SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 21


“Hai anak ibu, macam mana duduk dengan Pak Ngah hari ni?” Aiman menjeling Badrul yang berdiri disebelahnya.

“Ok je bu, Aiman ‘bocanlah’ bu. Pak Ngah ‘beji’ je,” Badrul mencuit bahu Aiman dengan isyarat mata pada Aiman agar memberikan semula handphonenya semula. Aiman menggelengkan kepala seraya menjelirkan lidahnya pada Badrul. Badrul menjegilkan biji matanya pada Aiman.

“Bu..malam nanti kita ‘cambung’ lagi ek..Pak Ngah ni ‘cibuk’ je kacau.”

“Nah!” Aiman memberikan semula handphone kepada Badrul.

“Dah, pergi main kat sana. Kejap lagi kita pergi makan,” arah Badrul.

“Bad, anak Along sihat tak tu? Kau jaga elok-elok anak Along tu. Kalau jadi apa-apa kat dia siap kau Along kerjakan!”

“Along ni, belum sempat Bad cakap apa-apa lagi. Dah serang dengan meriam buluh dia tu. Along jangan risaulah, Bad janji jaga dia elok-elok. Macam tak biasa je. Umi mana? Mak Lang sihat ke? Nanti kirim salam kat dorang sekeluarga ek.”

“Bad, kau ni cakap le satu-satu. Ni tak, macam bertih jagung mulut kau tu tanya macam-macam. Mana satu Along nak jawab? Mak ada kat dapur tu dengan Mak Lang, tengah bergosip hal orang tua. Kau muda lagi nak tahu buat apa?” balas Kak Shida.

“Ish...Along ni, kesitu pulak dia. Along jangan lupa sampaikan salam Bad kat Mak Lang sekeluarga,” pesan Badrul lagi pada kakaknya.

“Yelah, Along ingat. Oklah, Bad. Along nak rehatlah. Tolong tau jagakan Aiman tu. Esok lusa kitaorang baliklah. Malam nanti Along telifon balik,ok. Bye, Assalamulaikum.”

“Waalaikumsalammusalam.”

“Pak Ngah, laparlah. Jomlah pergi makan,” Aiman berdiri tegak dihadapan meja Badrul.

“Aiman belanja boleh?” gurau Badrul.

“Boleh...boleh..pakai kad ni boleh?” Aiman menghulurkan sekeping kad pada Badrul. Badrul mengambilnya dengan dahi berkerut. Dia membelek-belek kad yang dihulurkan oleh Aiman tadi.

“Siapa bagi Aiman kad ni?” soalnya.

“Ibu,” balas Aiman pendek.

“Along ni biar betul? Kecik-kecik lagi dah mengajar budak ni guna kad kredit.”

“Pak Ngah, tu bukan kad kreditlah.”

“Kalau bukan kad kredit, habis tu kad ‘menatang’ apa ni?” soal Badrul sekali lagi.

“Tu kan ‘card kedit’.”

“Ceh, samalah tu. Mana Aiman dapat ni?”

“Ibu bagi, dia kata kalau nak beli apa-apa, pakai je kad tu.”

“Dah, biar Pak Ngah simpan je kad ni. Kang hilang, tak pasal-pasal je ibu mengamuk nanti. Nak apa, cakap je dengan Pak Ngah. Along ni pun satu, ada ke patut dia ajar anak dia guna benda ni,” Badrul membebel sorang diri mengenangkan sikap kakaknya yang pantang melihat anaknya berada dalam keadaan susah sedikit.

“Pak Ngah!”

“Ya.”

“Jomlah pergi makan, lapar dah ni,” Aiman menyuarakan sekali lagi permintaan perutnya.

“Yelah...yelah...jom.”




“Pak Ngah, kita makan McD boleh tak? Aiman nak beli ‘api mel’lah. Nanti boleh dapat ‘menan’ baru,” Aiman mencadangkan tempat untuk mereka mengisi perut yang sedang rancak berkeroncong.

“Ok, boleh jugak tu. Kita pun boleh berjimat duit disamping tu. Bijak...bijak...” Badrul mengajuk percakapan iklan ditelevisyen.

“Pak Ngah, tu macam auntie Fasha je,” ujar Aiman sambil menunjukkan jari telunjuknya tepat ke arah seorang wanita berpakaian seksi yang sedang berjalan mesra dengan seorang lelaki sasa dan tampan.

“Mana?” soal Badrul sambil matanya meliar sekilas melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Aiman.

“Tu,” Aiman menekan-nekan jarinya dicermin.

“Pandailah Aiman ni, tak baik tau buat cerita. Auntie Fasha tu bakal Mak Ngah Aiman tau nanti.”

“Tak nak. Aiman tak ‘cuka’ dia,” balas Aiman sambil memuncungkan bibir kecilnya tanda protes.

“Mana boleh macam tu, tak baik tau Aiman buat macam tu. Nanti bibir tu jadi bibir Donald Duck baru tau,” balas Badrul dengan separuh bergurau. Namun hatinya terbit rasa ragu sebaik mendengar kata-kata Aiman. Untuk menyedapkan hati, dia menepis segala prasangka yang diputarkan oleh Aiman tadi. Hatinya kuat menyatakan cinta Fasha hanya untuk dia seorang.

“Pak Ngah, acik Tashalah!” ujar Aiman dengan penuh rasa gembira sebaik saja melihat kelibat aku dan Kak Siti yang kebetulan baru je sampai dihadapan pintu McD.

“Aiman, duduk elok-elok,” tegur Badrul. Aiman kembali duduk diam setelah terlompat-lompat ditempat duduknya sebentar tadi.

“Ok, dah sampai,” kata Badrul sebaik saja selesai parking kereta ditempat yang disediakan.

“Yea....yea...dah sampai,” Aiman kelihatan cukup girang.





“Pak Ngah, mana acik Tasha. Tak nampak pun,” Aiman tertoleh-toleh mencari kelibat aku dan Kak Siti.

“Dorang pegi beli makanlah, takkan nak tunggu Aiman pulak. Jom pergi order makanan,” Aiman mengekor disebelah Pak Ngahnya sambil mata meliar mencari.




“Akak, kita makan kat sini jelah ek, malaslah nak tapau. Kang wangi ofis kita bau makanan ni,” cadangku pada Kak Siti yang sedang memikirkan menu apa untuk makan tengaharinya hari ini.

“Ok jugak tu. Tasha, akak nak makan bubur jelah dengan air coke.”

“Diet ke kak?”

“Mana tau ni, tapi betullah tu. Abang kau tu dah bising tengok badan akak ni dah kembang sikit,” balas Kak Siti.

“Alah, akak ni solid lagi apa. Entah-entah kembang ada ‘isi’ tak kak?”

“Pandailah kau ni, akak kembang bahagialah kot.”

“Ada ke macam tu kak?” soalku sedikit blur.

“Kau ni, dah cakaplah kat cashier tu nak makan apa. Sibuk pasal akak pulak, kang terlupa nak order.”

“Eh...lupa pulak. Dik, bagi bubur ayam 2, dengan air coke 2, tambah nugget 4 ketul ya,” pintaku tanpa berfikir lagi. Aku soal makan memang tak cerewet pun, apa yang terlintas kat fikiran ni, main sebut je.


“ Aiman, jangan lari nanti jatuh,” Aiman terus berlari menuju ke destinasinya tanpa mempedulikan teguran Badrul.

“Acik...!” dari jauh terdengar suara Aiman dicorong telingaku.

“Eh, Aiman...buat apa kat sini? Datang dengan siapa?” korang rasa soalan aku tanya agak bodoh tak?

“Aiman datang dengan Pak Ngah. Aiman nak makan ‘api mel’,” balasnya ceria.

“Emmm..’api mel’ tu menatang apa?” soalku agak bodoh.

“Eh...sorry ganggu. Aiman ni memang suka kacau orang pun,” tiba-tiba Badrul mencelah.

“Eh..bos pun nak makan ‘api mel’ jugak ke?” soal Kak Siti dengan soalan selambanya.

“Pandai akak buat lawak ek. Ni, boleh kami join sekaki?” soal Badrul.

“Boleh je, apa salahnya,” balasku lembut.

“Kalau macam tu, saya pergi order makanan jap. Aiman, ikut acik berdua ni dulu ok. Nanti Pak Ngah datang,” arah Badrul pada Aiman yang tercegat memerhatikan kami berbual.

Rasa cepat je masa berlalu, tengahari tadi memang best sangat dapat makan sekaki dengan bos aku serta Aiman, anak buah dia. Perut pun cepat je kencang layan keletah Aiman yang nakal dan mencuit hati.

1 komen:

LiNa berkata...

best2..

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen