SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

5
Komen

Tandas Berhantu


“Kau buat apa tu? Kira duit belanja ke?” Azah mengintip perlakuan Diana, rakan sekerjanya yang duduk bersebelahan dengan tempatnya.

“Akak ni, intai je kita buat apa tau. Tensionlah kak, macam-macam kita nak beli ni.” Adu Diana dengan muka kerut seribu.

“Kau nak beli apa lagi? Macam-macamlah minah sorang ni....” Azah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kita ingat kita nak beli netbook, broadband celcom lagi nak beli portable dvd player lagi. Semuanya dalam RM2000 lebih. Mana nak cekau duit, kak.” Diana menggaru-garu kepalanya yang sedikit gatal bercampur serabut.

“Itu yang kau peningkan. Ingat apalah bendanya tadi. Tulah kau tu pun, dapat gaji habis licin kau bedal. Sekarang barulah nak tergagau-gagau cari duit. Lain kali, dapat gaji cuba berjimat sikit. Akak tau kau tu muda lagi, tapi masa nilah kau kena simpan duit.” Azah menarik nafas panjang. Penat bertutur macam keretapi ekspress, Diana terdiam. Dalam hatinya mengakui kebenaran yang diungkapkan oleh Azah sebentar tadi.

“Takpelah Kak Zah, yang penting sekarang, kita nak beli semua tu sekali. Lepas tu baru kita berjimat macam akak kata tadi.” Terbit cahaya yang bersinar melalui mata Diana.

“Ikut kaulah Diana. Akak no komen. Cuma kalau kau nak cari duit lebih sikit. Kau buatlah overtime hari-hari sepanjang bulan ni.” Azah memberikan cadangan pada Diana.

“Betullah cakap akak, sayang akak.” Spontan Diana bangun dan memeluk Azah yang sedang duduk dikerusinya sendiri. Hampir tergolek Azah kebelakang menahan beban berat Diana.

“Ehemmm.....kamu berdua ni takde kerja lain ke?” sergah satu suara yang tidak asing lagi. Alamak....bos...!!!!

“Maaf bos, kami tengah exercise je tadi.” Spontan terpacul jawapan dari mulut Diana.

“Macam-macamlah awak ni, takpe, kalau dah takde kerja sangat nak dibuat. Jumpa saya lepas ni. Saya boleh bagi kerja dekat awak berdua.”

“Betul ke bos nak bagi kerja?” Diana melompat ke arah bosnya.

“Kenapa, awak suka ke dapat kerja?” soal bosnya dengan nada pelik. Tak pernah jumpa orang yang begitu teruja kalau diberi kerja lebih dan banyak. Minah sorang ni siap melompat kesukaan lagi diberi kerja.

“Suka...suka...suka..” Diana menganggukkan kepalanya.

“Macam tu ya... maknanya awak nak kerja overtimelah ni? Bagus...!!! Petang nanti pukul 4 boleh ke ofis saya, ambik kerja baru awak.” Diana menganggukkan kepalanya sekali lagi dan tersenyum lebar. Harapannya untuk membeli kehendaknya hampir tercapai cukup bulan ni.

“Azah, awak taknak buat ot sekali ke?” soal bos mereka pada Azah yang ternganga sepintas lalu.

“Boleh..boleh juga bos.” Spontan dia teranggukkan kepalanya.

“Macam tu, baguslah. Saya gerak dulu. Buat kerja, jangan nak ‘excercise’ je memanjang.” Sempat bosnya memerli sebelum pergi.



“Tengok, akak pun kena buat ot jugak. Baru ingat nak pergi dating tau.” Azah menarik muncung sedepa.

“Ala, akak ni. Kitakan ada. Baru pukul 9, lagi sejam kita baliklah.”

“Yelah, tapi untuk hari ni jelah akak ot. Malas dan seram kerja malam-malam macam ni.” Azah membuat mimik muka keseraman.

“Akak ni. Tu pun nak takut, tak baik untuk kesihatan tau. Lagipun mana ada benda alah tu zaman siber macam ni.” Dengan begitu celupar sekali Diana mengatakan begitu.

“Mulut kau tu, berapa lama tak bayar insuran? Selamba je, buatnya dia kacau kau baru tahu.”

“Dahlah kak, baik buat kerja. Asyik bersembang je. Bila nak capai target untuk hari ni.”

“Yelah.”



“Akak, kita nak pergi tandas jap. Akak tunggu kat sini diam-diam tau. Kita pergi tak lama pun.” Diana bangun dan menuju ke tandas yang terletak kira-kira 100 meter dari ofisnya.

‘Eh...ada oranglah. Taklah takut sangat aku nak buang air.’ Gumam Diana sendirian dalam hati. Dia masuk ke dalam tandas nombor tiga, setelah selesai kelihatan sesusuk perempuan muda disinki.

‘Kenapa muka dia tunduk je. Tak lenguh ke. Baik aku tegur japlah.’ Dengan sopan Diana menghampiri perempuan muda itu dan menyapanya. Namun tiada respon yang diberikan oleh perempuan itu menyebabkan Diana malas untuk bertanya lebih lanjut.



Sementara itu di dalam ofis ketika Diana ke tandas.....

Kelihatan Azah sibuk melayari internet sambil mendengar lagu, kerja yang diberi ditolak tepi. Hajat dihati untuk merehatkan otaknya. Tiba-tiba dia terasa seperti angin menampar mukanya sedangkan aircond yang dibuka tidak terlalu kuat. Namun akalnya menyangkal apa yang dirasanya.

“Ralit nampak kak....seronok ke lagu tu.” Sapa suara yang amat dikenalinya.

“Ala, rileklah kau ni. Akak dah bosan dah buat kerja ni. Lagipun dah dekat pukul 10 ni. Diana, kau....” Azah yang rancak bercakap terhenti seketika setelah dia memusingkan kepalanya kebelakang dan tiada kelibat Diana pun yang kelihatan.

“Aku bercakap dengan siapa tadi?” Azah berjalan ke tandas kerana merasakan Diana sedang mempermainkannya. Langkah kakinya dituju ke tandas perempuan.

“Diana....Diana...”Azah cuba memanggil Diana namun tiada tanda-tanda yang Diana ada. Dia melangkah kebelakang lagi, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi suara tangisan seseorang.

“Siapa tu?” soalnya dalam seram kecut berani. Senyap.

“Siapa?” soalnya lagi kerana merasakan tangisan itu semakin kuat. Kakinya seperti ditarik untuk ke arah bunyi tangisan itu. Perlahan-lahan pintu tandas yang tertutup rapat ditolak.

“Warrrghhhhhh.........!!!!!!!!!!” terpacul kelibat Diana yang seronok menyergah teman sepejabatnya.

“Diana.....!!!” Azah tersandar ke dinding dan mengurut dadanya. Diana tergelak melihat Azah yang terkejut sakan.

“Diana ni. Tak baik tau buat akak macam tu. Jahat betul kau ni.” Azah mengetap bibirnya menahan marah.

“Sorry...tak tersengaja nak usik akak. Kita tengok akak jalan ke tandas tadi. Tu yang kita masuk balik, nak buat suprise dekat akak.” Ujar Diana tanpa rasa bersalah.

“Banyaklah kau punya suprise. Rasa macam nak tercabut jantung akak tau. Dah, jom balik.” Azah menarik tangan Diana. Tiba-tiba lampu tandas berkelip seperti mahu terputus bekalan elektrik. Azah yang terkejut spontan mencengkam lebih kuat lagi tangan Diana.

“Kak Zah, sakitlah tangan kita akak cengkam tadi. Takut sangat. Bukan ada apa pun.” Diana mengaduh pada Azah yang terkelu sudah lidahnya.

“Jom cepat kita balik. Akak rasa seram je ni.” Azah tanpa berlengah menarik tangan Diana dengan lebih kuat lagi. Secepat mungkin dia mengemas semua barang di atas meja dan terus memecut keluar bersama Diana.



“Aik...Kak Zah tak datang ke hari ni?” soalnya sendirian.

“Mina, Kak Zah tak datang ke hari ni?” soal Diana pada Mina.

“Kak Zah cuti hari ni. Demam katanya.” Mina meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Diana yang sibuk berfikir tentang Azah.

“Malam ni kau ot lagi ke?” soal Mina tiba-tiba.

“Yup, kenapa? Kau nak join ke?”

“Takpelah. Seram je kerja time malam ni. Lagipun macam-macam aku dah dengar.”

“Apa yang kau dengar. Jangan nak mengarut pula. Aku tak percayalah benda-benda karut tu.” Ujar Diana.

“Terpulanglah pada kau. Aku Cuma nak nasihatkan kau agar hati-hati je.” Mina bangun dan menuju ke pantry.



Malam kedua Diana ot...

“Alamak, sunyi pulak duduk sorang kat ofis ni. Buka lagu kuat-kuat ok gak ni. Lagipun nak takut apa. Pak guardkan ada.” Diana tersenyum kembali.

“Sejuklah pulak. Bila dah sejuk mesti nak terkucil.” Diana bingkas bangun dan melangkah ke tandas.

“Macam budak semalam je. Jabatan mana dia tu?” omel Diana seorang diri. Langkah kaki dihalakan ke tandas nombor 3 seperti kebiasaannya. Setelah selesai, dia berjalan ke sinki.

“Hai.” Dia cuba menyapa semesra mungkin.

“Hai...." jawab juga akhirnya perempuan muda tu.

"Awak dari jabatan mana?" soal Diana tanpa sangsi.

"Saya dari jabatan sumber manusia. Siapa nama awak?"

"Saya Diana dari jabatan kewangan." Jawab Diana dengan mesra.

"Ooo...."

"Eh...lupa pulak. Siapa nama awak? Dah lama ke kerja kat sini?" soal Diana sambil memandang wajah perempuan muda itu dari dalam cermin.

"Nama saya Ika, Zulaikha. Dah lama dah kerja kat sini. Hampir 10 tahun jugaklah." Diana menganggukkan kepala.

"Selalu ke ot malam-malam macam ni? Tak takut ke?" soal Diana lagi.

"Nak takutkan apanya? Takde apa pun nak ditakutkan. Dah biasa pun kerja sorang-sorang time malam. Maklumlah nak cari duit lebih."

"Macam tu ke? Saya pun sama jugak. Dalam sebulan ni je buat ot. Nak cari duit lebih sikit. Nak beli barang idaman." Kata Diana lagi.

"Oklah wak. Saya nak balik ofis dulu. Senang-senang datanglah sana." Zulaikha tersenyum manis pada Diana sebelum balik ke ofisnya. Diana membalas senyuman Zulaikha, dia kemudiannya mencuci sekali lagi tangannya sebelum keluar.

"Aik, cepatnya dia jalan. Aku basuh tangan tak sampai seminit pun. Laju betul dia jalan." Omel Diana sambil berjalan ke ofisnya.



Keesokannya....

"Assalammualaikum. Sorry ganggu, ada tak orang nama Zulaikha dekat sini?" soal Diana pada gadis yang duduk berdepan dengan pintu masuk.

"Zulaikha mana ni ye? Saya pun baru kat sini. Kalau awak nak macam tu baik awak tanya kakak dekat sana tu." Jawab gadis itu dengan sopan.

"Baik, terima kasih." Diana melangkahkan kakinya ke arah yang ditunjukkan.

"Tumpang tanya kak, saya nak cari orang nama Zulaikha. Dia ada tak?" soal Diana.

"Zulaikha, maaf kat sini takde orang nama Zulaikha." Sepantas mungkin perempuan itu menjawab. Diana mengeluh kecewa.

"Kalau macam tu, takpelah kak. Terima kasih." Diana menapak ke ofisnya.



Malam itu,

"Hai Ika...." Diana tersenyum riang pada Zulaikha yang ralit membasuh tangannya dengan muka tertunduk kebawah. Zulaikha hanya menganggukkan kepalanya tanpa menjawab sapaan Diana.

"Ika....awak tak sihat ke? Kenapa pagi tadi saya pergi ofis awak Dorang cakap awak takde. Pelik juga saya dibuatnya..." Diana menanti respon dari Zulaikha.

"Hmmm......" Zulaikha merengus marah. Diana diburu rasa pelik, kenapa Zulaikha marah-marah. Baru semalam mereka beramah mesra.

"Ika..." Diana cuba memanggil sekali lagi nama Zulaikha. Namun tiada respon diberikan. Malah Zulaikha bergerak laju keluar dari tandas tanpa memandang seinci muka Diana.

"Apa kena entah minah tu. Tiba-tiba je nak angin dengan aku. Lantaklah kau..." Diana terus melangkah ke ofisnya. Dibatalkan hasrat untuk membuang air kecil. Balik rumah lagi bagus, boleh layan cerita hindustan.



Baru setapak Diana berjalan keluar dari ofisnya. Dia terasa seperti angin kuat menampar mukanya deras. Langkahnya terhenti, dipandang ke dalam ofisnya risau kalau-kalau ada tingkap yang terbuka. Tiada satu pun yang terbuka, elok je berkunci semuanya.

Diana meneruskan langkah kakinya, tiba-tiba dia terasa seperti seseorang memanggil namanya. Namun hatinya menyangkal apa yang dirasakannya. Dia menekan butang lif untuk turun kebawah.

"Diana......" terdengar suara yang memanggil namanya.

"Dianaaaaaa...................." semakin hampir dengan gegendang telinganya.

"Dianaaa.....tolong aku....." terdengar suara rintihan seseorang meminta tolong. Diana bingkas berlari ke arah suara tersebut. Hatinya begitu kuat menyatakan bunyi suara itu datang dari tandas yang selalu dimasuki olehnya.

"Diana.....tolong aku..." rintihan suara itu begitu sayu sekali. Dia mencari pemilik suara itu. Pintu demi pintu ditolak dengan kasar sehingga pintu yang terakhir ditolak dengan lebih kuat lagi.

"Arrrrggggghhhhhhhhhhhhh........................!!!!!!!!!!" jeritan Diana menggegarkan syarikat tempatnya bekerja. Dia terkejut dengan apa yang dilihat didepan matanya. Suatu susuk lembaga yang amat dikenalinya, Zulaikha. Keadaan Zulaikha amat mengerikan dengan baju yang disimbahi darah dari perutnya serta wajah Zulaikha yang menjelaskan dirinya begitu sakit dan terseksa. Matanya terbelalak ke atas, lehernya hampir putus. Akhirnya Diana rebah di atas lantai tandas.




Keesokkan harinya...

Syarikat Nilam Berhad menjadi kecoh dengan cerita seorang pekerja wanita ditemui pengsan didalam tandas perempuan. Siapa lagi kalau bukan Diana yang telah pengsan setelah menyaksikan benda paling ngeri dalam hidupnya. Diana dijumpai pengsan oleh pak guard yang kebetulan lalu dikawasan itu.

Pintu terbukak luas dan terjumpa tubuh manusia terbaring di atas lantai menyebabkan pak guard itu bergegas ke dalam. Risau jika-jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Mujur dia jumpa Diana masih bernafas dan hanya pengsan sahaja.

Diana dibawa ke dalam bilik rehat dan dibaringkan di atas sofa. Azah yang kebetulan sampai pagi itu dikejutkan dengan berita Diana tidak sedarkan diri di tandas terus bergegas ke bilik rehat setelah dimaklumkan oleh teman sekerjanya yang lain.

"Diana, kau tak apa-apa ke? Macam mana boleh jadi macamni?" soal Azah sebaik saja dia mendekati Diana yang baru terjaga dari pengsan.

"Entahlah kak, yang kita ingat. Kita terjumpa mayat Ika dalam tandas paling hujung sekali. Ngeri kak, kita terus terjerit dan rebah terus." Ujar Diana yang sedikit teresak.

"Kejap, awak kata, awak jumpa mayat Ika? Zulaikha?" soal pak guard yang bernama Pak Din. Diana menganggukkan kepalanya sambil matanya tak lepas memandang Pak Din.

"Ika dari jabatan sumber manusiakan?" angguk lagi.

"Aku dah agak dah." Pak Din mengetap bibirnya.

"Apa sebenarnya ni Pak Din?" soal Azah yang terpinga-pinga sedikit.

"Begini, Ika tu sebenarnya dah lama meninggal dunia. Dia dijumpai mati dalam tandas yang Pak Din jumpa kamu." Ujar Pak Din.

"Macam mana dia boleh meninggal Pak Din?" soal Diana pula.

"Keadaan mayatnya sama seperti yang kamu cakapkan. Dengar cerita, dia dibunuh oleh rakan sekerjanya yang cemburukan dia. Cuma tak tahu siapa yang bunuh dia sampai sekarang ni. Mungkin sebab itu roh dia tak tenang dan cuba mencari pembunuhnya. Sebelum ni, ramai yang dah jumpa lembaga dia berkeliaran dalam syarikat ni, yang paling baru kamulah." Terang Pak Din panjang lebar.

Diana ternganga ketakutan mendengar cerita Pak Din dan kemudiannya rebah pengsan sekali lagi. Sebelum rebah dia sempat membayangkan hancurlah harapannya untuk membeli barang yang diidamkannya pada bulan depan.
0
Komen

Pakweku, Artis Pujaan! 3


“Ok, meh aku kenalkan kau dengan Jerry. Jerry, ni kawan aku dan pembantu peribadi kau. Kira macam setiausaha kaulah.” Din memperkenalkan kami.

“Hai, aku Rin.” Sapaku pada dia.

“Bukan Ain ke?” soalnya. Ada suara rupanya dia, ingat takleh cakap.

“Ain boleh, Rin pun boleh. Nama penuh aku Qurratul Ain Farina. Nama penuh awak Jeffry Aiman bin Dato’ Rashid. Umur 19 tahun, seorang pelakon dan model.” Kataku non-stop.

“Wei, asal kau baik hati pergi sebut pasal umur dia dengan nama penuh dia? Aku bukan suruh kau hafal biodata diri dia. Aku suruh kau baca je. Rajin betul minah senget sorang ni.” Din mengutuk aku depan-depan. Aku menjelirkan lidah padanya.

“So, sekarang ni, korang dah saling berkenalan. Lagi senang kerja aku. Rin, kau ikut budak bertuah ni ke tempat dia shoting sekarang.” Din memberi kata putus.

“Kau pulak macam mana? Tak ikut ke?” soal aku sedikit kalut.

“Don’t worry. Aku ikutlah korang sekali. Mana boleh biarkan kau buat benda kau tak tahu. Kenalah kau berguru dengan aku dulu. Aku pula, kena turunkan ilmu pada kau sebagai pembantu Jerry.”

“Ok.” Balasku.

“Aku tak cakap pun aku setuju dengan dia ni. Aku tak suka bekerja dengan perempuan. Perempuan menyusahkan je. Sikit-sikit melalak.” Jerry mencemik.

“Kau jangan nak ngada jerry. Kau dah setuju dengan pilihan aku. Kan kita dah deal hari tu.” Din memandang geram ke arah Jerry yang tengah buat muka penguin.

“Yelah. Aku mengalah, tapi jangan harap aku akan bagi kerjasama dengan dia. Aku akan buat dia menderita.” Jerry merenung tajam ke arahku yang menikus.

“Kalau apa-apa jadi kat dia. Siap kau nanti Jerry.” Din menberi amaran pada Jerry yang sudah keluar tanduk kat kepalanya. Aku hanya memandang gelagat mereka berdua.

“Dah, jom gerak tempat kau sekarang. Dah lamabat dah ni.” Din bergerak masuk ke dalam van. Aku terpaku di depan pintu masuk.

“Lupa pulak, Rin...kau naik kereta dengan bos kau.” Sebaik saja Din memberitahuku, terus dipecut laju vannya.

“Err...Jer...” aku cuba panggil Jerry yang sudah masuk ke dalam perut kereta.

“Masuk cepat. Aku dah lambat ni. Semua gara-gara kau.” Aik, aku pula kena. Siku kang baru tau.



“Rin, kat sini, kau hanya jaga dia. Jadual waktu dia bekerja, apa yang dia suruh kau kena ikut tapi kena gayalah. Jangan pula kalau dia suruh kau makan tahi kau pergi makan pula. Faham?” serius Din menerangkan apa yang perlu padaku. Macam-macam yang aku dapat tahu dari Din.

“Kau tengok dia kerja, serius je tapi siapa tahu apa dalam hati dia.” Aku memerhatikan Jerry yang tengah melakon watak seorang jejaka yang ditinggalkan kekasih. Serius gila muka dia, mata macam helang tajam je pandang orang. Gerun aku tengok.

Lama juga tunggu dia habis berlakon, sakit pinggang aku duduk je atas kerusi tak buat apa. Rugi pula tak bawa novel datang sini tadi. Kalau tak boleh isi masa lapang aku. Nasib baik lepas ni aku kurang ke kelas. Maklumlah exam dah dekat, so boleh tumpu pada paper je nanti.

“Rin, jom. Berangan pula kau ni. Lepas ni pergi mana pula?” soal Din yang hendak menguji kecekapan aku sebagai pembantu Jerry.

“Lepas ni kita pergi ke sesi fotografi .”

“Ok, bagus. Macam tulah anak murid aku. Kau pergi ikut dia naik kereta.” Kata Din. Kami pun bertolak ke tempat yang mahu dituju.
2
Komen

Pakweku, Artis Pujaan! 2


“Ala kau ni, itu pun nak marah ke, nok?” soal Diya.

“Apa nok-nok? Aku sepak kau kang.” Makin baran jejaka tu. Aku terkedu sendirian.

“Kau ni, hormat sikit dengan orang. Asyik nak marah-marah je.” Tukas Diya.

“Aku tahu, dalam masa 10 saat dari sekarang pastikan dia ni kau hantar keluar.” dia melangkah memasuki ke bilik lain dan menghempaskan pintu sekuat hatinya.

“Takpe..takpe..dia memang macam tu. Suis otak dia terbakar waktu kecik dulu.” Diya tersengih padaku.

“Takpe.” Aku membalas sengihannya.

“Aku pergi pujuk dia dulu ye. Kau duduklah dulu." Dia berlalu ke dalam bilik yang dimasuki oleh jejaka tadi.



"Rin...Rin..." terasa badanku bergoyang. Aku membuka mataku sedikit demi sedikit.

"Warghhhhh..........!!!!" aku terjerit dengan kuat kerana terkejut melihat Din berada depan mata aku sambil tersengih menayangkan giginya yang putih berkilat.

"Senyaplah Rin. Akulah, Din." Dia duduk disebelahku.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" soalku sambil mataku mencari kelibat Diya, lelaki ayu.

"Aik, takkan tak kenal aku dah kot? Kau cari siapa ni?" dia turut tercari-cari mengikut gayaku.

"Aku cari lelaki ayu tadilah. Lama gila tunggu dia, sampai tertidur aku."

"Siapa yang you maksudkan tadi? Lelaki ayu? Siapa tu?" aik, cam kenal je suara ni..Nanti kejap….

"Din, mengong kau. Apa kes ni? Main-mainkan aku je. Kau ke Diya tu?" soal aku setelah pasti dengan bukti yang ada.

"Yup, akulah Din aka Diya. Jadi tak lakonan aku tadi?"

"Lakonan?"

"Yelah, aku sekarang ni tengah giat berlakonlah. Diya ni watak terbaru aku dalam cerita yang akan aku lakonkan nanti." Dia bangun dan berposing gaya lelaki ayu.

"Kau ni macam takde watak lain jelah. Ambillah watak hero ke. Pak kebun ke, mamat poyo ke." Tanpa tapisan mulut aku menyindirnya.

"Benci I tau, you ni. Salah ke mak berlakon jadi lelaki ayu?" dia mengelip-gelip matanya padaku ala-ala gaya lelaki ayu.

"Suka hati kaulah. Penat aku cari opis kau tau."

"Ye ke. Kenapa kau tak call aku? Boleh aku ambil kau tadi." Katanya.

"Dah call, tak bejawab pun. Kau pergi silent phone buat apa."

"Ye ke, yelah." Dia membelek handsetnya dan ternyata dia telah silentkan handsetnya.

"Kau panggil aku datang sini kenapa?" soalku sambil bersandar malas pada sofa.

"Aku nak tawarkan kau satu pekerjaan. Kau kan sibuk nak cari kerja sambilan. Konon nak isi masa lapang."

"Kerja apa kau nak bagi aku ni?"

"Senang je, aku nak kau jadi pembantu peribadi untuk artis kesayangan orang ramai ni."

"Hah...kau betul tak betul ni? Tak sesuai dengan aku pun."

"Sesuailah, aku pilih kau sebab aku tahu, kau tu tak macam perempuan lain yang terhegeh-hegeh bila nampak lelaki kacak macam Jerry tu. Lagipun, kau bekerja bila aku busy tak boleh jaga dia je."

"Jap...jap. Aku tak paham. Kau ni kerja apa sebenarnya?" soal aku yang dalam kebengongan.

"Kerja aku sebagai pengurus Jerry dan pelakon tambahan je." Aku melopong tatkala mendengar katanya.

"Kau setuju jelah. Please....." dia merayu padaku.

"Nantilah, aku fikirkan dulu. Lagipun aku sekarang aku busy dengan tugasanlah."

"Ok, aku paham. Aku tak paksa, tapi aku mengharap sangat pada kau." Pujuknya lagi.

"Ok, thanks. Nanti aku fikirkan. Aku mintak diir dulu ye."

"Jap, aku anggap je kau terima tawaran aku ni. Nah ambil baca biodata dan info pasal Jerry. Apa-apa hal, kau contact aku ok." Dia menghulurkan fail yang berisi maklumat Jerry padaku.

"Ok. Bye."



"Juju, aku peliklah, napa Din beria sangat nak aku kerja dengan Jerry tu." Aku meluahkan suara hati pada Juju yang tengah khusyuk melayan cerita hindustan.

"Apa kau cakap tadi? Jerry? Jery mana ni?" soalnya sambil matanya tak lepas memandang cerita yang ditontoninya.

"Entah, aku pun tak tahu siapa Jerry tu. Din cakap dia artis kesayangan orang ramai." Aku mengulang ayat Din.

"Jerry, pelakon dan model terkenal tu? Ya Allah, bertuahnya kau." Juju terlompat ke arahku yang tengah asyik menghadap novel.

"Apa yang bertuahnya? Malang adalah." Kataku bersahaja.

"Malang kau cakap. Jerry tu idola gadis-gadis zaman sekarang ni tau. Sempurna untuk dijadikan suami." Juju berangan.

"Banyaklah kau. Aku sikit punya susah hati sekarang ni."

"Ala, kau terima jelah tawaran Din tu. Lagipun dia kan kawan baik kau dari kecil lagi. Tak baik hampakan permintaan Din." Juju memujuk aku, tapi biasalah ada udang di sebalik mee hailam.

"Camtu ek? So, aku kena terimalah ni ye?" aku menyoal Juju sekali lagi.

"Yelah, kau kena terima tawaran ni. Lagipun, kau jugak yang kepoh nak cari kerja hari tu. Peluang dah ada depan mata. Kebas jelah."

"Nantilah aku fikirkan lagi." Aku menutup novel dan berjalan menuju ke dalam bili.
"Nak tidur dah ke?" Juju menyoalku sebaik saja aku membuka pintu bilik.

"Taklah, aku nak pergi sambung buat kerja lagi sikit ni. Pastu baru aku tidur. Nanti kalau kau last. Tutup semua suis tau. Tak elok membazir." Sempat aku berpesan pada Juju sebelum menutup pintu bilikku.



"Din, aku setuju untuk terima tawaran kau tu. Tapi...."

"Ala kau ni, selalu ada tapi tau, nyampah mak." Dia membuat gaya lelaki ayu.

"Kau boleh tak jangan buat macam tu dengan aku. Gelilah, kau tengok ni, meremang bulu roma aku." Aku menunjukkan lenganku padanya.

"Kau ni, gurau pun tak boleh. Hah...apa yang tapinya?"

"Aku boleh berhenti bila-bila masa aku nak. Jangan paksa aku buat benda yang aku tak suka.

"Yelah. Lagi...?"

"Lagi nanti, aku tak fikirkan lagi. Bila aku boleh mulakan kerja?"

"Minggu depanlah. Pandai-pandailah kau uruskan dia nanti."

"Ok. Kalau macam tu jumpa minggu depanlah ye. Aku ada kelas ni, thanks belanja aku makan." Aku menolak sopan kerusi dan berlalu pergi.



Minggu depan seperti yang dijanjikan....

"Hah...nasib baik kau datang tepat masanya. Aku dah lewat nak ke lokasi pengambaran aku ni. Apa-apa, semua maklumat yang kau perlu ada atas meja aku. Kau tanya je bebudak yang ada ni. Sori ye. Aku pergi dulu" Din berlalu pergi sebelum sempat aku tanya dan belajar apa yang perlu.

"Apa aku nak buat ni? Takpelah, buat je macam yang Din cakap." Aku menuju ke bilik hari tu untuk bertanya pada jejaka tampan apa yang patut aku buat.

"Takde oranglah pula. Takpelah duduk dulu kat sini." Aku melabuhkan punggung ke sofa.

"Dani...." laung seseorang dari dalam bilik.

"Mana budak bertuah ni?" keluar sesusuk lelaki di sebalik pintu bilik.

"Apa kau buat dalam bilik aku ni?!" soalnya keras. Aku terpaku ditempat dudukku.

"Dani...!!!!!!" jeritnya sekali lagi. Muncul pula kelibat seorang lelaki di depan pintu.

"Yes, Jerry."

"Siapa ni? Kan aku dah bagitahu korang, aku tak suka ada 'orang asing' masuk dalam bilik aku sesuka hati. Dahlah tak dijemput masuk, tapi siap duduk tak berjemput lagi." Pedas sungguh kata-katanya menusuk ke dalam rongga telingaku.

"Girl ni kan yang Din cakap semalam. Pembantu peribadi kau, dia yang akan uruskan hal kau. Jadual, pakaian dan sealirannya." Pantas Dani memberitahu Jerry yang kelihatan masih menyinga.

"Aku tak perlukan dia. Din boleh uruskan segala yang aku perlu. Aku tak boleh terima 'orang asing' dalam hidup aku." Dia menekankan perkataan 'orang asing' menunjukkan akulah orang asing tu.

"Em..tu aku tak tahu. Kau cakap sendiri dengan Din."

"Din mana?" dia kembali menyinga menyedari kehilangan Din.

"Din takde, kan dia ada shoting hari ni. Pastu dia cakap kat aku tadi. Nak tak nak kau kena terima girl ni kerja dengan kau. Din hanya akan uruskan hal berat yang berkaitan dengan kau je. Thant's only bro. Aku blah dulu. Apa-apa tanya Din ok." Dani berlalu pergi dan mengenyit mata padaku. Sempat lagi dia ni.

"Kau...apa nama?" soalnya.

"Ain..." jawabku.

"Ok. Hari ni kau pergi dan esok, esok dan seterusnya. Aku tak nak tengok muka kau langsung kat sini. Aku tak perlukan kau!" lantang dia berkata. Kemudian dia berlalu masuk ke dalam biliknya yang satu lagi. Aku hanya memandang dia dari luar dan berjalan keluar dari bangunan ni.



"Din, kawan kau tu kenapa? Datang 'bintang' (yakni datang bulan untuk perempuan, untuk lelaki aku tujukan khas bintang pada mereka) ke? Angin tak tentu pasal. Perit telinga aku tau dengar dia meneking Dani tu. Cair taik telinga aku." Aduku pada Din. Kebetulan pula, malam ni dia ajak aku dinner sama dan sebagai tanda maaf atas apa yang berlaku hari ni.

"Hai...apa nak jadi dengan dia tu. Pelik aku." Keluhnya perlahan.

"Apa yang pelik?" soal aku.

"Yelah. Aku nak cakap pun susah, tapi kau akan faham juga suatu hari nanti."

"Takde maknanya suatu hari nanti. Dia dah reject aku sebelum aku start kerja."

"Dia halau kau. Betullah mamat sorang ni. Otak masuk air milo." Dia menghentak meja kecil namun mampu menggegarkan meja kami.

"Takpe, esok kau datang je tempat kitaorang. Esok dia ada shoting drama dengan sesi bergambar untuk majalah Lelaki."

"Kena datang ke?" soal aku.

"Yelah. Pastikan kau datang esok tau."

"Ok, nasib baik aku takde kelas esok."

"Kawan kau tu mana? Apa nama dia? Jojo ke Yoyo entah..." selamba je dia teka nama orang. Dahlah salah.

"Jujulah."

"Hah, Juju. Tak pula dia ikut kau keluar makan dengan aku."

"Dia keluar dengan pakwe dialah."

"La....dah ada pakwe ke? Kuciwa aku...." dia membuat muka babun kesedihan.

"Kau ada hati kat dia ke?" aku menyoalnya.

"Mana ada. Saja tanya je."

"Suka hati kaulah, ane."

"Kau panggil aku ane. Apa da...Suka hati je amoi ni." Aku jegilkan biji mtaku yang sepet padanya. Kami memang macam ni. Aku suka ejek dia ane sebab dia ni muka ada iras India sikit, mana taknya mix melayu plus india sama dengan ane. Dia pula akan memanggil aku amoi sebab mukaku iras cina dengan mata yang sepet.

"Jomlah gerak. Dah malam ni. Aku nak tidur."

"Ok. Jom..." Din membayar harga makanan dan setelah settle kami pun balik ke rumah masing-masing.
3
Komen

Siti di Alam Fantasi


“Siti Bangun!!!!!!!!!!!!” Jerit Mak Mah pada anak tirinya yang seorang tu seraya menarik selimut yang menutupi badan Siti yang kering macam biskut kering.

“Liatnya budak ni nak bangun. Aku piat telinga tu baru tahu. Mira!!!!!!!Kau bawak air datang sini. Siap kau Siti. Degil sangat nak bangunkan. Nanti kau.” Bebel Mak Mah sambil mencekak pinggang menanti kedatangan Mira yang membawa air khas untuk Siti.

“Mira!!!!!!!!!Cepat sikit. Terhegeh-hegeh bawa air.” Laung Mak Mah sekali lagi dengan lengok suara suparnonya.

“Nah mak. Tak sabar je. Berat tau.” Ujar Mira.

“Dah. Bak sini air tu. Siap kau Siti. Amik ni.” Dengan selamba tahap cipan Mak Mah menjirus air pada Siti yang tidur lena seperti Sleeping Beauty.

“Siapa yang berani menganggu beta beradu dengan lena ni?” dengan terpisat-pisat serta dalam keadaan mamai Siti berkata.

“Banyak cantik muka kau. Beta konon, bangun la. Pemalas betul budak ni. Bangun……!!!!!!!” Mak Mah menjegilkan matanya yang sepet sambil memulas telinga Siti.

“Adoi. Sakit la Mak Mah.” Siti mengaduh. Mira yang dibelakang Mak Mah menayangkan ibu jarinya pada Siti sambil menjelir lidahnya yang pendek tu.

“Tau sakit. Cuba kau tengok jam pukul berapa sekarang ni? Tu kat dapur siapa yang nak masak makanan untuk kitaorang? Pakaian kat belakang tu sapa nak basuh?” leter Mak Mah.

“Ala, Mak Mah ni. Rilek la. Tu anak Kesayangan Mak Mah kat belakang tu ada. Suruh la dia buat semua tu.” Bidas Siti.

“Kau ingat anak aku ni apa? Anak aku yang cantik macam Erra Fazira ni kau suruh buat kerja. Abis kau tu ada apa gunanya? Dah jangan nak bagi banyak alasan lagi. Baik kau pergi buat semua tu sebelum aku lesing kau dengan siku aku ni.” Segera Mak Mah menayangkan sikunya yang besar ibarat kayu balak tu. Siti pun terdiam dan segera bangun dengan penuh kemalasan menuju ke bilik air untuk mandi dan membasuh.

“Asal aku yang kena buat semua ni? Dah la korang hidup pun aku yang tampung dah tu ada hati arah aku buat macam-macam kerja lagi tu. Kalau tak dengan hasil jahitan aku korang tu dah lama kiok. Dah macam Cinderella lak aku ni. Tunggu putera datang selamatkan aku dan bawak aku jauh dari sini. Duduk sini pun asyik kena buli je. Bengang betul aku.” Panjang lebar Siti membebel seorang diri sambil tangannya melakukan kerja basuhan.



Begitu la kehidupan seharian Siti dari dia kecil sampai besar sekarang ni. Siti telah lama kehilangan ibu tersayang sewaktu umurnya 4 tahun. 2 tahun selepas itu, bapanya telah berkahwin dengan janda muda anak satu. Mak Mah la orangnya dan Mira anaknya. Mira dan Siti tak pernah sebulu dari kecil lagi. Sampai sekarang mereka asyik bergaduh je kalau ada yang tak kena. Tapi yang selalunya menang mestilah Mira si lidah pendek.

Bapak si Siti ni tak lama selepas berkahwin baru meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Ketika itu Siti berumur dalam lingkungan 14 tahun. Selepas itu, tinggal la Siti bersama mak tiri dan adik tirinya dalam rumah itu. Nasib Siti memang baik kerana dia mempunyai bakat menjahit pakaian, jadi boleh la menampung kehidupan seharian mereka. Nak harapkan mereka berdua alamat tak berasap la dapur rumah mereka. Pemalas je, nak hidup senang tapi kerja tak mau. Kesian Siti asyik kena pau je duit hasil jahitannya.

“Siti, cepat la masak. Aku dah lapar tunggu kau ni masak.” Kata Mira.

“Sabarlah. Nah, dah siap ni. Ke nak aku suap untuk kau sekali?” balas Siti dengan kegeraman.

“Bak sini. Mak jom makan.” Laung Mira pada Mak Mah.

“Yelah.”




“Mak Mah, Siti nak keluar pergi sungai. Semua kerja Siti dah siapkan. Ok, bye.” Laju je Siti minta diri untuk keluar tanpa sempat Mak Mah mengeluarkan sepatah kata-kata. Siti segera berlari-lari anak menuju ke sungai. Sudah menjadi kebiasaan Siti apabila tiada tempahan jahitan dia akan segera siapkan segala kerja rumah untuk keluar ke sungai mencari ketenangan dihati. Asyik mengadap Mak Mah dengan Mira tu silap hari bulan boleh terkeluar biji mata. Bosan menghadap dorang hari-hari.

Siti berjalan meniti tepi sungai dan menuju ke pokok besar. Tempat yang selalu mengubat jiwanya yang dalam keresahan dan sedih apabila mengenangkan dirinya. Di pokok itu, terdapat sebuah buaian yang dibina oleh Siti dan bapanya suatu masa dahulu. Siti akan duduk dibuai itu sambil bernyanyi lagu kegemarannya.


laju-laju......
buaiku laju.....

pohon beringin tegaknya tinggi
kalau rendah menyapu bumi
pengibur aku menolong aku
bertiuplah oh angin bayu
laju-laju buaiku laju
akulah anak yatim piatu

laju-laju.....
buaiku laju.........

pohon beringin daunnya rendang
akar berjalur cecah kebumi
hatiku ingin hidup gemilang
nasib malang suratan diri
hidup aku tidak beribu
akulah anak yatim piatu

Tenang jua rasanya diri Siti setelah dia mendendangkan lagu itu walaupun suara tak sesedap Siti Nurhaliza penyanyi kegemarannya. Setelah agak lama Siti segera pulang kerumah. Kelihatan Mak Mah berdiri di depan pintu menanti kepulangan Siti.

"Hah! Siti, mana kau pergi ni? Dah dekat senja baru nak ingat balik rumah ke? Makan malam kitaorang kau tak siapkan lagi. Apa nak jadi dengan kau ni?" marah Mak Mah.

"Yelah. Orang nak pergi mandi dan solat dulu. Pastu baru orang masak." Balas Siti sambil kakinya melangkah masuk kedalam rumah menuju ke biliknya. Selesai semua kerja, Siti masuk ke bilik dan baring sambil melelapkan mata. Kemudian dia bangun menuju ke tingkap, melihat bulan dan bintang yang bergemerlipan menayangkan diri di dada langit.

“Alangkah bestnya kalau aku dapat jadi bintang kat langit tu. Bahagia hidup aku, tak yah nak pinin ngan perangai mak tiri aku. Cantiknya kau bulan memancar cahaya di malam hari.“ Siti bermonolog sendirian. Tak lama kemudian Siti kembali ke katilnya dan tertidur sudah.



Petang esoknya, Siti kembali ke tepi sungai dan bermain buaiannya sambil bernyanyi seperti biasa. Tiba-tiba Siti terdengar bunyi kucing mengiau dibalik pokok belakang. Segera Siti berlari kearah bunyi tersebut, maka terlihat la dia seekor anak kucing berwarna oren. Siti mengangkat kucing itu dan duduk bersimpuh di atas rumput, diletakkan anak kucing itu diatas ribanya dan dibelai anak kucing itu.

Sedar-sedar hari makin gelap, rupanya Siti terlelap sebentar tadi dan dilihat anak kucing diribaannya sudah tiada. Segera Siti bangun dan berlari pulang kerumah. Di kaki tangga rumah kelibat Mak Mah kelihatan sambil mencekak pingangnya yang tersedia tak ramping tu.

"Mana kau pergi hah? Tak ingat ke hari dah malam ni?" sergah Mak Mah sebaik saja kakinya memijak tangga rumah.

"Tak kemana pun. Orang pergi belakang tu je." Siti segera masuk ke dalam rumah dan membersihkan diri.



“Siti.....oooo...Siti..“ Mak Mah melaung nama Siti berkali-kali. Namun tiada sahutan. Mira tergedik-gedik macam jellyfish ditepi emaknya.

“Mak, lambat lagi ke kita nak pergi ni? Mira dah tak sabar nak pergi ni. Boleh Mira berkenalan dengan anak orang kaya tu.“ Mira memasang angan-angan yang dirinya disatukan dengan anak orang kaya Osman.

“Sabarlah, mak nak sampaikan amanat dulu pada si Siti ni. Ke mana je dia ni.“ Mak mah melangkah kakinya ke dalam bilik Siti, ditolak kasar daun pintu bilik Siti.

“Oooo...ini kerja kau ya. Membuta je kerjanya. Apa nak jadi dengan kau ni?“ tanpa belas kasihan Mak Mah menampar pipi Siti dan dipulas sekuat hati telinga Siti.

“Sakitlah Mak Mah...orang demam ni. Nak rehat.....“ lirih suara Siti mengadu dirinya tidak sihat.

“Dah, kau jangan nak banyak cekadak dengan aku. Aku nak keluar ni, bila aku balik nanti....pastikan rumah ni kemas, baju berbasuh. Faham???“ Mak Mah memekik ditepi telinga Siti. Perit rasa telinganya dipekik begitu sekali.

“Baik Mak Mah...“ jawab Siti dalam sendu diperlakukan begitu sekali oleh Mak Mah.

“Hemm...macam tulah. Bagus...aku pergi dulu. Duduk rumah, buat kerja. Balik nanti kalau kau takde, siaplah kau aku kerjakan.“ Gertak Mak Mah dan berlalu pergi meninggalkan Siti yang tersedu-sedu menangis.

‘Apalah nasib diri aku diperlakukan sesuka hati oleh Mak Mah...‘ Siti merintih dalam hati. Kepalanya terasa semakin kuat berdenyut, dipejam matanya rapat. Akhirnya Siti tertidur lena tanpa menghiraukan keadaan sekeliling lagi.


Siti dibuai lena, keadaannya tenang dirasakan saat ini, dia bermimpi. Dalam mimpinya dia telah bertemu dengan seorang bidadari jelita persis Nasha Aziz. Bidadari itu telah memberikan sekalung rantai berserta loket berupa kunci kepada sebuah pintu.
Siti tersedar sebaik saja rantai itu diserahkan kepadanya, terasa seperti tangannya menggenggam sesuatu. Diangkat tangannya ke depan mata.

Rantai!!!

Serupa seperti dalam mimpinya. Apa makna mimpinya ini? Siti bingkas bangun dan berjalan keluar dari biliknya. Langkahnya terhenti apabila matanya tertarik pada sebuah pintu berukir pada dinding depannya. Lantas disua loket pada rantainya ke dalam tempat kunci. Berjaya...pintu terbuka dengan sendirinya.

Kaki Siti seakan ditarik untuk masuk ke dalam pintu itu, dia menapak setapak ke dalam bilik. Sebaik saja kakinya mencecah masuk ke dalam bilik tersebut, dia terasa seolah-olah dia berada di tempat lain. Kaki dihala ke depan.

“Aku kat mana ni?“ soal Siti sendirian kerana di depan matanya sekarang terbentang sebuah pemandangan indah dimana ada sebatang sungai yang mengalir deras. Matanya melilau melihat pemandangan yang tersergam indah depan matanya.

"Warghhhh..." Siti terpekik kecil. Terkejut melihat beberapa orang gadis yang sedang berkemban bersenda gurau sesama mereka. Tangannya segera mengatup mukanya, namun dia masih nampak kelibat mereka melalui celah jarinya.

'Mak bapak dorang ni tak marah ke dorang ni berkemban? Dah macam artis kita je, berkemban terang-terang.' Siti mengomel dalam hati.

"Tumpang tanya, maaf kacau korang bersiram. Apa nama tempat ni?" soal Siti pada mereka.

"Aaaaa..." spontan mereka terjerit dan berlari ke atas tanah meninggalkan seorang gadis yang kelihatan cool dalam air. Siti tersenyum toya padanya. Gadis itu segera naik ke atas tanah dan mencapai selendang membalut tubuhnya.

"Saudari, apa nama tempat ni? Saya rasa, saya dah tersesatlah." Ujar Siti tanpa disoal.

"Siapakah gerangan tuan hamba? Dan bagaimana tuan hamba boleh tersesat?" soal gadis itu dalam bahasa dulukala. Siti mengerutkan keningnya.

"Saya pun tak tahu macam mana saya boleh sampai ke sini. Kalau saya tahu takdelah saya tanya awak..." bidas Siti sedikit geram. Kini giliran gadis itu pula mengerutkan keningnya.

"Maaf tuan hamba, hamba tidak begitu faham butir bicara tuan hamba. Hamba rasa ada eloknya jika tuan hamba mengikut hamba ke rumah hamba." Pelawa gadis itu.

"Apa nama awak?" soal Siti sambil menunjukkan telunjuk jarinya ke arah gadis muda itu.

"Nama hamba, Nilam. Siapa pula nama tuan hamba?"

"Nama hamba, Siti...maksud hamba, Siti Mawar." Jelas Siti selamba. Sejak bila pula Siti pandai cakap bahasa dulukala ni? Nasib baik dia suka tengok cerita dulu-dulu zaman lakonan Latifah Omar.

"Kalau begitu, marilah Mawar. Hamba tunjukkan jalan ke rumah hamba." Mereka berjalan seiringan menuju ke rumah Nilam. Kira-kira 200 meter dari sungai, mereka pun sampai ke rumah Nilam. Siti mengonyoh biji matanya seakan tidak percaya. Ini bukan rumah, ni istana. Biar betul minah ni?

"Nilam, inikah rumah yang tuan hamba maksudkan itu?" soal Siti.

"Ya, inilah rumah hamba. Hamba sebenarnya merupakan puteri bongsu, nama hamba Puteri Nilam Sari. Marilah masuk, janganlah tuan hamba malu pula." Mereka berjalan ke depan lagi.

"Mari masuk, inilah bilik hamba. Bagi hamba sedikit masa dulu, biar hamba menukar dahulu bajunya. Duduklah dulu tuan hamba. Nanti hamba panggilkan dayang bawa masuk makanan buat tuan hamba." Lembut sekali tutur puteri itu pada Siti.

'Baik betul dia ni? Siap bawa aku masuk dalam bilik pula tu. Tak takut ke kalau-kalaulah aku ni berniat jahat ke. Buat naya je. Kejap lagi mesti dia bawa aku jumpa orang dalam istana ni pula. Alahai....penat nak kena berdialog ala-ala dulukala....' bebel Siti dalam hati.

"Tuan hamba, mari kemari. Tukarlah dulu baju tuan hamba. Sebentar lagi kita akan mengadap Sultan." Siti berjalan lambat-lambat ke bilik persalinan.

"Maaf ya tuan puteri. Hamba rasa baju ini ketat sedikit. Rasa sukar untuk hamba bernafas." Ujar Siti dalam kepayahan untk bernafas.

"Hamba rasa sedang elok dengan tuan hamba. Tuan hamba kelihatan menawan sekali. Sudah, marilah kita mengadap Sultan." Tangan Siti direntap lembut.



"Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun." Hulubalang isatana menyembah masuk ke arah Sultan yang kelihatan segak di atas singahsana.

"Tuanku, Puteri Nilam Sari bersama dengan temannya masuk mengadap."

"Benarkan mereka masuk." Sultan tersenyum mendengarnya.

"Ampun tuanku beribu-ribu ampun, dinda datang masuk mengadap bersama teman dinda." Siti kelihatan sedikit terpinga-pinga dengan situasi sekarang. Tak pernah dalam seumur hidupnya dia masuk ke dalam istana apatah lagi di zaman ini. Rasa macam nak pitam je.

"Siapakah nama tuan hamba?" soal Sultan pada Siti yang kelihatan gugup.

"Ampun tuanku, nama hamba Siti Mawar." Saat ini Siti mendongakkan kepalanya yang dari tadi tertunduk. Ketika ini juga Sultan terpana memandang wajah Siti yang kelihatan begitu menawan sekali, Siti pun apa lagi. Hatinya berdegup kencang melihat wajah Sultan yang disangka tua itu rupanya hensem nak pengsan beb..saat ini juga hatinya menyanyikan lagu dari filem Fanaa - Chaand Shifarish.



Hampir 2 bulan berlalu....

"Kanda....apa perkembangan tentang jodoh dinda dengan putera makhota Inderapura?" soal Puteri Nilam Sari tiba-tiba.

"Ooo...ya dinda. Perkabaran yang terbaru kanda dapat sebentar tadi bahawa dinda dan putera itu akan disatukan cukup bulan purnama ini."

"Benarkah kanda?"

"Benar dinda, kanda tahu dinda pasti suka."

"Mestilah dinda suka. Tetapi kanda, dinda tak sampai hati untuk meninggalkan kekanda keseorangan."

"Siapa kata kanda keseorangan? Bukankah memanda menteri ada, ramai rakyat jelata yang ada menemani hidup kanda sehari-hari."

"Kanda ini...bukan itu yang dinda maksudkan. Dinda maksudkan dengan teman hidup kandalah." Puteri Nilam Sari menarik muncung panjang 2 inci.

"Dinda ini....kanda juga bergurau dengan dinda."

"Kanda..apa kata jikalau kanda berkahwin saja dengan Mawar?" cadang Puteri Nilam Sari pada kandanya, Sultan Ali Shah. Ternyata cadangan itu sebenarnya diterima oleh kandanya namun ianya juga membuatkan Siti tersedek mendengarnya.

"Bagaimana dengan tuan hamba? Kanda sudah bersetuju, hanya menuju jawapan dari tuan hamba sahaja." Dengan nakal sekali Puteri Nilam Sari mengusiknya.

"Ehem....diam itu, tandanya setujulah ya?" kata Sultan Ali Shah yang seolah-olah boleh membaca fikiran Siti.

"Emmm..." Siti tertunduk malu.



"Kanda, kelihatan begitu tampan sekali...tidak dinda sangka bahawa kanda akan berkajhwin dulu dari dinda." Ujar Puteri Nilam Sari sambil membetulkan kedudukan sampin kandanya.

"Sudah jodoh kanda kahwin sulu dari dinda. Apa kanda boleh buat dinda. Dinda pun tidak lama, lagi beberapa hari saja lagi." Sultan Ali Shah mencuit pipi adindanya.

"Ampun tuanku, Siti Mawar telah hilang dari biliknya tuanku. Puas kami cari tapi tidak ada apa-apa kesan pun tuanku. Ampun tuanku." Terpacul dayang menyembah berita buruk. Sultan Ali Shah dan Puteri Nilam bergegas keluar dari bilik mencari kelibat Siti.



Siti gelisah menunggu saat untuk dia diijabkabulkan. Dia terasa bahagianya namun sedikit terkilan dengan ketidakhadiran Mak Mah dan Mira. Tiba-tiba dia terpegang rantai yang sejak beberapa bulan tergantung kemas dilehernya. Saat itu hatinya meronta-ronta untuk balik kerumahnya.

Dia memejamkan matanya, setitis air mata mengalir hangat membasahi pipinya. Dia terbayangkan rumah yang didiami oleh mereka bertiga. Walaupun dia derita tinggal bersama Mak Mah dan Mira, dia tidak sanggup meninggalkan semuanya.

Perlaha-lahan dibuka matanya, ditonyoh biji matanya sekuat hati. Matanya memandang seluruh biliknya untuk melihat kebenaran dihadapannya.

"Aku dah balik..yes....aku dah balik..." Siti melompat keriangan diatas katilnya yang hampir roboh dan musnahlah katil dikerjakan Siti. Siti tertawa dengan hati senang. Dia bergegas keluar dari bilik dan mencari kelibat Mak Mah dan Mira.

"Mak Mah.....Mira....Mak Mah....Mira..." tiada sahutan yang diterimanya melainkan bunyi cicak meyahut. Bising jelah cicak ni.

"Siti....buka pintu ni....Siti...." pangil seseorang dari luar pintu rumah.

"Ya...Siti datang ni..." sahut Siti dengan senyuman yang tidak lekang dari tadi. Sebaik saja pintu dibuka terus saja Siti menerkam dan memeluk Mak Mah dan Mira.

"Siti...kau ni kenapa? Dah buang tebiat apa? Naik...naik cepat. Orang datang tu." Siti terpinga-pinga. Siapa pula yang datang tu.

"Tunggu sekejap ya orang kaya. Saya naik sekejap nak hiaskan Siti ni." Dengan senyuman plastik Mak Mah menolak Siti masuk ke dalam bilik. Ditukarkan Siti dengan baju kebaya nyonyanya sewaktu zaman muda dulu dan disolek Siti dengan secantik mungkin.

"Dengar ni Siti, orang kaya Osman tu datang nak masuk meminang kau untuk anak lelaki dia. Kau jangan nak buat perangai pula. Setuju je tau." Arah Mak Mah tanpa memikirkan hati Siti yang menolak pinangan tersebut.

"Dah, jangan nak buat muka dekat sini. Kau pergi buat air sekarang pastu bawa naik. Lepas tu pandai-pandailah kau keluar dekat laman tu." Pesan Mak Mah siap-siap. Siti menurut saja kehendak Mak Mah.

"Hai...sorang je ke? Boleh saya tumpang sekaki dua?" soal suara yang begitu asing dari halwa telinganya.

"Kalau tak malu, silakanlah." Jawab Siti.

"Tak sudi pandang muka saya ke? Saya anak lelaki orang kaya Osman. Nama saya Shahril Ali. Nama awak mesti Siti Mawarkan?"

"Hah...???? Siti Mawar?" Siti tercengang. Dia memalingkan muka ke arah pemuda dibelakangnya. Hatinya dilanda kejutan demi melihat muka yang dikenalinya. Diamati dengan lebih dalam lagi muka pemuda yang bergelar Shahril Ali. Siti tersenyum lebar hingga ke telinga.

"Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Patik pacal hina datang mengadap ke bawah duli tuanku." Spntan Siti berlutut ala-ala orang mengadap masuk ke dalam istana.

"Sudahlah tu Siti. Saya bukan Sultan pun. Saya hanyalah bakal suami awak. Itupun kalau awak setuju untuk terima pinangan saya." Siti tersenyum seraya menganggukkan kepalanya berkali-kali. Siti terus berlari dan meluru masuk kedalam rumah.

"Mak Mah....Orang setuju terima pinangan ni....!!!!!" Siti memekik sekuat hatinya. Mak Mah dan Mira melopong, hadirin yang ada tertawa melihat kelakuan Siti, dan Shahril Ali, bakal suaminya tersenyum simpul melihat kerenah Siti.

Sekian berakhirlah penderitaan Siti selama ini. Moga-moga Siti bahagia selamanya disamping Shahril Ali.




*** Cerpen ini merupakan cerpen kedua yang dibuat ala-ala fantasi cerita dulu-dulu. Kalau ada salah silap harap dimaafkan, cerpen ni dah banyak kali tertangguh...akhirnya selesai juga. Saya budak baru bertatih dalam bidang ni.....
2
Komen

Buruk 2


“Assalammualaikum semua. Saya Badrul Amri, bos baru awak semua.” Dia memandang sekeliling depannya.

“Hah...bagi yang ternganga tu silalah tutup mulut kerana dikhuatiri air liur anda akan membanjiri ofis kita ni nanti.” Selorohnya bersahaja, mereka semua tertawa dan mencari siapakah gerangan yang dimaksudkan. Aku mengatup mulutku dengan segera, Sherry pun membetulkan kedudukan mulutnya.

“Saya masih baru lagi disini dan masih tak tau apa-apa. Jadi sila beri tunjuk ajar pada saya. Apa-apa pun tadi, saya happy sangat dengan sambutan semua yang sungguh meriah. Tak sangka staf saya suka bersukan dalam ofis. Semangat saya tengok mereka.” Sindirnya sambil tersenyum memandang ke arahku dan Sherry. Malunya aku, naik merah muka aku. Muka si Sherry tu gerenti tak nampak sebab make-up dia je dah tebal 2 inci.

“Ok, sekian saja dari saya. Terima kasih.” Staf lelaki berjalan dan bersalaman dengannya serta memperkenalkan diri masing-masing. Staf wanita pula hanya memperkenalkan diri saja. Kemudian kami sambung buat kerja masing-masing.

“Beb, staf mana kau cakap ni? Sukan? Apa ni?” Yazid memaut tangannya pada bahu Badrul.

“Kau takkan pahamnya kalau aku tak cerita. Jom masuk bilik aku, kita bercerita kat dalam nanti.” Ajak Badrul.

“Ni...Sherry, you buat air untuk kami ye. Thanks.” Arah Yazid pada Sherry yang berada dibelakangnya.

“Baik, bos.” Sherry menganggukkan kepala dan segera beredar ke tempat aku yang tengah sibuk menaip kerja.

“Tasha!” dia menepuk mejaku dengan agak kuat. Aku mendongakkan muka padanya.

“Kau pergi buat air sekarang juga. Hantar kat tempat aku dalam masa 5 minit dari sekarang. No excuse. Lekas!” Sherry memaksaku membuat air.

“Tapi cik Sherry, saya tengah buat kerja ni.” Protesku.

“Kan aku dah cakap, no excuse. Cepat, pergi sekarang!” aku berjalan dengan lemah longlai ke pantri.


“Nah, cik Sherry. Kopi dua cawan.” Aku menghulurkan dulang yang berisi dua biji cawan kepada Sherry yang tengah ralit menyapu bedak pada mukanya.

“Em..kau boleh pergi tempat kau sekarang.” Dia menghalau aku. Aku menganggukkan kepala dan beredar dari tempatnya. Sempat kulihat dia membetulkan bajunya dan neredar masuk ke dalam bilik bos.

Tok! Tok! Tok!

“Masuk,.” Jawab suara dari dalam.

“Ok, thanks.” Ucap mereka berdua.

“Kalau bos ada apa-apa panggil je saya.” Sherry tersenyum menggoda dan melirik matanya pada mereka berdua.

“Ok.” Jawab mereka serentak. Sherry terus beredar dari bilik bosnya dan menutup pintu bilik.

“Sambunglah balik cerita kau tu.” Yazid mendesak Badrul supaya bercerita dengan lebih lanjut lagi.

“Yang tocang ni dah ketawa habis merah muka dia. Tapi dia tak sedar yang dia paut kat badan aku ni. Naik sesak nafas aku dia paut kuat tu beb. Aku dehem sikit je baru dia perasan, terus dia leraikan pautan dia.” Badrul menarik nafas panjang dan menyambung ceritanya lagi.

“Paling aku tak tahan tengok minah lagi sorang ni, tak pasal-pasal dia jatuh tersungkur macam tengah main ice skating pun ada. Apa lagi minah tocang tu sakan gelaklah dia tengok muka yang sorang ni berkerut-kerut tahan sakit.” Badrul terbayang adegan yang tak disangkakannya. Yazid lagi teruk, terbahak-bahak dia dengar cerita Badrul sambil terbayangkan adegan yang diceritakan oleh Badrul.

“Waktu kau kenalkan aku kat dorang semua tu, terkejut juga aku tengok muka dua minah tu. Apatah lagi dorang terkejut sakan tengok aku yang muncul. Sakit perut aku tengok dorang, nak tergelak pun ada tengok minah tocang tu ternganga habis dengan spek mata dah melurut ke bawah.” Sambung Badrul lagi.

“Minah tocang yang kau cakap ni, Tasha ke?” Badrul menganggukkan kepala.

“Hah...sorang lagi mesti Sherrykan?” soalnya lagi.

“Betullah tu. Pandailah kau ni.” Balas Badrul dengan gembira.

“Kalau kau nak tau. Sherry memanh macam tu. Perangai buruk, selalu buli si Tasha. Tasha pula, tak melawan. Ikut je apa kata Sherry. Kadang-kadang ada juga dia lawan cakap Sherry tu juga. Aku pun dah tak larat nak menghadap muka Sherry tu, asal aku tegur mesti dia buat balik. Pandai-pandailah kau betulkan otak minah tu nanti. Kesian aku dengan Tasha tu.” Ujar Yazid dengan panjang darab lebar.

“Macamtu ke. Nanti aku wash brain minah tu. Ni...apa kata kau terangkan sikit banyak kerja yang patut aku buat. Otak aku ni pun naik beku, maklumlah dah lama tak kerja. Asyik menghadap buku je.”

“Papa kau tak bagitahu ke apa yang kau kena buat?” soal Yazid yang sedikit pelik.

“Ada, tapi sikit sebab aku nak kau yang terangkan lebih lanjut pada aku. Aku nak tahu apa yang kau faham setakat ni.” Balas Badrul.



“Tasha, kau pergi fotostat benda ni sekarang jugak. Aku nak secepat mungkin.” Arah Sherry padaku.

“Baik cik Sherry.” Aku membetulkan cermin mataku yang berbingkai empat segi dan tebal. Kaki kuarah ke mesin fotostat yang terletak di belakang berhampiran pintu masuk stor.

“Rasa nak cari kerja tempat lain je. Penat aku macam ni hari-hari.” Rungutku sendirian, dan hari-hari juga aku ulang tayang rungutanku ini.

“Apa yang awak rungutkan tu? Boleh saya tahu?” sapa suara dari belakangku. Aku menoleh kebelakang, alamak bos aku.

“Bos, apa bos buat kat sini?” soalku dengan sopan.

“Kenapa? Tak boleh ke? Saya saja nak tengok staf saya ni buat kerja atau tak. Saya tengok awak paling busy sekali buat kerja kat sini. Bagus, saya suka pekerja yang rajin macam awak ni. Ni baru sehari saya tengok. Esok-esok mesti lagi menarikkan?” katanya.

‘Apa yang menarik entahlah orang tua ni. Pelik aku.’ Gumam hatiku. Aku tersenyum mendengar kata-katanya.

“Dah berapa lama awak kerja kat sini?” soalnya lagi.

“Dah dua tahun bos.” Jawabku.

“Lama juga tu. Mesti banyak pengalaman.” Ujarnya lagi.

“Biasa je bos. Saya masih mentah lagi. Banyak lagi yang saya perlu belajar kat sini.” Aku tersenyum padanya.

“Takpelah. Apa-apa pun awak ada juga pengalaman kerja kat sini dulu dari saya.” Dia tersenyum manis dan berlalu pergi setelah dipanggil oleh Sherry. Sherry hanya merenung aku dengan tajam seolah-olah memberi amaran supaya jangan rapat dengan bos kami.

“Nah ,cik Sherry. Saya dah siap fotostat kerja ni.”

“Bagus. Balik tempat kau sekarang. Lagi satu jangan rapat sangat dengan dia. Sedar diri kau tu siapa.” Katanya dengan nada sinis sekali.

“Baik cik Sherry.” Aku menapak ke tempatku.
4
Komen

Antara Kau Dan Dia 2


Amir menghempas pandangan ke luar tingkap keretapi, dia mengeluh kecil mengingati gadis bernama Nina. Gadis yang berjaya membuat hatinya dibelasah rindu selalu. Hari ini merupakan hari dimana menyaksikan Nina dan juga sepupu tirinya disatukan sebagai suami isteri.

Hancur hatinya tidak terkata, lantas dia membawa dirinya ke Kelantan. Bukan jauh pun, sekadar untuk menenangkan hatinya sehingga dia betul-betul berjaya melupakan Nina. Harapannya agar Nina sentiasa gembira selalu. Masih diingat lagi, pertemuan yang terakhir bersama Nina.

Nina tersenyum manis padanya. Senyuman yang mengegarkan hatinya ketika itu. Dia pasti yang Nina sudi menerima dirinya. Namun sangkaannya meleset sama sekali.

"Amir, aku mintak maaf, aku tak boleh anggap kau lebih dari seorang abang aku. Aku tak boleh mencintai kau. Kerana dalam hati aku hanya ada Iman." Amir terpaku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nina.

"Tapi kenapa.....?" soal Amir dengan nada tidak puas hati.

"Kan, aku dah cakap. Aku tak boleh terima cinta kau, Mir. Perasaan aku pada kau sama macam dulu. Aku anggap kau tak lebih dari seorang abang. Aku tak pernah menaruh walau sekelumit perasaan pada kau. Maafkan aku Mir." Ujar Nina dengan lebih tegas lagi.

Iman, lelaki itu yang sentiasa berada disisinya ketika dia dalam keadaan sedih. Selepas abang Ady berkahwin dengan Kak Asiah, anak kawan Uminya, dia jadi hilang semangat. Dunianya terasa kosong, ketika itulah Iman hadir mengisi hatinya dengan warna cinta. Iman, anak tiri Mak Ngahnya, lelaki yang berjaya mencuri hatinya selepas abang Ady.

"Nina....."

"Cukuplah Mir, sampai sini saja. Kita tetap adik beradik selamanya. Aku doakan semoga kau temui pasangan hidup yang lebih baik dari aku dan mencintai kau sepenuh hatinya." Ucap Nina tanpa sempat Amir menghabiskan kata-katanya.

"Kalau begitu, aku doakan semoga kau bahagia selalu disamping Iman. Selamat pengantin baru." Amir melangkah pergi bersama harapan yang musnah untuk menjadikan Nina sebagai suri dihatinya. Setitis air mata jatuh mengiringi langkah kakinya.



"Encik, tumpang lalu." Sapa satu suara lunak.

"Ops..sori, tak perasan ada orang." Amir memohon maaf atas ketidaksedarannya.

"Takpe." Gadis itu tersenyum.

"Nina...." spontan terpacul nama gadis kesayangannya. Gadis itu menoleh kebelakang.

"Ya, encik panggil saya ke?" soal gadis itu.

"Bukan…bukan…tapi, nama awak Nina ke?"

"Ya, nama saya Nina. Ok, takpe. Salah faham je. Saya mintak diri dulu." Gadis bernama Nina itu tersenyum sebelum berlalu. Amir terpana melihat senyumannya lantas dia terbayangkan senyuman Nina yang hampir serupa dengan gadis itu. Matanya mengekori langkah gadis itu sehingga hilang ditelan jauh.

'Kenapa, hampir begitu sama sekali.' Hatinya menjerit melihat perwatakan dan senyuman gadis tadi begitu serupa dengan Ninanya. Fikiran tergugat dengan kedatangan Hamdan, sahabatnya.

"Woi, bro, kau tengok apa tu? Mulut terlopong besar, aku sumbat stokin baru tahu." Sergah Hamdan sekaligus membunuh lamunannya.

"Apalah kau tegur orang macam tu. Cuba bagi salam dulu."

"Dah banyak kali aku bagi salam tapi tak terjawab pun. Aku sergah baru jawab. Apa punya turrrlah kau ni." Balas Hamdan.

"Lama dah ke kau sampai?" soal Amir.

"Dah lama dah. Kau je ak perasan, asyik betul mengelamun kat tiang yang nak dekat sama kau ni."

"Banyaklah kau, aku lutut kau baru tahu."

"Eleh.....betul pe. Aku dok perhati je gelagat kau tu. Sekali awek lalu pun tak perasan, dah lah selamba mangkuk je kau landing depan beg dia."

"Ye ke?" Amir termangu-mangu mengingati semula lagaknya.

"Yelah, dah kau tak payah susah-susah nak fikir. Jom, gerak."



"Mir, kau tup-tup datang sini kenapa Mir?" soal Hamdan tiba-tiba.

"Aku bukan apa, aku membawa hati yang luka parah ni."

"Aik...tak pernah-pernah pun kau macamni. Tak percaya aku. Pasala perempuan kau jadi macamni sekali." Hamdan dilanda musykil.

"Yelah, bak sini gitar kau tu. Dah lama aku tak layan jiwang ni."

"Nah, ikut suka kaulah." Hamdan menghulurkan gitar kesayangannya pada Amir yang sudah duduk bersandar didinding. Perlahan-lahan dipetik tali gitar mengikut irama lagu Fotograf - Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal.

Seindah sinar pagi
Ku pancarkan sinar ini
Semoga bersinar di hatimu

Selembut angin malam
Terhembus kasih untukmu
Hingga terbayang wajahmu
Percayalah sayangku
Hanya engkau ku cinta
Tak pernah aku berubah hati

Semakin hari (sayang)
Semakin hangatnya cinta
Sehingga membakar di kalbu

Jangan kau ucap selamat tinggal
Pada diriku yang setia
Tak sanggup aku untuk berpisah
Inginku hidup bersama
Cintaku hanya untukmu
Setiap hari kau ku rindu


"Wau, boleh tahan jugak suara kau tu. Still best macam dulu lagi." Puji Hamdan.

"Thanks..." Amir merenung ke langit. Bintang dilangit berkelipan membelah malam.

"Kau kat sini lama ke?"

"Entahlah, aku pun tak tau. Takpe, nanti aku tolong kau berniaga jelah."

"Kau nak ke kerja jual menjual macam aku ni? Maklumlah, kau kan anak jati Kuala Lumpur."

"Lepaklah beb, kau ingat aku tak boleh berjual ke?" Amir membesarkan matana.

"Ok, kalau macam tu. Malam esok kau ikut aku berniaga kat Kota Bharu."

"Ok, set." Amir menaikkan ibu jarinya ke atas.



"Hah...mari Kak Long, beli kain come-come blako ni." Amir cuba mengajuk dialek Kelantan.

"Dah…dah, kau tak payah nak sesusah sebut dalam dialek aku. Keras semacam je bunyinya. Orang yang lalu pun gelakkan kau tau." Hamdan mengejek Amir yang bersungguh-sungguh mempromosikan kain. Amir menjeling tajam ke arah Hamdan yang tersengih simpul busuk.

"Takpe, kau kutuk aku. Macam tu, aku duduk diam. Kau buka mulut panggil orang datang beli."

"Alah...macam aku tak biasa. Memang tu pun kerja aku hari-hari." Hamdan mendabik dada. Amir mencemikkan mukanya tanda meluat.



"Amacam, steady tak kau?" soal Hamdan memandang Amir yang kelihatan lesu sedikit.

"Kaki aku dah longgar dah ni. Penatlah."

"Baru kau tau macam mana rasanya. Tiap-tiap malam aku meniaga tau. Kadang-kadang siang pun ada jugak. Maklumlah, nak cari rezeki lebih sikit."

"Betul...betul...betul.."Amir cuba mengajuk Ipin.

"Dah, jom balik. Esok pagi, pukul 9 kita nak kena berniaga." Ujar Hamdan sambil tangannya ligat mengemas barang.

"Apa…???" Amir terduduk. Rasa macam nak putus urat sendi malam ni, dah kena berniaga pulak pagi esok.



Setelah hampir 2 minggu Amir menetap disana dan menolong Hamdan meniaga, akhirnya dia telah terbiasa. Namun satu je benda yang dia tak terbiasa, dialek Kelantannya hancus….

Amir memunggah barang seperti biasa, Hamdan pun kelihatan sibuk mengeluarkan barang dari van. Hari ini, mereka tiba lewat sedikit dari hari biasa, entah kenapa perut Amir memulas. Namun digagahkan jua untuk berjual. Sempat dia melabur kali terakhir sebelum bertolak tadi.

"Amir, telefon kau berbunyi tu. Angkatlah cepat."

"Siapa pula tipon aku time ni? Kacau betullah." Amir menekan butang jawab.

"Assalammualaikum. Amir, Nina ni....Kau sihat?" Amir ternganga seakan tidak percaya mendengar suara Nina. Hamdan memandang pelik ke arah Amir seraya mengatupkan mulut Amir yang menganga.

"Wa..wa'alaikumsalam. Ak..aku sihat." Jawab Amir sedikit gagap. Sejak bila dia jadi gagap pulak ni?

"Amir dah makan? Amir dekat mana tu? Sorrylah kalau Nina mengacau Amir time ni." Ujar Nina dengan lembut.

"Tak apa. Amir dah makan pun. Amir sekarang dekat K.B. Nina bahagia?" soal Amir sedikit lirih.

"Mestilah Nina bahagia sekarang. Nina harap Amir pun macam Nina. Bila Amir nak balik K.L?" soal Nina lagi.

"Bila Amir dah jumpa calon isteri yang sama macam Nina." Spontan terpacul kata-kata dari mulutnya.

"Betul ke Mir, Amir dah jumpa ke calonnya?" aik, pelik....kenapa suara Nina lain macam pulak ni?

"Nina, Nina sakit tekak ke?"Apasal suara Nina garau je ni? Tadi elok lagi?" soal Amir sedikit blur.

"Banyaklah kau punya Nina. Dah…dahlah tu. Bini orang tu...ingat sikit, lagipun Nina adik kita." Lor...suara abang Ady rupanya. Mati-mati ingat suara Nina bertukar. Sengal je.

"Abang ni, ingat Nina tadi. Padan suara macam gergasi je." Selamba Amir mengutuk abangnya.

"Sekeh kau kang. Ni, Umi nak cakap dengan kau."

"Assalammualaikum, Umi..." sapa Amir pada Uminya.

"Wa'alaikumsalam, Mir. Amir kat mana ni? Amir sihat?" soal Uminya yang digasak rindu.

"Amir sihat Umi. Amir sekarang dekat K.B. Umi sihat ke? Dah makan belum ni Umi? Umi buat apa tu?" soal Amir bertalu-talu.

"Umi sihat alhamdulillah Mir. Umi tengah layan dorang ni, kalau Amir ada lagi best." Ujar Uminya.

"Nanti Amir balik Umi. Tapi biar Amir jumpa dulu dengan calon yang Amir berkenan."
"Mir, lama lagi ke? Pelanggan ramai ni?" Hamdan memanggil Amir.

"Umi, Amir kena pergi dulu. Ada kerja ni. Assalammualaikum, Umi. Kirim salam dekat semua." Amir memutuskan talian.




"Cik, kat mana tempat jual bateri?" soal Amir pada seorang pekerja perempuan yang tengah terbongkok-bongkok menyusun atur barang. Pekerja itu berhenti dan memandang ke arah Amir.

"Encik, jalan terus pastu belok kanan. Kat situ tempat barang yang encik nak beli."

"Terima kasih." Amir tersenyum pada pekerja itu dan pekerja itu senyum kembali padanya.

"Nina..."

"Ya, saya." Sahut pekerja perempuan bernama Nina.

"Maaf, salah orang."

"Kejap, kita pernah jumpakan?" Amir mengerutkan dahinya.

"Emmm...dekat stesen keretapi Tumpat." Katanya lagi.

"Oooo...baru saya ingat. Maaf pasal hari tu."

"Tak apa. Saya Nina, pekerja dekat sini. Kebetulan hari tu saya baru balik dari Kuala Lumpur melawat kawan saya." Ujarnya dengan ramah. Belum tanya apa-apa dah bagitahu, bagus betullah dia ni.

"Saya Amir, kebetulan saya datang sini tolong member beli barang sikit. Tak apalah, saya dah lambat ni. Saya pergi dululah." Gadis bernama Nina menganggukkan kepalanya sambil tersenyum tipis. Entah kenapa berat hatinya nak melepaskan Amir pergi. Sudah jatuh cintakah dia pada pemuda didepannya ini.

"Kalau tak keberatan, lain kali kita jumpa lagi. Ni kad saya." Amir menghulurkan sekeping kad padanya.

"Terima kasih."

"Saya pergi dulu. Jumpa lagi." Amir menuju ke destinasinya iatu mencari bateri.


Sejak hari itu, bermulah episod baru dalam hidup Amir. Dunianya telah berubah gara-gara gadis bernama Wan Nuranina atau Nina. Gadis yang peramah dan lincah, perwatakan seperti Nina, adik angkatnya. Senyuman yang sentiaa terukir mencairkan hati lelakinya.

Perkenalan dari miss call kepada miss you membuatkan mereka rapat dan jatuh hati. Hati keduanya berpaut antara satu sama lain. Tidak lengkap rasanya hidup Amir tanpa gadis bernama Nina.

"Nina, kalau aku cakap, kau mesti tak percaya. Aku dah jumpa gadis yang aku cari selama ni. Nina, I love you...." spontan keluar ayat itu tanpa paksaan. Nina terkejut mendengar ungkapan itu.

"Mir, kau gila ke?" soal Nina.

"Ya, aku gilakan kau Nina. Gadisku....." Amir tertawa keriangan menambahkan kepeningan Nina.

"Amir, kau jangan main-main." Nina mulai kegeraman.

"Mana ada main-main. Betullah....minggu depan hari selasa, aku balik K.L. Aku ada kejutan untuk semua." Amir ketawa besar dan mematikan talian tanpa sempat Nina berkata apa-apa.




Hari yang dinantikan....

"Betul ke Ady? Amir nak balik ni?" Umi bertanya pada abang Ady.

"Betul, Mi. Ady dah tanya banyak kali. Karang sampailah dia tu." Abang Ady cuba menenangkan Umi yang kelihatan sedikit gelisah.

"Umi, sabarlah. Sekejap lagi, sampailah Amir tu." Pujuk Nina pula sambil memandang suaminya, Iman. Tak lama kemudian terdengar bunyi deruan enjin kereta dihalaman rumah.

"Assalammualaikum." Salam diberikan.

"Wa'alaikumsalam." Sahut semua di dalam rumah serentak. Umi bingas bangun dari sofa, segera ke muka pintu.

"Umi, Amir dah balik. Seperti yang dijanjikan." Amir mengucup lembut tangan Uminya, dipeluk erat dan dihadiahkan sebuah kucupan dipipi khas buat Umi tercinta.

"Mir..." Uminya membalas kucupan dipipi Amir.

"Umi, jomlah masuk dulu. Kat dalam kita sambung balik." Mata Amir menangkap kelibat Nina yang kini sudah berbadan dua. Mata mereka bertembung, namun Nina segera melarikan matanya. Dia memaut lengan Iman yang tersenyum pada Amir.

"Amir, sampai hati kau menghilangkan diri lama-lama. Abang siap dapat baby dulu baru kau balik. Jom masuk dalam. Sebelum tu, ni Iman, suami Nina." Ujar abang Ady.

"Apa khabar Iman, maaf tak datang waktu tu." Ucap Amir dengan kesal. Iman hanya tersenyum dan memahami isi hati Amir.

"Tak apa. Asalkan kau balik ke sini balik. Kami semua rindukan kau. Harap kau dapat terima aku dalam keluarga ni." Ujar Iman dengan sopan.

"Mestilah aku terima, kau kan adik ipar aku. Nina, adik 'kembar' aku. So..kau tentulah adik ipar aku." Ungkap Amir sambil tersenyum mesra sekaligus mematikan sangkaan mereka bahawa Amir tak akan terima kehadiran Iman.

"Amir, aku rasa kau tertinggal sesuatulah." Ujar Nina yang sedari diam sahaja.

"Yelah...jap aku ingat balik...." tak ingat. Malah Amir terus ke dapur menjeguk umi yang telah menghilangkan diri sebentar tadi. Mereka yang lain terpinga-pinga melihat Amir yang tadi mengingati sesuatu, ni dah selamba ke dapur pulak.

"Umi, sedapnya bau. Eh...eh....Mak Tok ngan Mak Ngah pun ada, tak perasan pulak tadi. Meriah betul nak sambut Amir balik ni." Amir mencapai tangan Mak Tok dan menyalami tangan orang tua itu berserta Mak Ngah, disalami jugak tangan Mak Ngah.

"Amir, kat Kak Long kamu lupa ke? Ni, siap bawak turun baby lagi dari atas. Nak tengok Pak Ngah dia balik." Terdengar suara milik kakak iparnya.

"Mana boleh lupa dekat Kak Long. Mana dia anak sedara Pak Ngah. Comelnya dia." Dikucup pipi montel milik anak abangnya bertalu-talu.

"Dah, jom duduk. Dah boleh makan dah ni. Perut pun dah berkeroncong dari tadi ni." Muncul abang Ady tiba-tiba dibelakang isterinya.

"Betul tu. Panggil semua, kita makan sekali." Semua bergerak mengambil tempat masing-masing. Amir sudah bersedia menceduk lauk kegemarannya terhenti seketika mengingati sesuatu. Tiba-tiba dia menolak kuat kerusi kebelakang, segera dia berlari keluar meninggalkan yang lain dalam keadaan terkejut dan terpinga-pinga.

"Alamak, sorry semua. Amir lupa bawak someone masuk tadi." Amir tersengih menayang giginya yang putih tersusun.

"Mehlah sini, masuk cepat." Amir melambai ke arah luar rumah menyuruh seseorang masuk Kepala mereka semua terteleng-teleng memandang gerangan siapakah yang Amir panggil masuk ke dalam.

"Kenalkan semua. Nina...."

"Nina...????" semua tercengang.




"Aku terima nikahnya, Wan Nuranina binti Wan Nurazim dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai."

"Sah."

"Sah."

"Sah." Dengan sekali lafaz, Nina atau Wan Nuranina menjadi milik Amir. Nina atau Nurhanina tersenyum melihat wajah Amir yang berseri-seri ketika ini.

'Akhirnya, kau bertemu jua dengan Nina. Aku doakan kau bahagia selamanya disamping dia yang kau cintai.' Desis hati Nina. Mata mereka bertembung dan keduanya tesenyum mesra.
3
Komen

Cinta Si Gemuk dan Si Kurus


“Kat mana tempat ni? Puas aku cari, habis satu pekan ni aku tawaf, tak juga jumpa. Takde ke mamat-mamat hensem yang lalu. Boleh juga aku soal siasat kat mana tempat ni.” Hawa menngomel seorang diri. Badannya sudah disimbahi peluh yang berlari pecut menuruni ke muka dan badan.

“Bang, tumpang tanya....” belum sempat dia habis menyoal seorang mamat hensem yang lalu tadi dah dibolayan oleh mamat tu. Hampeh tul...

“Ingat aku mintak sedekah ke? Aku nak tanya je.” Sedih berlagu dihatinya. Tangannya ligat memegang sehelai kertas yang hampir lunyai dan merupakan peta untuk ke tempat yang mahu ditujunya.

“Takpe, apa-apa pun makan dulu.” Hawa berjalan sekitar Pasar Seni mencari tempat untuk mengisi perutnya yang berlagu zapin.

“Nasib baik ada KFC, singgah jap lah.” Hawa mengomel sendirian lagi dan membuatkan manusia disekelilingnya menyangka dia sedikit fius terbakar.




“Yeh...dah kenyang. Mari kita mulakan ekspedisi mencari tempat ni balik.” Hawa begitu bersemangat meneruskan niatnya. Hawa berjalan sambil memandang sekeliling tempat yang dilaluinya. Beg yang berisi pakaian digalas ke tepi bahunya.

“Lenguhnya, rest dululah.” Hawa menapak ke arah bus stop berdekatan tanpa disedarinya didepannya terletak sebuah longkang yang sedikit besar dan dia pun menapak lebih dekat dan...yea...itu dia. Hawa telah gol.

Mata bertentang mata, Hawa terkaku dibawah manakala diatasnya seorang pemuda telah menindihnya. Apa sudah jadi?????????

Begini, waktu Hawa nak melangkah ke depan tadi, longkang kat depan tu dah tersergam indah menanti untuk ngap Hawa. Nasib baik lalu mamat berbadan leper kat situ yang telah menjadi hero dan menyelamatkan Hawa dari terjatuh ke dalam longkang.

Keadaan jadi lebih kalut sebab lelaki tu hilang pertimbangan dan tersungkur bersama Hawa. Nasib baik dia terjatuh atas Hawa kalau tak boleh semput nafas dia nak menahan berat badan Hawa yang berlebihan.

“Boleh tak awak bangun dari badan kita sekarang ni?” Hawa menyoal mamat yang telah menyelamatkan dia. Leper je badan dia atau dalam istilahnya sendiri lelaki tu sesuai memegang title cekeding. Haha. Perlahan-lahan mamat tu bangun dari atas badan Hawa. Orang disekeliling mengelakkan mereka dan ada yang buat tak peduli. Namun takde siapa pun yang sudi membantu mereka.

“Awak ok tak?” soal mamat tu.

“Kita ok, cuma kaki kita je tak oklah. Macam dah tersalah urat je...” Hawa memegang kakinya yang comel.

“Ye ke. Alamak, nak buat macam mana ni?” mamat tu mula menggelabah macam bini nak terberanak.

“Awak kena tolong saya ni. Kaki saya tak boleh bergerak. Dukung saya kat bus stop tu.” Hawa memerintah mamat yang kalut tu.

“Hah????” tercengang mamat tu mendengar permintaan Hawa.

“Awak, betul-betullah. Kang tergolek pulak saya ni. Lagi susah.” Hawa menepuk belakang badan mamat tu.

‘Kalau badan kau tu kecik dari aku takpe jugak. Ni badan macam tong gas, tapi kau lagi besar dari tong gas tu. Naik semput nafas aku nak pikul kau tau.’ Mamat tu membebel dalam hatinya.

“Awak, cepatlah. Lenguh pinggang saya ni tau. Dari tadi jalan, tak gerak pun. Gerak sikit je.”

“Sabarlah awak ni pun. Saya tengah usaha ni.” Balas mamat tu dengan sedaya upaya mempercepatkan lagi langkahnya.

“Boleh tak awak duduk diam. Jangan goyang-goyang, kang kita jatuh sekali lagi baru tahu.” Mamat tu mendengus geram.

“Awak, hati-hati. Ada kul....” jatuh lagi. Sakit punggung mereka terhempas bersama sebelum sembat landing betul-betul.

“Adoi.” Mereka mengaduh serentak.

“Awak ni, tak nampak ke depan tu ada kulit pisang?”

“Kenapa awak tak cakap. Sakit bontot aku.” Mamat tu membebel sambil mengerutkan dahinya menahan sakit.

“Kita dah cakap tadi. Awak tu je laju jalannya.” Pantas Hawa membela diri.

“Mana ada. Bila masa awak cakap. Tengok apa dah jadi sekarang. Kaki saya pulak dah terpeleot sekarang ni tau.”

“Hah...awak biar betul. Habis siapa nak tolong kita sekarang ni?” Hawa membeliakkan biji matanya.

“Hah...kalau awak pandai sangat. Awak pikirlah nak buat apa sekarang ni?” balas mamat tu.

“Tolong.......tolong.....!!!!!!!” Hawa menjerit meminta pertolongan sekuat hatinya.

“Kenapa...kenapa...?” datang mamat bangla ke arah mereka berdua. Mana manusia Malaysia ni? Takde sorang pun ke datang nak tolong?

“Kaki saya...sakit...” Hawa menitiskan air matanya selaju mungkin.

“Kaki awak ada sakit ka? Marilah, abang hensem ni tolong adik manis.” Lelaki bangla tu menawarkan diri untuk membantu Hawa. 1...2....3....umphhhh....tak boleh. 1...2....3....tak jalan jugak.

“Kejap a’aa adik manis. Abang mau mintak tolong sama kawan-kawan abang.” Bangla tu menuju ke arah sekelompak kaumnya jugak. Kemudian dia kembali bersama gengnya seramai lima orang.

“Sudah sedia ka adik?” soalnya. Hawa menganggukkan kepalanya.

“Kejap...kawan saya. Tolong bawak kami kat tempat orang boleh mengurut.”

“Apa itu...mengurut? Itu, joget-joget ka?” soalnya.

“Bukanlah. Picit-picit kaki ini macam.” Hawa membuat demo pada kakinya.

“Itu macam ka? Ada paham. Marilah, kami hantar adik manis dengan kawan adik manis ke sana.” Mereka berempat cuba mengangkat Hawa manakala seorang darinya membawa mamat leper tadi.



“Terima kasih ye bai.” Ucap mereka serentak.

“Takda apa. Kita kena saling bantu membantu. Kami pergi dulu ya...” balas mamat-mamat bangla tu semua.

“Baik betul hati dorang tadikan?” Hawa tersenyum mengingatkan peristiwa tadi.

“Betul tu, orang-orang kita sendiri pun sekarang ni susah nak tolong padahal kita sama-sama rakyat Malaysia.” Balas mamat tadi.

“Lupa pulak, kita Hawa Zulaikha.” Hawa memperkenalkan dirinya sendiri.

“Aku, Adam Syafik.” Balas Adam.

“Terima kasih ek tolong aku memula tadi. Sorry, menyusahkan kau jugak tadi.” Hawa tersengih-sengih sambil memandang ke arah Adam yang terkebil-kebil menahan sakit diurut kakinya.

“Takpe, perkara kecik je tu.” Balas Adam sambil menyeringai kesakitan.

“Bang, perlahan sikit. Kang tercabut lak urat saya tu.” Pinta Adam pada abang yang mengurut kakinya.



“Amacam sekarang? Kaki aku dah elok sikit ni.” Soal Adam sambil memandang ke arah Hawa.

“Kita nak pergi cari tempat ni. Sampai sekarang tak jumpa lagi. Awak boleh bantu kita tak carikan tempat ni tak? Please.....” Hawa menghulurkan sehelai kertas yang hampir lunyai tadi pada Adam.

“Apa ni? Sampah ke?” selamba Adam membaling kertas lunyai tadi ke atas jalan.
“Suka hati je campak. Ni peta impian kita tau.” Hawa mengutip kertas tadi.

“Sorry, ingat kau bagi sampah kat aku tadi.”

“Dahlah, kalau kau tak nak tolong takpelah.” Hawa sedikit terasa dengan perangai adam.

“Aku tolong kau. Tapi dengan syarat....”

“Apa syaratnya?” bersinar-sinar mata Hawa memandang mata Adam.

“Kita pergi cari tempat ni esok jelah. Aku dah penat nak pengsan ni. Kaki aku tak kuat lagi nak jalan lama-lama ni.”

“Esok ke? Kita takde tempat nak tujulah. Lagipun kita takde tempat nak bermalam.” Muka Hawa berubah menjadi muram.

“Takpe, aku boleh tolong kau. Jom...” Adam mengajak Hawa mengikutnya beredar dari situ.



“Assalammmualaikum, Laila...oooo...Laila...” jerit Adam dari luar rumah berwarna oren lembut.

“Wa’alaikumsalam...Adam...masuklah dulu.” Pelawa Laila yang sudah membuka pintu.

“Kat luar jelah. Aku lelaki, bahaya masuk rumah orang perempuan ni. Bujang pulak tu. Kang kena tangkap basah pulak.” Selamba Adam membalas sahutan Laila.

“Banyak cekadak lak kau. Kau bawak siapa ni? Masuklah...” jemput Laila sopan.

“Ni, aku perkenalkan kau dengan Hawa Zulaikha. Housemate baru kau. Kau kata hari tu nak cari housemate kan. Nilah dia. Dia sekarang ni datang dari jauh kat Kampung Belalang, Kedah, mai sini nak cari kerjalah.” Dengan lajunya Adam memperkenalkan Hawa pada Laila.

“Hah...” Laila baru nak bukak mulut tapi dipotong oleh Adam.

“Ni Laila, sepupu rapat aku. Nilah, housemate awak nanti. Masuklah. Ikut dia. Saya nak balik dulu. Laila dah halau aku ni.” Adam terus berpusing dan balik kerumahnya yang terletak selang 4 buah rumah dari rumah Laila.

“Jomlah masuk. Tak payah layan sangat kepala otak Adam tu.” Pelawa Laila sekali lagi. Hawa mengalas begnya masuk ke dalam rumah teres 2 tingkat.

“Laila, kita takde duit nak bayar sewalah. Kita datang sini pun nak cari kerja baru.” Dengan jujur Hawa berkata pada Laila.

“Takpe, awak ambik masa dulu cari kerja. Bila dah mula kerja nanti, baru awak start bayar.” Balas Laila sambil tersenyum.

“Baiknya hati awak. Kita pulak segan dengan awak.”

“Takde apa pun nak disegankan. Dah...pergilah mandi dulu. Rehat-rehatkan badan. Nanti kita siapkan bilik awak.”

“Terima kasih Laila.” Ucap Hawa.




“Mana tempat kau bawak kita ni Adam?” soal Hawa yang sudah kemengahan membawa badannya yang montel.

“Kata nak cari tempat ni. Jomlah cepat.” Balas Adam.

“Tak laratlah, wak. Berhentilah dulu...” pujuk Hawa.

“Sikit je lagi ni.” Dengan sedikit malas Hawa menuruti langkah kaki Adam yang telah jauh sedikit ke depan.

“Betul ke tempat ni?” Adam memeriksa sekali lagi kertas yang berada ditangannya.

“Awak biar betul Adam? Kita dah penat ni.” Balas Hawa yang sibuk menyeka peluhnya yang bercucuran.

“Betullah kot. Apa kata, kalau awak sendiri pergi masuk ke dalam tempat ni. Aku pula tunggu kau kat luar je.”

“Ok, done. Aku masuk dulu ek.”dengan lafas bismillah, Hawa melangkah masuk ke dalam.




“Ni, kenapa muka monyok lak ni?” soal Adam sebaik saja terpacul muka Hawa.

“Dorang kata salah tempatlah.” Hawa menarik nafas kecewa.

“Biar betul. Biar aku pulak pergi tanya.” Adam berniat merempuh masuk ke dalam dan bertanya sendiri dengan pekerja didalam.

“Dahlah tu...teman kita cari tempat lain je.” Balas Hawa dan diheret lengan Adam mengikuti langkahnya.

“Apa sebenarnya ni? Aku rasa betul tempat yang kau nak pergi ni.”luah Adam dengan rasa tak puas hatinya.

“Memang betul pun. Cuma, kita je tak betul.”

“Asal lak kau cakap macam tu?” soal Adam.

“Fizikal kita ni tak betul. Kita terlupa yang kita ni tak kurus macam dulu.” Balas Hawa dengan rasa sedih beraja dihati.

“Tempat apa sebenarnya yang kau nak pergi sangat ni?”

“Agensi modellah. Mana lagi?” balas Hawa.

“Lor....patutlah pun..” Adam tergelak kecik.

“Asal awak gelak ni?”

“Takde apa. Dah, cheer up. Jom pergi cari kerja kat tempat lain pulak.” Ajak Adam dan ianya berjaya membuatkan Hawa tersenyum kembali.

“Kenapa awak boleh sampai ke sini? Maksud aku, camner awak boleh mintak kerja kat situ sedangkan awak tahu yang awak tak layak kerja kat situ.” Soalnya selamba tanpa memikirkan perasaan Hawa.

“Dah dorang panggil kita datang, kita datanglah. Dulu kita kurus, tapi lepas demam panas kita punya badan naik mendadak sampai macamni. Apa nak buat. Nasib....”

“Takpelah. Macam aku ni pun. Mula-mula susah jugak orang nak ambik kerja sebab aku kurus sangat. Nasib baik rezeki aku ada. Jadi mekanik je pun.” Tutur Adam sambil mengunyah gula-gula getah.



Akhirnya setelah puas meronda satu kawasan Keramat, Hawa pun diterima kerja kat sebuah kedai buku. Bolehlah tu, jadi seorang pembantu kedai buku. Gah gak kerjanya walaupun gaji tak seberapa. Janji halal beb...

“Laila, ada orang offer kita jadi model doranglah. Kita tak tahu nak terima ke tak.” Hawa menyuarakan persoalan yang menyenakkan otaknya yang sedia senak.

“Model apa tu?” soal Laila yang tengah sibuk memotong kuku kakinya.

“Model untuk pakej pelansingan badan. Kira nak buat kita jadi demo doranglah ni.”

“Awak biar betul? Boleh percaya ke benda tu semua?”

“Entahlah wak. Kita pun susah nak percaya, tapi dorang punya produk tu macam krim-krim jelah.”

“Awak nak terima ke?”

“Entahlah. Awak rasa?”

“Ikut awaklah. Diri awak. Ikut kata hati awak. Tapi tak salah kalau awak cuba, mana tahu menjadi ke nanti.” Laila cuba menyucuk Hawa yang dalam dilema.

“Betul jugak tu. Tapi kita kenalah amik cuti atau berhenti sebab kita akan bekerja dengan dorang selama 3 bulan. Pastu, dorang akan sediakan penginapan semua. Terpaksalah kita tinggalkan awak dulu.”

“Takpe, rezeki jangan ditolak. Lagipun, awakkan dah laama impi nak jadi model.
Inilah masanya. Siap ada sponser lagi tu.”

“Thanks, bagi sokongan.” Ucap Hawa.




3 bulan lepas tu...

“Assalammualaikum.....Laila...Laila...” seorang gadis manis dan ramping memberi salam.

“Wa’alaikumsalam...sekejap ye.” Terjengul muka Laila dimuka pintu.

“Laila, kenapa pandang kita macam tu? Tak percaya ke?” soal gadis manis.

“Hawa ke...?” soalnya meminta kepastian.

“Yup...kitalah, Hawa. Ingat pun kat kita.”

“Mestilah ingat...wahhh....sudah cantik sekarang cik Hawa kita ni.” Laila bersalama dengan Hawa dan mereka berpelukan.

“Rindu dekat awak tau Laila. 3 bulan terseksa dan hasilnya...” Hawa memperagakan bentuk badannya.

“Sukalah tu. Dah cantik balik macam dulu. So apa awak buat sekarang?” soal Laila sambil mereka berdua menuju masuk ke dalam rumah.

“Impian kita dah tercapai. Sekarang kita jadi Duta untuk produk pelansingan badan dan model pakaianlah.” Balas Hawa.

“Ooooo...”

“Adam sihat?” terpacul soalan keluar dari mulut Hawa yang comel.

“Adam rindukan awak. Dia kecewa tak dapat jumpa awak sebelum awak pergi dulu.”

“Ye ke? Kesian Adam..takpe, esok kita pergi jenguk dia. Dia kerja kat bengkel yang sama lagi ke?” Laila menggelengkan kepala.

“Sekarang ni, Adam dah tak kerja kat bengkel tu lagi. Dia dapat tawaran kerja kat Wisma Nilam sebagai Kerani.”

“Oklah tu. Takdelah teruk sangat kerja dia sekarang. Boleh tak awak bagi alamat tempat Adam kerja?”

“Awak nak buat apa?”

“Kita nak buat big suprise untuk dia. Awak jangan bagitahu dia pulak.”

“Ok.” Balas Laila.



“Assalammualaikum, boleh saya jumpa encik Adam Shafik?” soal Hawa pada seorang mamat yang berbadan gempal, kebetulan dia lalu. Belasah jelah tanya.

“Ya, saya Adam. Ada apa nak jumpa saya?” Hawa yang tidak berpuas hati dengan mamat didepannya memandang mamat tu dari atas ke bawah, bawah ke atas.

“Kenapa awak pandang saya macam tu? Ada yang tak kena ke?”

“Takdelah. Ok jer. Tapi, boleh tak awak jangan main-main? Kita nak jumpa Adam ni.”

“Betullah, takkan saya nak main-main pulak. Sayalah orang bernama Adam yang awak cari.” Balas mamat tu lagi.

“Ok. Kalau macam tu. Cuba awak teka siapa saya?”

“Sorrylah, saya tak daftar nak masuk peraduan teka-teki ni.”

“Adam, nantilah dulu...awak tak ingat kat kita lagi ke? Kitalah ni, Hawa..” ujar Hawa dengan nada gembira.

“Awak, Hawa?” soalnya seakan tak percaya melihat penampilan gadis didepannya sekarang ni.



“Adam..kenapa badan awak boleh naik macam ni?” soal Hawa selamba.

“Semuanya disebabkan kaulah, sampai aku boleh jadi macamni.” Balasnya balik.

“Awak rindu kat kita ek?” balas Hawa.

“Lebih kuranglah.” Tapi memang betul dia rindukan Hawa walaupun perkenalan mereka singkat namun cukup membuai perasaan cinta pada Hawa. Cuma dia malu untuk mengaku perasaannya itu.

Kebetulannya pulak hari yang Hawa pergi, Adam tiada kerana dia perlu ke Johor mengikut bosnya. Sudahnya dia tergadah mendengar Laila menyampaikan salam maaf kerana tidak sempat berjumpa dengannya. Adam terlalu kecewa dan tak dapat kontrol nafsu makannya bagi mengubati hati yang lara. Lalu dia jadi bulat seperti belon.

“Adam, kita kahwin.” Hawa dengan muka takde perasaan dia mengajak Adam berkahwin dengannya. Adam tersentak.

“Hawa...kau jangan nak buat lawak April Fool pulak sekarang ni.”

“Mana ada. Saya bersungguh ni nak ajak awak kahwin.”

“Nantilah saya fikirkan. Rasanya terlalu cepat dan singkat perkenalan kita untuk sampai ke tahap perkahwinan.” Mereka berdua terdiam sepi.




“Hawa...Selamat pengantin baru. Selamat jugak awak kahwin akhirnya. Tak sangka pulak tu, dalam masa 5 bulan je dah kahwin.” Ucap Laila pada Hawa yang kelihatan jelita mengenakan persalinan warna gold.

“Terima kasih...awak bila lagi?” soal Hawa pada Laili.

“Tak lama je lagi kot kalau ada yang sudi.”

“Rancaknya sembang. Sampai tak sedar abang masuk ni.” Kelihatan sesusuk tubuh sasa seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik pengantin.

“Eh..kau buat apa dalam ni? Tang mana kau boleh termuncul bahagian ni?” soal Laila terpinga-pinga.

“Belum lagi ek. Alamak, nampak sangat tak sabar.” Lalu pengantin lelaki terjun keluar dari tingkap bilik.

“Bahaya betullah mamat senget ni. Dahlah jap lagi nak bersanding.” Laila separuh terkejut mengeluh melihatkan aksi pengantin lelaki yang selamba melompat keluar dari tingkap. Nasib baik rumah Hawa ni tak tinggi mana. Dari mana datangnya dia entah. Rasanya rombongan pengantin lelaki tak sampai lagi.

“Eh..korang buat apa lagi tu? Pengantin lelaki dah sampai tu.” Mak andam masuk ke dalam dan memberi peringatan pada pihak pengantin yang masih terkejut dengan kejadian tadi.

“Bila masa dorang sampai? Tak dengar bunyi kompang pun.”

“Dah...dah..siap sedia pengantin perempuan. Senyum ok.” Hawa berdiri dan membetulkan kedudukan veil serta bajunya. Laila turut membantu membetulkan mana yang patut.

“Tu...kenapa pulak kecoh-kecoh tu. Pengantinnya tak sampai lagi nak jalan sama-sama.” Mak andam kalut dok teropong rombongan pengantin lelaki yang kelihatan kecoh di sana. Keadaan jadi normal sekejap, tapi dikejutkan semula dengan letusan tawa para tetamu dan rombongan melihatkan pengantin lelakinya yang berjalan dengan muka masam. Mana taknya, pengantin lelaki terpaksa berselipar jepun sebabnya terpijak taik kucing sebaik saja melangkah setapak ke depan.

“Senyumlah bang....kitakan raja sehari hari ni. Nanti apa pulak kata orang. Biarkan je dorang tu.”Hawa menenangkan suaminya yang sudah berubah air mukanya, muka macam siput sedut nak menangis campur senyum pada tetamu yang hadir.

Tak pernah-pernah dalam sejarah. Pengantin lelaki terpaksa memakai selipar jepun ketika bersanding. Sedihnya muka pengantin lelaki waktu bersanding.



“Laila, mana anak awak?”

“Ni hah...malu nak jumpa koranglah. Mengada-ngada pulak dia.” Laila menarik anak lelakinya yang berumur 3 tahun dibelakangnya.

“Murni, meh sini kawan dengan Aidin ni.” Terkedek-kedek Murni berlari ke arah Aidin dan mengheretnya untuk bermain bersamanya.

“Adam, sihatnya kau sekarang. Sama naik je korang ni. Bahagia betullah aku tengok korang ni.” Ujar Laila pada mereka berdua, Adam dan Hawa.

“Tengoklah, bini pandai jaga perut dan hati aku. Jangankan engkau tu. Tengok laki kau tu, leper cam papan lapis.” Tercetus gelak Adam yang kuat menyakat suami Laila.

“Kau tu macam tu juga dulu. Tak sedar diri je. Nasib baik ada Hawa, bagi tempoh kau kurus balik. Tu pun kejap je. Hawa ni takpelah naik badan, dia mengandung lagi. Tapi perut kau lagi besar dari perut si Hawa yang mengandung 5 bulan ni.” Laila membalas semula usikan Adam. Adam termalu dan terdiam terus. Rasa macam nak menyorok dalam baju pun ada. Kalaulah aku kura-kura, bergema suara hati Adam.
6
Komen

Pengantin Berdarah

“Mana dia ni? Aku dah lapar ni.” Aina bercakap dengan sendirian. Matanya melilau memandang sekeliling bilik yang dihiasi indah dengan kamar yang cantik berwarna biru lembut. Sedari tadi perutnya tidak berisi apa-apa makanan, perutnya berkeroncong meminta diisi makanan.

‘Lama lagi ke dia ni? Ngantuklah pula.' dia menguap sambil menutup mulutnya dengan tangannya yang comel. Akhirnya dia terlelap menunggu kepulangan suami tercinta.

“Aina, bangun sayang. Abang dah balik ni.” Aidil mengejut isterinya. Terpisat-pisat Aina bangun dari tidurnya sambil tersenyum kea rah suaminya.

“Sorry, abang lambat balik. Bos abang ni tiba-tiba je suruh abang buat kerja tambahan. Padahal dah tahu yang kita baru lepas kahwin. Tak puas nak bermanja dengan isteri abang yang cantik ni.” Pujinya pada Aina sambil mencuit manis dagu isterinya. Tak disangka oleh Aidil, baru berkahwin selama empat hari, bosnya mintak dia tolong membuat kerja padahal sedari awal lagi dia meminta cuti selama dua minggu.

“Takpelah bang. Kerja pentinglah tu. Kalau tak bos abang tak mintak abang tolong dia. Abang….jom kita pergi makan. Aina tak makan lagi ni, laparlah.” Ujar Aina sambil mengusap perutnya menandakan dia lapar.

“Ok, jomlah. Abang pun dah lapar ni.” Aidil bangun dan memimpin tangan Aina dengan penuh kasih sayang.

“Wah…banyaknya isteri abang masak. Berselera abang tengok masakan Aina ni.” Dicubit sedikit isi ayam masak merah lalu dimasukkan kedalam mulutnya. Mujur isterinya sudah siap sedia menghidangkan makanan untuk mereka makan bersama.

“Duduklah dulu bang. Aina ambil air basuh tangan dengan air minum sekali kejap.” Aidil terus menarik kerusi dan duduk. Aina muncul semula dari dapur dengan jag berisi air oren dan mangkuk berisi air. Aidil menyambut mangkuk berisi air dari Aina dan membasuh tangannya. Mereka menikmati makan malam bersama. Aidil kelihatan begitu berselera sekali menikmati masakan isterinya.




“Abang, Aina ingat nak kerjalah bang. Bosan duduk sorang kat rumah ni. Boleh tak bang Aina kerja?” soal Aina yang menyandarkan kepalanya pada bahu suaminya.

“Tak payahlah kerja sayang. Nanti kalau Aina kerja siapa nak sambut abang balik dari kerja. “ balas suaminya sekaligus mematikan niatnya untuk berkerja. Benar juga kata suaminya, kalau dia kerja, tanggungjawab sebagai seorang isteri akan terabai serba sedikit. Terselit perasaan takut dalam diri Aina mana tahu kalau-kalau suaminya akan berkecil hati kalau dia terabaikan tanggungjawabnya.

Lagipun kerja suaminya sebagai seorang arkitek sudah cukup untuk menanggung mereka berdua malah berlebihan sedikit. Tidak mengapalah kalau dia turutkan permintaan suaminya agar dia tidak berkerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa saja sudah cukup.

“Ok, Aina ikut cakap abang. Cuma Aina rasa sunyilah bang, duduk sorang kat rumah besar macam ni. Nak-nak lagi kalau abang balik lambat. Dahlah rumah kita jauh kedudukannya dari rumah lain.”

“Sunyi ke? Takpe, kalau macam tu. Abang upah orang gaji untuk temankan Aina, ok?”

“Takyah membazirlah bang, nak upah orang gaji pula. Lagipun semua kerja ni, Aina boleh buat sendiri.” Tegas Aina sambil memandang tajam suaminya.

“Lah.....Aina juga kata tadi. Aina sunyi sendirian. So, abang nak upah orang untuk teman Aina. Setuju?”

“Ikut suka hati abanglah. Cuma yang pentingnya, abang janga upah perempuan muda pula.” Aina meletakkan syarat pada Aidil.

“Kenapa pula?"

“Tak boleh. Nanti abang menggatal dengan dia pula. Takpun dia yang menggatal dengan abang pula.” Jelas Aina dengan nada yang penuh kecemburuan.

“Yelah, sayang. Tak jadilah kita upah orang gaji. Banyak cekadak lakisteri abang sorang ni.” Tutur Aidil separuh bergurau.

“Abang ni.....ngada je tau. Selamba je kutuk Aina depan-depan.”

“Dari kutuk belakang, baik kutuk depan-depan.” Tercetus tawa Aidil sedikit. Aina spontan mencubit geram lengan suaminya.

“Esok, abang maybe kena balik lambat kot. Kerja masa cuti tu banyak tertangguh, semuanya mengharap pada hasil kerja abang. Susah betul.”

“Ala.....balik lambat ke bang? Takutlah tinggal sorang malam-malam. Abang jangan balik lambat sangat tau.” Aina memperingatkan Aidil.

“Ok, abang cuba tak balik lambat sangat.”



“Assaalammualaikum, abang.” Terdengar halus dari corong telifon suara Aina memberi salam pada Aidil.

“Waalaikumsalam. Kenapa ni sayang?” soal Aidil.

“Takde apa. Cuma sunyi je duduk sorang kat rumah. Bosanlah.” Ujar Aina lirih.

“Takpe. Nanti dah siap kerja ni. Abang baliklah. Kalau tu, Aina masuk tidur dulu.”
“Banyak lagi ke kerja abang kena buat?”

“Adalah sikit lagi. Takpe, Aina tidur dulu, tak payah tunggu abang. Takut balik lambat je ni.”

“Yelah bang. Apa pun Aina cuba tunggu abang balik.”

“Ok. Abang nak sambung buat kerja ni. Bye, sayang. Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Aina mengeluh kecil, bosan sendirian dirumah. Banglo dua tingkat yang diduduki oleh mereka terasa begitu sunyi dan seram ketika ini. Masakan tidak seram, banglo ini tersorok sedikit dari pandangan orang dan dikelilingi oleh pokok-pokok yang tinggi dan besar.

Aina bersandar pada katil dan meneruskan bacaan novelnya yang terputus sebentar tadi. Hobinya yang suka membaca novel tidak pernah lenggang . Masa lapangnya diisi dengan mebaca novel atau melayari internet sepanjang hari.

Aina mengerling ke arah jam yang tergantung pada dinding, dah pukul 11.30 malam tapi Aidil masih tak balik lagi. Matanya semakin lama, semakin berat dirasakan. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menamatkan bacaannya dan berniat untuk masuk tidur. Perlahan dengan rasa yang agak malas sedikit bercampur mengantuk, dia bangun menuju ke tandas.

Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam tandas, tiba-tiba terasa angin menampar mukanya. Terhenti seketika langkahnya, perasaan takut menguasai seketika hatinya namun diusir perasaan takut itu. Aina mencapai berus gigi disinki lalu dipicit ubat gigi sekata dengan berus gigi. Aina memberus giginya dengan segera kerana dia terasa seperti ada seseorang memerhati pergerakannya di cermin. Segera dia berkumur dengan selaju yang mungkin.

Ketika kepalanya didongakkan ke atas, terasa seperti ada satu kelibat lalu dibelakangnya. Segera dia berpusing ke belakang, tiada apa pun yang ada. Dia memusingkan kembali badannya dan membasuh tangannya. Sesudah selesai basuh tangan, Aina kembali ke atas katilnya. Tanpa disedarinya, kelibat yang lalu sebentar tadi, kini merenung tajam ke arah Aina.

Kelibat itu, kelihatan menggerunkan dengan gaun pengantin yang dipakainya disimbahi penuh darah memercik, rambutnya mengerbang dan mukanya yang hampir reput menyeringai pada Aina yang sudah pun lena diulit mimpi. Perlahan-lahan, kelibat itu hilang dari pandangan.




“Abang, bangun bang.” Aina mengejut suaminya yang masih lena.

“Bangun solat subuh dulu bang.” Ujar Aina lembut. Aidil bangun dengan keadaan masih sedikit mamai.

“Aina dah solat belum?” sempat Aidil menyoalnya.

“Belum lagi, kita solat sama-samalah bang.” Balas Aina sambil membentangkan sejadah di lantai. Aidil keluar semula ke biliknya setelah selesai mengambil wudhuk, dia mengimamkan solat subuh. Usai solat subuh tadi, Aidil menyambung kembali tidunya. Pulangnya lewat tidak disedari Aina yang nyenyak ketika itu.



Aidil menuruni anak tangga dengan hati-hati. Kelihatan aina tengah sibuk menghidangkan sarapan pagi mereka. Aidil menarik kerusi lalu duduk menghadap makanan yang hampir siap dihidangkan. Aina muncul dengan semangkuk besar berisi nasi goreng ikan bilis. Sempat dihadiahkan senyuman manja pada suaminya sebelum duduk disebelah suaminya.

“Makan bang, Aina masak nasi goreng kesukaan abang.” Dengan pantas tangan Aina menyenduk nasi ke dalam pinggan Aidil.

“Terima kasih, sayang. Sedap ni, bau dia je dah menggoda abang.”

“Ada-ada je abang ni. Hari ni abang balik lambat lagi ke?” soal Aina.

“Tak tahu lagi. Bergantung pada kerja yang masih ada. Kenapa?”

“Takde apa. Cuma, Aina sunyilah duduk sorang malam-malam.” Teragak-agak Aina hendak memberitahu suaminya tentang semalam, khuatir jika suaminya tidak percaya dengan kata-katanya.

“Abang cuba balik awal ok.” Ujar Aidil dan kemudian meneruskan suapan ke dalam mulutnya.



Malam itu.....

"Helo, assalammualaikum sayang."

"Waalaikumsalam abang. Kenapa telifon Aina masa ni? Abang nak balik dah ke?"

"Sebenarnya macamni. Abang tak balik malam ni. Kerja abang kena settlekan hari ni juga. Esok pagi dah kena submit. Abang mintak maaflah Tak dapat balik malam ni." Ujar Aidil dengan penuh keal. Hajat dihati ingin balik kerumah tidak kesampaian memandangkan kerjanya perlu disiapkan segera sebelum pagi esok.

"Takpelah kalau macam tu. Tapi boleh tak kalau abang suruh siapa-siapa teman Aina malam ni? Aina rasa tak sedap hatilah malam ni bang." Ujar Aina.

"Ok. Nanti abang suruh Melati temankan Aina malam ni. Mintak-mintaklah dia mahu."

"Harap-harap macam tulah bang." Balas Aina penuh harapan didada agar Melati sudi menemani dirinya malam itu.


Tok! Tok! Tok!

Kedengaran bunyi pintu diketuk bertalu-talu dari luar. Kebetulan Aina yang berada didapur ketika itu terdengar bunyi pintu diketuk dengan nada yang keras. Terkocoh-kocoh dia berlari hendak membuka pintu rumahnya.

"Aik, takde orang pun. Perasaan aku je ke?" Aina mencari-cari kelibat orang yang mengetuk pintu rumahnya. Setelah yakin tiada orang yang dicari, segera tangannya menutup pintu rumah dan berlalu semula ke dapur.

'Sunyinya malam ni. Abang tak balik. Si Ati ni pun tak sampai-sampai lagi. Orang telifon banyak kali tak pula berangkat.' Desis Aina sendirian sambil tangannya rancak menggoreng keropok. Sedap pula malam-malam makan keropok cicah pula dengan sos yang diberi oleh mak mertuanya dari Kelantan.

Aina menyanyi-nyanyi kecil mengikut irama lagu yang diputarkan dari tv di ruang tamu. Sengaja suara tv dikuatkan bagi mengelakkan rasa sunyi yang bersarang dalam hati ketika ini. Siap goreng, Aina mematikan dapur gas dan memasukkan keropok ke dalam pinggan.

Sedang dia sibuk membawa makanan ke ruang tamu, muncul satu lembaga perempuan dengan gaun pengantinnya. Berjalan perlahan sambil mukanya menghadap ke depan. Aina muncul semula ke dapur mengambil gelas yang berisi air suam, tiba-tiba terdengar seperti bunyi cakaran di tingkap dapurnya. Segera dia berpaling ke arah tingkap tersebut. Hampir gugur jantungnya melihatkan tangan kecil seekor kucing yang mencakar –cakar tingkapnya.

'Ingatkan bunyi apa tadi. Buat tekejut aku je. Kus semangat aku.' Gumam hati Aina.



Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk, Aina yang sedang enak mengunyah keropok berasa terkejut. Keropok ditangannya melayang menghempas ke lantai. Jantungnya berdegup dengan kencang seperti orang lepas berlari 400 meter. Dia bangun dan berjalan ke arah pintu. Dibuka perlahan pintu, diintai sedikit demi sedikit melihat gerangan siapakah yang mengetuk pintu rumahnya. Manalah tau Melati ke.

'Pelik. Takde siapa, masuk ni dah dua kali.' Spontan bulu romanya meremang. Pintu dihempas kuat dan dia berlari duduk di sofa dan terkaku memandang kosong tv dihadapannya.

Tok! Tok! Tok! Diam.

Tok! Tok! Tok! Diam lagi.

Tok! Tok! Tok! Bunyi pintu diketuk semakin lama semakin kuat dan deras sekali. Hampir roboh pintu dikerjakannya. Aina banun dengan perlahan-lahan menuju ke pintu, hatinya sedikit cuak dengan siyuasi yang menghantuinya sebentar tadi. Namun dikuatkan semangatnya.

Tangannya terketar-ketar hendak memulas tombol pintu. Perlahan disuakan muka sedikit ke luar. Tak nampak apa pun. Dibuka lagi sedikit. Tak nampak. Sedikit demi sedikit pintu ditarik dari dalam. Entah dari mana datang angin menampar mukanya. Terpejam sebentar matanya, sebaik matanya dibuka semula segera dia menghempas pintu.
Aina berpaling ke depan hendak menuju ke sofa kembali dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat seorang. Bergegar rumahnya dengan jeritan yang nyaring keluar dari mulutnya.

"Kak Aina, apa jerit-jerit ni? Perit telinga orang dengar akak jerit tau." Selamba Melati menempelak Aina yang terkejut campur terkaku kini melihat Melati yang tiba-tiba berada didepannya kini. Setelah kembali stabil, Aina mengusap jantungnya. Terasa mahu tercabut jantungnya saat ini.

"Ati....kenapa buat akak terkejut macamni? Sakit jantung akak tau." Ujar Aina perlahan.

"Sorry, tadi Ati ketuk pintu kuat banyak kali, tak buka pun. Nak patah tangan ati ni ketuk pintu rumah akak." Adu Melati sambil mengusap tangannya.

"Ye ke. Akak tak perasanlah. Sorry..." tutur Aina.

"Takpelah. Jom lepak dulu. Dah lama tak sembang dengan akak. Maklumlah, Ati ni bukan selalu senang macam sekarang ni. Mehlah kita duduk sini." Dicapai tangan Aina dan diheret Aina ke sofa.

"Duduklah dulu. Akak ambil air kejap."

"Takpe...takpe...Ati dah dah minum dan makan sebelum ke sini tadi. Lepas je Abang Aidil telifon, terus je Ati kemari." Terang Melati dengan bersungguh hati.

"Kalau macam tu takpelah. Tapi kalau nak makan atau minum cakap jelah. Akak boleh sediakan makanan untuk Ati.”

"Ok. Takpe, takyah kalut-kalut. Ati kenyang lai ni. Kang kalau Ati terasa nak makan atau minum, Ati mintaklah kat akak. Akak macam mana sekarang? Maklumlah orang lepas kahwin." Melati cuba mengusik Aina. Aina tersipu-sipu malu dengan usikn Melati. Mereka bersembang seperti tiada hari esok bagi mereka berdua. Jam dinding telah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Agak lama juga mereka bersembang dari tadi lagi.

"Akak, Ati rasa laparlah. Nak makan boleh?" pinta Melati dengan muka kesian.

"Apa pula tak boleh. Kejap, akak panaskan lauk dengan nasi. Ati bolehlah makan. Akak kenyang lagi ni. Maklumlah perut sempit." Ujar Aina.

"Takyah panaskan lauk ke nasi ke. Bagi je Ati makan. Lapar sangat ni kak. Ngada-ngada pula perut ni." Kata Melati sambil memukul kecil perutnya yang kempis.

"Ok, kalau macam tu tunggu kejap. Akak pergi sediakan."



"Nah Ati. Makan ni, habiskan tau. Khas untuk Ati." Aina menghulurkan pinggan berisi nasi dan lauk. Melati menyambut huluran Aina. Kecur liurnya melihat masakan Aina.

"Makanlah Ati. Jangan tengok je." Pelawa Aina sekali lagi. Melati mendekatkan pinggan pada hidungnya, dihirup bau makanan. Tanpa menunggu lebih lama lagi, Melati dengan lahapnya memakan nasi didepannya. Aina hairan melihat perangai sepupu Aidil itu. Macam orang tak jumpa makanan 10 tahun. Habis comot mulut Melati, tangannya pula penuh dengan nasi melekat. Aina pura-pura memandang tv. Suasana sepi sebentar.

"Tak cukuplah. Nak lagi." Melati menyeringai pada Aina, disuakan pinggan pada Aina.

“Cukup tak?” soal Aina sekembalinya dari dapur.

“Cukup kot.” Balas Melati.

“Tak cukup, ada lagi kat dapur tu. Akak masak lebih sikit hari ni sebab dah tahu Ati nak datang hari ni.” Ujar Aina sambil meneruskan pandangan mata menghadap tv.

“Akak tak cukuplah. Nak lagi.” Pinta Melati sekali lagi. Aina kehairanan, dalam hatinya berfikir setahunya Melati ni tak kuat makan orangnya. Kenapa malam ni dia makan banyak pula. Dibiarkan persoalan itu berlegar dalam mindanya.

“Sedapnya, kak.” Puji Melati sambil meneruskan suapan nasi ke dalam mulutnya yang penuh dengan nasi.

“Kalau sedap makanlah.” Aina sedikit geli melihat keadaan Melati yang begitu lahap sekali ketika itu. Usai makan, Melati sedawa dengan begitu kuat, kenyang sangat barangkali.

“Kenyang dah ke Ati?” soal Aina melihatkan Ati yang sedikit menggeliat.

“Kenyang sikit, lapar lagi sikit.” Tutur Atie selamba. Aina terkejut mendengar jawapan Melati, takkan lapar lagi. Habis satu periuk dibedalnya begitu juga lauknya licin habis.

“Takpe, biar akak bawa buah, dapat kita cuci mulut.” Aina ke dapur dan muncul semula dengan buah epal berserta pisau dan piring kecil.

Melati kelihatan senyap selepas makan tadi, jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Namun kedua-dua mereka masih segar terbuka luas, tiada tanda-tanda mengantuk pun. Aina ralit memotong kulit epal tanpa disedari dia terhiris sedikit jari manisnya dan mengakibatkan darah keluar. Aina tersentak dan spontan melepaskan epal dari pegangan tangannya.

“Aduh...” Aina mengaduh, Melati yang berada disebelah segera mencapai tangan Aina dan menghisap jari manis Aina yang mengalir darah. Begitu lahap sekali dia menghisap, Aina yang terkejut dengan tindakan spontan Melati menolak kuat tubuh Melati kebelakang.

“Kenapa tolak Ati? Sakitlah.” Membara rasa marah dalam mata Melati. Tajam sekali dia merenung wajah Aina yang sedikit kaget.

“Sorry, akak tak sengaja.” Aina memohon maaf. Aina berjalan mengambil peti kecemasan ,dia mencapai ubat gamat dan disapu rata ke jari manisnya.

“Akak, sorry, Ati tak patut marah akak tadi.”

“Takpe, akak tak kisah.” Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa hatinya dilanda perasaan terkejut dan takut ketika ini.

“Kak Aina, selesa tak tinggal kat banglo ni?” soal Melati tiba-tiba.

“Selesa je. Kenapa tanya?”

“Takdelah, saja je. Akak tak pernah alami apa-apa ke setakat ni?”

“Apa maksud Ati?”

“Kejadian peliklah. Adatlah kalau kita pindah masuk rumah baru. Penunggu mesti ada.” Celupar sekali Melati melafazkan kata-kata.

“Ati ni. Ada pula tanya macam tu pagi-pagi macamni. Seram tahu.” Balas Aina dengan rasa tak selesa dalam hati.

“Takdelah kak, dulu Ati pernah terdengar kat banglo ni ada orang mati.” Nafas Aina terasa seakan terhenti mendengar kata-kata Melati.

“Dengar ceritanya perempuan Inggeris yang baru lepas kahwin mati kena bunuh, tapi mayat dia tak jumpa sampai sekarang. Orang dekat sini cakap, kadang-kadang bila malam menjelma, akan nampak satu lembaga perempuan bergaun pengantin dan darah yang melekat pada bajunya berlegar disekeliling banglo ni. Pernah ada seorang lelaki dijumpai mati oleh orang yang lalu disini, keadaan dia mengerikan sekali keadaannya. Kepalanya kebelakang, mata terbelalak keluar, mulut berbuih dan badan dia berlubang dibahagian hati. Cuma yang peliknya darah mayat tu kering macam kena hisap dengan hantu.” Melati bercerita dengan bersungguh pada Aina yang dah pucat lesi mendengar ceritanya.

“Ati, stoplah. Akak taknak dengar lagi cerita tu. Seramlah. Dah...dah..” Aina menolak untuk mendengar cerita lebih lanjut dari Melati.

“Takut ke kak?” selamba Melati menyoalnya lagi saat ini.

“Takutlah, dahlah. Jom masuk tidur.” Aina menarik tangan Melati mengikut dia naik kebiliknya yang terletak dibahagian atas.

‘Alamak, barang tak kemas lagi tadi, takpelah esok je aku kemas.’ Bisik hati Aina.

“Wau...cantiknya bilik akak. Macam nak sambut malam pertama pula.” Melati berjalan keliling bilik. Teruja melihat bilik yang masih terhias indah umpama menyambut pengantin.

“Ati baringlah dulu. Akak nak masuk tandas jap.” Aina melangkah ke tandas. Seperti selalu dia akan memberus gigi sebelum masuk tidur. Sewaktu dia sedang ralit memberus gigi, terasa seperti ada seseorang memerhatikan dirinya ketika itu. Namun dia tetap meneruskan niatnya. Siap berkumur dan membilas tangannya, dia melihat mukanya kali terakhir sebelum keluar dan alangkah terkejutnya dia apabila terlihat sesusuk lembaga yang menyeringai ke arahnya dicermin yang tergantung depannya.

Dia memalingkan mukanya kebelakang, kali ini berserta jeritan nyaring terpacul dari mulutnya. Terkejut melihat Melati yang terpaku kaku depannya sambil menyeringai ngeri.

“Ya Allah...Ati kenapa tak ketuk pintu dulu. Terkejut akak tau.” Aina mengurut dadanya.

“Takpelah, akak keluar dulu. Gunalah tandas ni.” Aina terhenti sekali lagi, pelik melihat pintu tandasnya. Bukan ke tadi dia kunci pintu lepas masuk sini. Tapi macam mana pula Melati boleh masuk ke dalam sedangkan pintu terkunci dari dalam.

‘Perasaan aku je kot.’ Aina mengusir perasaan gusarnya.

Aina menapak ke katilnya, sekali lagi dia terhenti kerana terbunyi suara yang menakutkan seolah-olah memanggil namanya. Aina mempercepatkan langkahnya ke katil. Dia mencapai gebar dan spontan berselubung dalam gebar.

“Kak Aina.” Melati menggoyangkan badan Aina yang berselubung. Aina menyembulkan mukanya sedikit, lupa seketika yang Melati berada disini menemaninya malam ini. Dia menarik nafas kelegaan.

‘Aik, mana Ati ni. Bukan ke tadi dia panggil aku.’ Aina kehairanan apabila mendapati Melati tiada pun didepannya. Tiba-tiba, lampu terpadam sendirinya, mujur juga lampu backup diluar biliknya terpasang.

“Masa nilah nak blackout. Ati....Ati...” Aina cuba memanggil Melati yang berada dalam tandas. Senyap, tiada sahutan. Aina menolak pintu tandas, tiada kelibat sesiapa pun didalam tandas.

“Ati....Ati...” Aina melaung nama Melati. Tiada sahutan. Hampa.

Aina berpusing kebelakang, namun sekali lagi dia terkejut apabila melihat sesusuk lembaga perempuan dengan gaun pengantin serta berdarah menyeringai ngeri ke arahnya. Aina terpaku disitu, seolah-olah kakinya dipaku. Suaranya tidak keluar dari peti suaranya, dia hanya mampu menjerit dalam hatinya. Perlahan-lahan lembaga itu merapatinya.......



Keesokan harinya....

“Assalammualaikum. Aina...Aina...” Aidil yang baru sampai rumah melaung memanggil Aina.

“Mana Aina ni?” dia tercari-cari kelibat Aina. Dia naik ke atas menuju ke dalam bilik tidur mereka. Ditolak sedikit pintu bilik.

“Aina...........!!!!!!!!!!!!” dia meraung melihat isterinya terbaring kaku di atas lantai. Aina terbaring kaku tak bernyawa lagi, darah memercik pada badannya. Aidil menangis dan meraung memanggil nama Aina.




Aina selamat dikebumikan, namun kematiannya menjadi misteri.Tiada siapa tahu cara kematian Aina dan siapakah yang telah membunuh Aina dengan begitu kejam sekali. Aidil terpaku dikubur isterinya, air mata ditahan dari mengalir. Dia memegang kepala batu nisan, diusap perlahan.

“Tenanglah Aina disana, abang akan sentiasa mendoakan Aina.” Aidil bangkit dari duduknya dan berjalan menuju ke kereta. Emaknya dan Melati kelihatan menanti Aidil di keretanya.

“Aidil, sabarlah ye nak.” Ucap Mek Nab, emak Aidil yang berusaha menenangkan anaknya.
“Aidil kesal mak, Aidil tak ada waktu masa tu. Kalau tak, Aidil tentu akan selamatkan Aina.” Aidil meraup mukanya.

“Sabarlah abang Aidil. Semua telah ditentukanNya. Kita doakan jelah semoga roh Kak Aina tenang disana.” Melati pula menenangkan Aidil yang kelihatan begitu sedih sekali kehilangan isteri tercinta.

“Polis suspek apa nak?”

“Polis syak Aina dibunuh oleh pencuri. Tapi tak nampak tanda-tanda orang mencuri, barang pun takde yang hilang.”

“Abang, Ati mintak maaf. Kalaulah Ati datang teman Kak Aina malam tadi. Ati mintak maaf sangat-sangat dengan abang dan Mak Ngah. Ati tak boleh datang malam tadi, Ati terpaksa berkejar ke hospital malam tadi, kawan Ati accident. Subuh tadi baru Ati balik.”

“Tak apalah Ati, abang tak ada hak marah Ati. Sudah ajal Kak Aina, abang pun bersalah, biarkan dia tinggal seorang diri malam tadi.” Aidil mengeluh kesal.

“Sekarang ni, Aidil macam mana? Nak tinggal lagi ke dekat banglo tu?” soal Mek Nab.

“Entahlah, mungkin Aidil nak jual rumah tu. Aidil tak sanggup tinggal dekat rumah tu.Banyak kenangan dengan Aina yang tak mampu Aidil lupakan.”

“Kalau macam tu, Aidil duduk je dengan mek dekat kampung.” Pelawa Mek Nab pada anaknya.

“Betul tu bang. Abang mintak je bertukar ke sana. Jaga Mak Ngah.”

“Tengoklah macam mana mek. Aidil fikirkan nanti.”



Aidil berdiri di depan banglonya, terukir kenangan bersama Aina. Hari ini, banglo miliknya akan bertukar tangan dengan orang lain. Setelah hampir 2 bulan, akhirnya dia berjaya menjual banglo ini. Tak lama kemudian, muncul sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam di perkarangan halaman banglo.

“Assalammualaikum. Encik Aidil ke ni?” sapa seorang lelaki yang bersut biru gelap pada Aidil.

“Ya, saya Aidil. Encik Aman kan?”

“Ya, saya.”

“Marilah, kita duduk disana dulu.” Pelawa Aidil, mereka melangkah ke pondok di taman. Setelah hampir 20 minit mereka bercakap, akhirnya Aidil meminta diri untuk pulang. Encik Aman pula menghantar Aidil hingga ke keretanya.

Tiada siapa yang sedar, ketika itu disebalik tingkap bilik, kelihatan sesusuk tubuh perempuan yang berdiri memandang tajam ke arah mereka sambil menyeringai penuh ngeri. Mangsa baru telah muncul....!!!

-Sekian-