SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Pakweku, Artis Pujaan! 6


“Mr. Jerry?”

“Yup, ada apa?” soalnya lembut tak seperti selalu macam harimau kumbang nak makan orang.

“Aku dah pun semak jadual kau,” ujar aku perlahan-lahan.

“So?”

“So.....kau kan dah janji dengan aku hari tu, nak bawak aku keluar dalam masa sehari. Apa kata kita keluar hari Rabu nanti?” ujarku lagi dengan rasa teruja.

“Rabu ek? Kau pasti aku takde apa-apa aktiviti hari tu ek?”

“Mestilah aku pasti, kalau tak, aku takkan cakap kat kaulah.”

“Betul jugak tu ek, ok aku setuju.”

“Tapi kau kena tanggung semua perbelanjaan ok?” soalku lagi.

“Ok..fine,” aku pun tersenyum panjang hingga ke habis senyuman yang aku dapat tarik.


Hari yang dijanjikan....

“Jadi ke kau keluar dengan dia hari ni?” soal Juju yang sedari tadi asyik berpusing mengelilingi ruang tamu rumah, tak penat ke minah sorang ni?

“Pastilah, penat aku cari hari yang sesuai, nilah masanya. Seronoknya....bukan senang nak keluar dengan artis kesayangan korang semua. Jangan jeles you...” aku tertawa dengan jahat sekali.

“Amboi, bukan main kau ye, berlagak je. Apa-apa pun, jangan lupa pau dia tau. Jangan lupa buah tangan untuk aku sekali tau,” sempat Juju berpesan padaku lagi.

“Jangan risau, aku takkan lupakan kau, ok. Aku nak gerak sekarang, dia dah sampai tu. Tata, sahabatku,” aku melambaikan tanganku ke arah Juju yang setia menanti dimuka pintu.



“Assalammualaikum” aku memberi salam sebaik saja aku sampai kekeretanya.

“Waalaikumsalam, masuklah. Kita tolak sekarang,” aku hanya tersenyum padanya dan menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Dia mengerutkan keningnya.

“Tak nak! Hari ni kau kena patuhi arahan aku pulak ok?” kataku dengan selamba.

“Ok, kali ni apa pulak yang aku kena ikut?”

“Kau parking ke kereta kau kat sini. Aku nak kau belajar naik transport awam pulak hari ni, ok?”

“Ok, aku ikut cakap kau tapi untuk hari ni je,” Jerry merengus geram. Aku pulak tersenyum simpul tanda kemenangan yang sudah pun berpihak padaku.

“Jomlah kita gerak sekarang, kang lambat pulak nak sampai tempatnya.”

“Kita nak pergi naik apa ni?” soalnya setelah memastikan keretanya dalam keadaan selamat.

“Kita pergi Mid Valley ok tak? Kita pergi naik LRT Putra sampai ke KL Sentral, dari situ pulak kita naik KTM ke Mid Valley,” ujarku.

“Mana-mana jelah, yang penting kita selamat sampai ke sana,” dia membuat muka beruang bengang.

“Jap, kau pasti ke tak apa ni? Peminat akukan ramai, kang tak pasal-pasal kita diserbu nanti, kalau boleh aku nak privacy.”

“Oooo...kau nak privacy ek..jap...,” aku mengeluarkan sesuatu yang berbulu dari dalam begku.

“Ok, meh sini. Aku nak make-up kau jap,” dia menyerahkan dirinya pada aku yang tak sabar nak make-upkan dia.

“Apa dah jadi dengan muka aku ni?” soalnya dan terus melihat imej mukanya dicermin kereta.

“Amacam? Kau suka tak? Pandaikan aku hias kau,” aku tersenyum dengan bangganya.

“Kau nak aku pakai macam ni sepanjang hari ke? Oh...no..”

“O...yes...tangan tu jangan gatal nak buang benda alah tu, penat aku cari semalam tau, dah jom gerak sekarang,” aku menepis tangannya yang masih melekat pada tempat yang dirasakan tidak selesa padanya.




“Tengok, semua tak perasan kau artis tau, kau kena terima kasih dengan aku, bukan senang kau dapat keluar macam ni,” ujarku separuh berbisik ditepi telinganya.

“Banyaklah kau, tak selesa tau. Rasa nak tanggal je benda alah ni,” katanya.

“Kau jangan nak ngada-ngada,” aku mencubit tangannya yang gatal nak cabut benda alah tu.

“Aku malulah pakai macam ni,” adunya lagi.

“Mana kau nak? Malu atau rimas?” soal aku.

“Aku nak atau boleh?” dia membuat muka toya pada aku.

“Mengada, kita nak sampai dah ni, lepas ni kita tukar tren je dah sampai,” kataku sambil mata tak lepas meninjau sekeliling. Untung juga aku beli benda alah berbulu tu semalam, semua orang tak perasan.

3 komen:

keSENGALan teserlah.. berkata...

misai ek??
haha..
smbung2..

Anonymous berkata...

cepatla samb...

Kaseh Esmiralda berkata...

semakin menarik...
cite ni dah semakin berkembang...
best

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan