SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 27

“Bad...” aku menjerit sekuat hati tanpa kusedari air mataku jatuh dipipi.

“Tasha...Tasha...Tasha...” badanku terasa digoncang dengan kuat. Suara Nora kedengaran dicorong telingaku. Perlahan-lahan aku membuka mata, terlihat kelibat Nora dihadapan mataku.

“Nora...” lemah suaraku memanggilnya.

“Kau ni kenapa? Mimpi buruk ke? Tulah, dah banyak kali aku pesan basuh kaki sebelum tidur,” tangannya lembut menyeka air mata dipipiku.

“Nora, aku mimpi Badrul nak bunuh aku dengan tolak aku dari atas bukit. Fasha pun ada, dorang gelak jahat lagi kat aku,” ceritaku tanpa dipinta sambil menahan sendu yang tiba-tiba menerpa.

“Dah...dahlah tu, takde apa pun. Mimpikan mainan tidur. Kalau kau rasa tak boleh tidur baik kau pergi ambik wuduk lepas tu buat solat tahajjud,” cadangnya.

“Betul juga kau cakap tu, macam tau je aku tak boleh nak tidur. Thanks, sayang kau,” aku memeluk Nora dengan erat.

“Tulah gunanya kawan, ada bila kita sedih atau gembira.”

Sorry, ganggu kau tidur. Nasib Zarina tu pun tak terjaga sekali.”

“Dia tukan juara tidur. Apa pun jadi kat sekeliling dia bukan ambik peduli pun...”

“Tido lagi sodap,” spontan slogan Zarina terkeluar dari mulut kami berdua secara serentak. Lantas tercetus tawa dari bibir kami berdua.

“Oklah, aku nak sambung tidur balik. Esok nak kerja pula. Good nite, jangan fikir bukan-bukan tau,” sempat dia berpesan padaku sebelum matanya terlelap semula.

“Yelah, thanks,” ucapku sekali lagi. Aku segera bangun ke bilik air dan segera mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajjud. Ingin bermunajat pada Allah supaya aku dilindungi dari segala kejahatan dan dipermudahkan perjalanan hidup.



“Assalamualaikum kak,” sapaku seperti selalu.

“Waalaikumsalam. Hai...lemah je bunyinya.”

“Tak cukup tidurlah kak malam tadi. Nightmare,” balasku.

“Dah besar pun kena ‘nightmare’ juga ke?” Kak Siti tergelak kecil.

“Akak, mimpi buruk ni bukan kira kita besar atau kecik tau. Siapa-siapa pun boleh terkena.”

“Yelah tu. Eh...baru akak perasan ada something yang asing kat jari kau tu,”sebaik saja Kak Siti berkata begitu, segera aku menilik jari jemariku.

“Apa benda kak?” soalku setelah tidak dapat mencari maksud sebenar Kak Siti.

“Alah...tu benda yang ada kat jari manis kau ni. Senyap-senyap je kau dengan akak ek,” ujar Kak Siti sambil memegang jari manisku.

“Benda ni ke? Ingatkan apa tadi.”

“Yelah, baik kau bagitahu akak...” belum sempat Kak Siti berkata, tiba-tiba terpacaklah tubuh seorang hamba Allah dihadapan kami.

“Tasha, masuk dalam bilik saya segera,” satu arahan keluar dari mulutnya. Selepas itu dia segera berlalu ke dalam biliknya meninggalkan kami yang masih terlopong. Mana taknya tiba-tiba muncul dengan muka yang kelat.

“Tasha, kenapa dengan ‘pak cik’ kau tu? Dia salah makan ubat ke?” suara Kak Siti memecah keheningan seketika.

“Entahlah, akak orang masuk dalam dululah ek. Kang tak pasal-pasal dia mengamuk pula,” pintaku pantas berjalan kebilik bos aku, Badrul Amri.



“Assalamualaikum bos,” sapaku sebaik saja kakiku melangkah masuk ke dalam biliknya.

“Waalaikumsalam. Duduk, saya ada perkara yang nak dibincangkan,” ujar Badrul tegas. Matanya tidak langsung memandangku. Seolah-olah ada satu kesalahan yang cukup besar telahku lakukan.

“Bos nak bincang pasal apa?”

“Tentang kita. Saya rasa awak tahu sebabnya...” ketukan pintu menganggu percakapan Badrul. Dia merengus kasar. Sedikit marah.

“Masuk!” arahnya. Perlahan pintu ditolak oleh Sherry, setiausaha bos kami.

“Awak nak apa?” pandangan matanya tepat memandang ke arah Sherry yang setia memegang sebuah buku hitam berupa diari.

“Bos, saya nak ingatkan bos tentang meeting pagi ni,” balasnya lembut gigi dari lidah. Maklumlah, kalau bercakap dengan aku macam halilintar.

Meeting? Pukul berapa start?”

“9.30 pagi bos.”

“Ok, thanks. Awak boleh keluar,” pinta bos aku. Terus laju aku mengangkat punggung untuk keluar.

“Ehem...saya tak suruh pun awak keluar dari bilik saya. Saya hanya suruh Sherry sorang je yang keluar. Ok Sherry, kalau takde apa lagi. Awak boleh keluar,” Sherry terus menyimpul senyum sinis padaku. Aku juga yang malu, naik panas campur merah muka aku ni. Mana nak sorok muka aku ni. Tulah, banyak sangat berangan, tengok apa jadi. Buat malu diri sendiri je.

“Ok, berbalik pada tadi,” katanya sebaik saja Sherry menutup pintu biliknya.

“Apa dia bos?”

“Saya rasa kita terpaksa tangguh dulu perbincangan kita. Ada masa nanti kita bincangkan. Lagipun ni hal peribadi, tak patut rasanya dicampur adukkan dengan hal kerja. Saya mintak maaf. Awak baliklah ke tempat awak. Saya pun nak bersiap untuk meeting kejap lagi,” ujar Badrul sedikit kesal. Dia melemparkan senyuman seketika. Aku terpaku lagi.

“Saya mintak diri dulu bos. Nak balik tempat buat kerja,” dengan laju aku bangun dan melangkah dari situ. Sempat aku terperasankan pandangan maut dari Sherry. Gerunnya, rasa macam nampak bayangan mak tiri yang jahat pula.

0 komen:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen