senyum....” Nizam ni main-main pulak dia.
Macam manalah muka aku waktu ni, mesti make-up aku cair jap ni. Kompang dah berhenti, lagu Kompang Dipalu ni pula menala telinga aku. Bingit aku rasakan, kalau dulu bukan main aku joget sakan kalau dengar lagu ni. Punyalah suka dengar lagu ni, tapi kawinnya takut.
‘Aku tak nak naik pelamin......! Tolong...!’ batinku menjerit kuat.
“Hah...betulkan sikit kerusi tu, pengantin nak duduk ni,” mak mertuaku mengarah pada dorang.
Aku memandang sipiku,terlihat muka biniku yang pucat. Aku pandang sekeliling, mak dengan ayah tersenyum simpul disamping ayah mertuaku. Nizam dengan Kila, sepupu bini aku tengah betulkan pelamin. Apalagi....C.A.B.U.Tlah...
“Eh....pengantin nak lari tu. Tahan dia cepat,” terdengar suara ayah menjerit.
“Mira....!!!” langkah kakiku spontan terhenti. Baru ingat nak ikut C.A.B.U.T tadi. Bapak merapati aku dan menarik lembut dan memegang kejap lenganku.
“Apa tersengih-sengih, duduk diam kat sini,” kecut aku mendengar kata-kata bapak.
“Payah betullah budak berdua ni, degil betul. Cepat naik pelamin tu....” ayah dan bapak mertua aku menarik tangan aku. Aku berpegang kuat pada tiang rumah dan duduk keras disitu. Puas mereka menarik aku, akhirnya mereka geletek pinggangku dan berjaya mengheret aku naik ke pelamin yang dihiasi indah berwarna maron gold. Rasanya tengkolok aku ni dah senget ke dah hilang dari kepala?
“Mak, Mira tak nak naik atas pelamin...” aku menyentap tanganku dan memegang kemas gril pintu.
“Mira, apa degil sangat budak sorang ni,” mak mencubit lenganku sekuat hatinya.
“Auchhh....sakitlah mak,” aku menggosok lenganku yang dicubit tadi. Alpa kejap dok gosok lengan, apalagi kena heret naik pelamin jugaklah akhirnya.
“Berpeluh kita ni Cik Esah oiii....main dengan degil budak-budak ni. Apa yang payah sangat nak naik pelamin ni. Kalau kita dulu bukan main lagi nak naik pelamin waktu nikah dulu,” mak membebel disamping besannya.
Ayah terpaku keras memerhati pergerakan aku, risau kalau-kalau aku buat hal lagi. Aku memandang bini aku yang keras tak bergerak ditempat duduknya. Mana taknya, bapak mertua aku duduk jeling dia dari tadi.
“Ok, sit down here...and please talk-talk to your parents here, whylah you all takut sangat nak sanding ni?” fuyooo.....amik kau, sekali keluar mak aku speaking London habis berterabur.
“Bukan takutlah mak, segan je....” balas aku lambat-lambat.
“Segan kamu kata Mira, tu bukan segan, tu mengada-ngada namanya tu.”
“Sekarang ni, baik kamu berdua cakap, kenapa takut sangat nak kawin ni?” soal ayah mertuaku.
“Gila-Gila Pengantin,” jawab kami berdua serentak. Kemudian kami berdua saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka semua menepuk dahi sendiri setelah mendengar jawapan dari kami.
“Siapa suruh tengok cerita tu? Lagi pun tukan cerita je, yang kamu berdua ikut sama fobia sekali ni kenapa? Macamlah tak pernah tengok orang lain bersanding,” giliran bapak aku pulak membebel. Adoi....perit telinga dengar kompang campur lagu tak hilang lagi ni ditambah pulak dengan bebelan kedua orang tua kami.
“Dah...dahlah tu kita membebel, kesian kat pengantin baru ni. Dah, pergi masuk bilik. Jangan buat perangai lagi,” sampuk mak mertuaku. Nasib baik....eh...tak baik, pasal aku kena tidur satu bilik dengan lelaki yang baru aku kenal 2 hari ni. Tapi dia laki aku, nak tak nak kenalah tidur sekali dengan dia.
Dalam bilik.....
“Awak tidur jelah atas katil tu, saya tidur dekat bawah je,” aku belum tanya dia dah offer diri,ini sudah bagus. Baik sungguh hati cik abang aku. Selamat aku malam ni, aku pun tersenyum dalam kegelapan malam.
Tu semua cerita setahun dulu, sekarang ni cerita lain pulak. Aku kini bahagia dengan bini tercinta, Nur Amirah. Tambah lagi dengan kedatangan orang baru yang menghuni dalam perut bini aku. Rugi betullah aku tak kawin awal dulu kalau aku tau kawin tu bahagia sekali macam ni. Paling tak tahannya, kami berdua rupanya mengalami situasi yang sama, dimana fobia dengan perkawinan semata-mata kerana sebuah cerita bertajuk Gila-Gila Pengantin.
“Mirul....kau kena tolong aku,” Nizam melutut diatas lantai. Kenapa pulak dengan mamat sengal sorang ni?
“Nape pulak dengan kau ni? Kena paksa kawin?” soal aku pada Nizam.
“Mana kau tau?”
“Aku taulah, situasi kau dengan aku sama je setahun dulu. Rasakan kau, dulu bukan main gelakkan aku ye. Sekarang ni biar aku gelakkan kau pulak,” dan aku tergelak sakan apatah lagi memandang muka Nizam yang cemberut.

“Hai anak ibu, macam mana duduk dengan Pak Ngah hari ni?” Aiman menjeling Badrul yang berdiri disebelahnya.
“Ok je bu, Aiman ‘bocanlah’ bu. Pak Ngah ‘beji’ je,” Badrul mencuit bahu Aiman dengan isyarat mata pada Aiman agar memberikan semula handphonenya semula. Aiman menggelengkan kepala seraya menjelirkan lidahnya pada Badrul. Badrul menjegilkan biji matanya pada Aiman.
“Bu..malam nanti kita ‘cambung’ lagi ek..Pak Ngah ni ‘cibuk’ je kacau.”
“Nah!” Aiman memberikan semula handphone kepada Badrul.
“Dah, pergi main kat sana. Kejap lagi kita pergi makan,” arah Badrul.
“Bad, anak Along sihat tak tu? Kau jaga elok-elok anak Along tu. Kalau jadi apa-apa kat dia siap kau Along kerjakan!”
“Along ni, belum sempat Bad cakap apa-apa lagi. Dah serang dengan meriam buluh dia tu. Along jangan risaulah, Bad janji jaga dia elok-elok. Macam tak biasa je. Umi mana? Mak Lang sihat ke? Nanti kirim salam kat dorang sekeluarga ek.”
“Bad, kau ni cakap le satu-satu. Ni tak, macam bertih jagung mulut kau tu tanya macam-macam. Mana satu Along nak jawab? Mak ada kat dapur tu dengan Mak Lang, tengah bergosip hal orang tua. Kau muda lagi nak tahu buat apa?” balas Kak Shida.
“Ish...Along ni, kesitu pulak dia. Along jangan lupa sampaikan salam Bad kat Mak Lang sekeluarga,” pesan Badrul lagi pada kakaknya.
“Yelah, Along ingat. Oklah, Bad. Along nak rehatlah. Tolong tau jagakan Aiman tu. Esok lusa kitaorang baliklah. Malam nanti Along telifon balik,ok. Bye, Assalamulaikum.”
“Waalaikumsalammusalam.”
“Pak Ngah, laparlah. Jomlah pergi makan,” Aiman berdiri tegak dihadapan meja Badrul.
“Aiman belanja boleh?” gurau Badrul.
“Boleh...boleh..pakai kad ni boleh?” Aiman menghulurkan sekeping kad pada Badrul. Badrul mengambilnya dengan dahi berkerut. Dia membelek-belek kad yang dihulurkan oleh Aiman tadi.
“Siapa bagi Aiman kad ni?” soalnya.
“Ibu,” balas Aiman pendek.
“Along ni biar betul? Kecik-kecik lagi dah mengajar budak ni guna kad kredit.”
“Pak Ngah, tu bukan kad kreditlah.”
“Kalau bukan kad kredit, habis tu kad ‘menatang’ apa ni?” soal Badrul sekali lagi.
“Tu kan ‘card kedit’.”
“Ceh, samalah tu. Mana Aiman dapat ni?”
“Ibu bagi, dia kata kalau nak beli apa-apa, pakai je kad tu.”
“Dah, biar Pak Ngah simpan je kad ni. Kang hilang, tak pasal-pasal je ibu mengamuk nanti. Nak apa, cakap je dengan Pak Ngah. Along ni pun satu, ada ke patut dia ajar anak dia guna benda ni,” Badrul membebel sorang diri mengenangkan sikap kakaknya yang pantang melihat anaknya berada dalam keadaan susah sedikit.
“Pak Ngah!”
“Ya.”
“Jomlah pergi makan, lapar dah ni,” Aiman menyuarakan sekali lagi permintaan perutnya.
“Yelah...yelah...jom.”
“Pak Ngah, kita makan McD boleh tak? Aiman nak beli ‘api mel’lah. Nanti boleh dapat ‘menan’ baru,” Aiman mencadangkan tempat untuk mereka mengisi perut yang sedang rancak berkeroncong.
“Ok, boleh jugak tu. Kita pun boleh berjimat duit disamping tu. Bijak...bijak...” Badrul mengajuk percakapan iklan ditelevisyen.
“Pak Ngah, tu macam auntie Fasha je,” ujar Aiman sambil menunjukkan jari telunjuknya tepat ke arah seorang wanita berpakaian seksi yang sedang berjalan mesra dengan seorang lelaki sasa dan tampan.
“Mana?” soal Badrul sambil matanya meliar sekilas melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Aiman.
“Tu,” Aiman menekan-nekan jarinya dicermin.
“Pandailah Aiman ni, tak baik tau buat cerita. Auntie Fasha tu bakal Mak Ngah Aiman tau nanti.”
“Tak nak. Aiman tak ‘cuka’ dia,” balas Aiman sambil memuncungkan bibir kecilnya tanda protes.
“Mana boleh macam tu, tak baik tau Aiman buat macam tu. Nanti bibir tu jadi bibir Donald Duck baru tau,” balas Badrul dengan separuh bergurau. Namun hatinya terbit rasa ragu sebaik mendengar kata-kata Aiman. Untuk menyedapkan hati, dia menepis segala prasangka yang diputarkan oleh Aiman tadi. Hatinya kuat menyatakan cinta Fasha hanya untuk dia seorang.
“Pak Ngah, acik Tashalah!” ujar Aiman dengan penuh rasa gembira sebaik saja melihat kelibat aku dan Kak Siti yang kebetulan baru je sampai dihadapan pintu McD.
“Aiman, duduk elok-elok,” tegur Badrul. Aiman kembali duduk diam setelah terlompat-lompat ditempat duduknya sebentar tadi.
“Ok, dah sampai,” kata Badrul sebaik saja selesai parking kereta ditempat yang disediakan.
“Yea....yea...dah sampai,” Aiman kelihatan cukup girang.
“Pak Ngah, mana acik Tasha. Tak nampak pun,” Aiman tertoleh-toleh mencari kelibat aku dan Kak Siti.
“Dorang pegi beli makanlah, takkan nak tunggu Aiman pulak. Jom pergi order makanan,” Aiman mengekor disebelah Pak Ngahnya sambil mata meliar mencari.
“Akak, kita makan kat sini jelah ek, malaslah nak tapau. Kang wangi ofis kita bau makanan ni,” cadangku pada Kak Siti yang sedang memikirkan menu apa untuk makan tengaharinya hari ini.
“Ok jugak tu. Tasha, akak nak makan bubur jelah dengan air coke.”
“Diet ke kak?”
“Mana tau ni, tapi betullah tu. Abang kau tu dah bising tengok badan akak ni dah kembang sikit,” balas Kak Siti.
“Alah, akak ni solid lagi apa. Entah-entah kembang ada ‘isi’ tak kak?”
“Pandailah kau ni, akak kembang bahagialah kot.”
“Ada ke macam tu kak?” soalku sedikit blur.
“Kau ni, dah cakaplah kat cashier tu nak makan apa. Sibuk pasal akak pulak, kang terlupa nak order.”
“Eh...lupa pulak. Dik, bagi bubur ayam 2, dengan air coke 2, tambah nugget 4 ketul ya,” pintaku tanpa berfikir lagi. Aku soal makan memang tak cerewet pun, apa yang terlintas kat fikiran ni, main sebut je.
“ Aiman, jangan lari nanti jatuh,” Aiman terus berlari menuju ke destinasinya tanpa mempedulikan teguran Badrul.
“Acik...!” dari jauh terdengar suara Aiman dicorong telingaku.
“Eh, Aiman...buat apa kat sini? Datang dengan siapa?” korang rasa soalan aku tanya agak bodoh tak?
“Aiman datang dengan Pak Ngah. Aiman nak makan ‘api mel’,” balasnya ceria.
“Emmm..’api mel’ tu menatang apa?” soalku agak bodoh.
“Eh...sorry ganggu. Aiman ni memang suka kacau orang pun,” tiba-tiba Badrul mencelah.
“Eh..bos pun nak makan ‘api mel’ jugak ke?” soal Kak Siti dengan soalan selambanya.
“Pandai akak buat lawak ek. Ni, boleh kami join sekaki?” soal Badrul.
“Boleh je, apa salahnya,” balasku lembut.
“Kalau macam tu, saya pergi order makanan jap. Aiman, ikut acik berdua ni dulu ok. Nanti Pak Ngah datang,” arah Badrul pada Aiman yang tercegat memerhatikan kami berbual.
Rasa cepat je masa berlalu, tengahari tadi memang best sangat dapat makan sekaki dengan bos aku serta Aiman, anak buah dia. Perut pun cepat je kencang layan keletah Aiman yang nakal dan mencuit hati.
Komen
Buruk 21

2
Komen
Komen
Sinopsis Buruk
Mari berkenalan dengan watak-watak kesayangan dalam cerita Buruk ni, dan ketahui ringkasan ceritanya....
Sinopsis Buruk
Genre: komedi dan romantik
Kisah tentang seorang gadis bernama Fiona Natasha, yang buruk pada luaran namun cantik di dalaman. Dirinya sering dipersenda oleh Sherry, yang cukup anti dengan dirinya. Kehadiran bos barunya, Badrul Amri telah menjadi penyelamatnya. Atas sikap bos yang prihatin membuatkan dirinya terbuai oleh perasaan cinta terhadap bosnyanya. Kehadiran kekasih bosnya yang cantik dan hot membuatkan dirinya tersedar dari lamunan. Dia berusaha menepis perasaan terhadap bosnya, namun atas permintaan dan rasa hormat dengan Ummi Kalsum, ibu kepada bosnya yang mahu melihat anaknya disatukan dengan dirinya. Dia akur dengan permintaan itu walaupun dia tahu dirinya bukan pilihan bosnya.
Perkahwinan yang diimpikan menjadi kenyatan, namun kenyataan menyakitkan kerana perkawinan mereka bukan berlandaskan cinta. Namun semuanya bertukar indah apabila suaminya dapat menerima dirinya. Bahagia menjelma sehingga kemunculan Adi, kawan sewaktu zaman sekolahnya muncul kembali menggugat rumahtangga mereka. Apakah motif Adi berbuat demikian dan berjayakah dia memusnahkan ikatan suci mereka?